Jumaat, 30 Oktober 202630 Okt 2026
Teknologi & Kejuruteraan

F1 Guna Minyak RON Berapa?

Sejak tahun 1996 lagi, FIA dah mula ketatkan peraturan bahan api F1. Diorang wajibkan minyak yang digunakan mesti berasaskan petrol jalan raya, sekurang-kurangnya setaraf Euro 95.

Maksudnya, asas minyak F1 memang lebih kurang macam RON95 yang kita isi dekat stesen minyak.

Tapi jangan salah faham.

Walaupun asas dia sama, minyak F1 bukan petrol biasa.

Setiap pasukan akan “tweak” minyak tu sampai tahap maksimum. Diorang tak boleh ubah benda asas secara ekstrem, tapi dekat bahagian kecil macam susunan kimia, additive dan cara pembakaran semua tu dioptimumkan.

Hasilnya, minyak F1 biasanya berada dalam julat lebih tinggi sekitar RON100 sampai RON110.

Dalam video “F1 Drivers Answer The Most Searched F1 Questions” oleh WIRED, Esteban Ocon sendiri ada explain benda ni.

Dia kata minyak F1 sekarang adalah E10 iaitu 10% ethanol dan selebihnya minyak perlumbaan khas.

Ethanol tu sendiri ada octane tinggi sekitar 114. Driver lain dalam video tu pun ada tambah minyak F1 ni lebih tinggi daripada 98, lebih kurang sekitar 110 octane.

Maknanya, memang confirm yang minyak F1 ni jauh lebih “kuat” daripada minyak biasa.

Kenapa perlu sampai macam tu?

Sebab enjin F1 sekarang bukan macam enjin kereta biasa.

Sejak 2014, F1 guna enjin 1.6L V6 turbo hybrid. Enjin kecil, tapi tekanan dia sangat tinggi. Kalau guna petrol biasa, enjin boleh “knock” atau letupan tak terkawal yang boleh rosakkan enjin.

Jadi minyak kena ada octane tinggi supaya pembakaran lebih stabil dan enjin boleh hasilkan kuasa maksimum tanpa rosak.

Tapi bukan setakat tu.

Minyak F1 juga dikawal ketat dari segi komposisi.

Contohnya, kandungan oksigen dia ditetapkan untuk bantu pembakaran lebih efisien, sulfur sangat rendah, plumbum hampir tak ada dan sifat minyak tu sendiri dikawal supaya mudah terbakar dengan cara yang tepat dalam enjin.

Semua ni bukan suka-suka.

Semua ni untuk pastikan pembakaran dalam enjin berlaku dengan sempurna.

Selain tu, F1 juga dah lama mula guna biofuel.

Sejak start season 2026, F1 guna 100% Advanced Sustainable Fuel atau minyak yang dihasilkan tanpa minyak mentah, guna teknologi macam carbon capture dan sisa bio.

Yang menarik, minyak ni masih boleh digunakan dalam enjin biasa tanpa