Attack On Titan (AOT) sudah jadi satu fenomena baru dalam peminat anime Malaysia. Walaupun, anime dan mangga ini sudan lama diterbitkan.

Tak tahu apa perasaan orang lain, tapi episod 7 dalam Finale Season ini sangat memberi impak dalam jalan cerita anime ini.

Episod ni pasti telah ubah pandangan penonton yang melihat sisi ‘innocent’ Eren Jaegar, Armin dan kawan-kawan. Mana taknya, sebelum ini Eren Jaegar dan kawan-kawan Eldiannya adalah mangsa akibat kemusnahan ‘Wall Of Maria’ dan ‘Wall Of Rose’ oleh Armored Titan dan Colossal Titan.

Lagi perit, kedua-dua titan yang telah menghancur keamanan penduduk dalam Wall Maria adalah daripada kawan mereka sendiri iaiti Reiner Braun, dan Bertolt.

Dalam episod ini, Eren Jaegar, Armin, Mikasa Ackerman dan lain-lain bagaikan tiada perasaan melihat penduduk Marley dan Eldian (yang anti Paradis) ma-ti begitu sahaja akibat tindakan mereka.

Dalam dunia ni, ada dua jenis manusia bila menonton filem atau anime. Ada yang sekadar tengok sebagai hiburan dan ada yang suka tonton filem atau anime dari sudut yang berbeza iaitu apa mesej dan falsafah yang ingin disampaikan. Sedia maklum hiburan merupakan salah satu ‘soft power’ sesebuah negara.

Contoh, Amerika Syarikat bawa budaya barat melalui Hollywood, Korea bawa budaya K-wave mereka melalui Kpop dan Kdrama, Jepun bawa budaya mereka dengan mangga dan anime. Mereka tidak saja-saja bangunkan industri hiburan tapi ada mesej dan tujuan ingin disampaikan.

Tapi dalam AOT, kurang budaya Jepun dibawa tapi lebih kepada menampilkan budaya eropah-Jerman pasca Pe-rang Dunia. Berbeza dengan Naruto dan Demon Slayer yang promosikan budaya dan sejarah Jepun.

Falsafah dalam Attack on Titan ini apa boleh disimpulkan ringkas ialah tiada hitam putih dalam dunia ini atau dualisme. Kalau orang sejarah panggil pemikiran Manichaeism yang mana kau sama ada berada di pihak kebenaran atau pihak kejahatan. Satu pemikiran berasal daripada Parsi yang tersebar luas hingga menyusup dalam beberapa agama lain.

Watak-watak dalam cerita Attack On Titan ini terpe-rangkap dengan konsep pemikiran Manichaeism. Pada awal cerita anime ini, kita akan rasa yang hanya ada dua pihak iaitu pihak baik iaitu penduduk dalam Wall dan pihak jahat iaitu Titan luar Wall padahal mereka semua dari bangsa yang sama, Eldian.

Kemudian, satu persatu misteri dibongkarkan seiring perjalanan cerita ini hinggalah kepada season finale ini.

Season Finale ini pula mengetengahkan pemikiran Manichaeism kepada penduduk Liberio atau Marley yang melihat mereka di pihak kebenaran dan Eldian daripada Paradis adalah syaitan.

Eldian yang menetap di Liberio juga terpengaruh dengan doktrin Marley seperti Reiner dan kawan-kawannya.

Tetapi dalam season ini memperlihatkan Reiner sedar dari pemikiran Manichean ini dan kedua-dua pihak ada sebab kenapa mereka berpe-rang antara satu sama lain. It’s not about good or bad, but survival.

Penonton akan disajikan dengan jalan cerita yang menyukarkan untuk menunding jari siapa yang berada di pihak kebaikan dan kejahatan kerana dunia ini tidak berpaksikan konsep Manichaeism (dua pilihan) sahaja.

Memahami konsep dunia tak berpaksi kepada dualisme atau hitam putih bukan bermakna tiada salah atau betul tapi dunia ini begitu kompleks dan rumit. Dalam Islam sendiri ada konsep halal haram, tetapi disitu ada juga perkara yang boleh berubah mengikut waqi’ keadaan.

Kadangkala kita berasa kita pihak kebenaran kerana terpe-rangkap dalam ‘Wall of Maria’ kita sendiri. Jadi bila kita mengembara keluar daripada ‘Paradis’ (comfort zone) kita, kita akan mengubah pandangan hidup kita seiring perjalanan dan pengalaman kita. Melihat masyarakat dari sudut realis.

Kesimpulannya, sentiasa melihat sesuatu dalam pelbagai sudut. Bukan hanya hitam atau putih. Malah antara kedua warna tersebut adalah warna kelabu dan luar daripada kedua warna itu pelbagai warna lagi. Jadi, pilihlah warna yang terbaik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar jurusan Syariah & Undang-Undang. Minatnya dalam sejarah, undang-undang, isu semasa dan politik mendorongnya untuk menulis di media sosial.

Comments are closed.