Sabtu, 24 Oktober 202624 Okt 2026
Falsafah Ateism Teko Russel
Bedah Filsuf

Falsafah Ateism Teko Russel

Memandangkan
semua orang nak buka kotak pandora semenjak-menjak ni, maka saya mengambil
keputusan untuk buka kotak pandora pergelutan falsafah theisme (Ketuhanan)
melawan atheisme (tanpa Tuhan). Hal ini juga disebabkan saya melihat masyarakat
kita yang apabila berdebat dengan golongan atheist, seringkali menggunapakai
hujah yang buat saya naik cringe. Geli woi. Anda ingat atheist ni
bangang-bangang macam budak wechat ke apa?

Oh
ya, saya tak bertanggungjawab terhadap sebarang permasalahan yang muncul dalam
minda anda setelah mengikuti siri-siri falsafah atheisme. Anda yang baca, anda
yang tanggung.

TEKO
RUSSELL

Sebelum
kita menganjak jauh, saya ingin terangkan dahulu berkenaan dogma falsafah.
Kita, sekurang-kurangnya mempunyai tiga persoalan akar yang hingga sekarang
masih membelenggu dunia ilmu secara keseluruhannya.

1)
Dari mana kita datang?

2) Kenapa kita di sini?

3) Ke mana kita akan pergi?

Tak
kisahlah dari sudut pandangan mana yang anda guna, kita masih tak dapat
menyelesaikan permasalahan ini, sejak zaman peradaban tertua manusia hinggalah
sekarang. Falsafah Ketuhanan juga tak terlepas daripada belenggu ini. Manusia
telah memikirkan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan permasalahan ini melalui
spektrum falsafah theisme, dan secara tak sengaja telah melahirkan
permasalahan-masalahan baharu. Sebagai contoh:

1)
Wujudkah Tuhan?

2) Sekiranya wujud, siapakah/apakah Tuhan itu?

3) Adakah Tuhan itu, sekadar sang Pencipta (creator) atau sang Penjaga
(sustainer)?

Sekitar
tahun 1950-an, seorang ahli falsafah dan pakar matematik tersohor dunia,
Bertrand Russell telah menulis sebuah makalah berkenaan kewujudan Tuhan.
Penjelasan pendeknya adalah seperti ini:

Katakanlah, saya mengutarakan bahawa di antara Bumi dan Marikh, terdapat sebuah teko yang sangat halus mengelilingi matahari persis sebuah planet. Sudah pasti, anda akan berhujah kembali, “Mustahil! Kalau ada, buktikanlah!”

Maka,
beban hujah tu jatuh kepada saya. Walau bagaimanapun, sifat teko berkenaan yang
aneh, yakni halus dan tak mampu dikesan oleh peralatan saintifik, maka kita tak
boleh nak kata teko tu tak wujud waima wujud. Saya yang atheist tak boleh nak
buktikan teko tu wujud, anda yang theist pula tak boleh buktikan teko tu tak
wujud. Jadi, teko ni wujud ke tak?

Sekarang, saya naikkan aras permasalahan ni ke arah tinggi sedikit. Perhatikan ayat-ayat selepas ini dengan cermat. Katakanlah, kewujudan teko ni sudah di sebut berulang kali dalam teks purba dan inskripsi agama di seluruh dunia, dan masalah kewujudan teko ni masih tak dapat ditentukan sama ada wujud atau tak sebagaimana di atas. Takkah teko ini sudah sama taraf dengan kewujudan Tuhan? Ya lah, Tuhan pun disebut berulang kali dalam teks agama, tapi kita masih tak dapat tentukan Tuhan ni wujud atau tak.

Dalam kata lain, Tuhan dan teko Russell ni sama. Entah wujud ke tak pun tak tahu. Maka, inilah persoalan pertama yang saya sebut di atas. Wujudkah Tuhan? Russell menyebut paradoks ni sudah cukup untuk membuktikan betapa absurd-nya soal kewujudan Tuhan. Odin, Yahweh, Allah, teko Russell, semuanya sama. Why the hell do we have all these sky daddies mythologies all around the world?

Namun,
saya sendiri merasakan paradoks teko Russell ni mempunyai kelemahan. Kelemahan
pertama ialah, benda ni sebenarnya menjawab ke tak permasalahan Tuhan ni wujud
atau tak? Kelemahan kedua ialah, benda ni sebenarnya sudah dijawab oleh seorang
ahli falsafah, lebih seribu tahun sebelum tu.

Maka,
Socrates pun melangkah masuk! Menerusi catatan Plato, beliau ada menerangkan
konsep ‘bentuk’ (forms). Seluruh benda yang wujud di alam realiti ini hanyalah
bayangan kepada ‘bentuk’ sebenar yang mutlak. Secara mudahnya, benda yang kita
rasa cantik itu hanyalah sekadar bayangan kepada ‘bentuk tercantik’. Perkara
ini dijelaskan dalam ‘analogi manusia gua’ dalam karya Republik oleh Plato.
Bagi menerangkan konsep ‘bentuk’ dengan lebih mudah, saya akan berikan satu
analogi moden.

Π.
Ini ialah simbol pi, pemalar tetap bagi nisbah bulatan. Tak kisah kecil ke
besar bulatan tu, nisbah dia tetap akan sama. Nilai pi yang selalu kita gunakan
ialah 3.142, tapi itu bukanlah nilai sebenarnya. Nombor pi, sebagaimana nombor
infiniti, adalah tak berpenghujung:

3.14159265358979323846264338327950288419716939937510582097494459230781640628620899862803482534211706798214808651328230664709384460955058223172535940812848111745028410270193852110555964462294895493038196442881097566593344612847564823378678316527120190914564856692346034861045432664821339360726024914127372458700660631558817488152092096282925409171536436789259036001133053054882046652138414695194151160943305727036575959195309218611738193261179310511854807446237996274956735188575272489122793818301194912983367336244065664308602139494639522473719070217986094370277053921717629317675238467481846766940513200056812714526356082778577134275778960917363717872146844090122495343014654958537105079227968925892354201995611212902196086403441815981362977477130996051870721134999999837297804995105973173281609631859502445945534690830264252230825334468503526193118817101000313783875288658753320838142061717766914730359825349042875546873115956286388235378759375195778185778053217122680661300192787661119590921642019…

Lebih
1000 nombor tertulis dan masih tak lengkap! Hangpa tulis la nombor penuh pi ni,
sampai kiamat pun takkan habis. Jadi, nombor sebenar pi ni wujud ke tak?

Inilah konsep ‘bentuk’ oleh Plato. Setiap benda ni hanyalah bayangan terhadap ‘bentuk mutlak’. Namun, disebabkan keadaan realiti dan juga keupayaan kita, ‘bentuk mutlak’ ni gagal untuk difahami. Kita tahu, nombor pi ni wujud (22/7 ialah nombor alternatif pi mutlak), tapi kita takkan dapat nombor penuh pi secara sekuen (3.142….).

Nombor 3.142 ini hanyalah bayangan kepada nombor pi yang sebenar, yang melampaui infiniti jumlah nombornya. Begitu juga dengan nilai-nilai matematik lain yang ada. Contohnya, tinggi saya ialah 170 cm, tapi adakah itu nilai yang sebenar-benarnya? Macam mana kalau nilai sebenarnya ialah 170.0000000000000001 cm? Anda faham apa yang saya cuba terangkan?

Sebagaimana
nombor pi, Tuhan ni wujud, tapi tak mampu difahami oleh akal kita. Segala dan
semua benda yang ada di dunia ini, yang cantik, yang kuat, yang besar, adalah
jelmaan kepada ‘bentuk mutlak’ Tuhan yang maha Besar! God the Omnipotent.

Tapi
tu la, macam teko Russell, konsep ‘bentuk’ ni pun bermasalah. 

.

.

.

.

.

.

.

Ya, Tuhan tu wujud, tapi Tuhan mana? (Soalan kedua).

Haa
sudah! Soalan yang sama berulang.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet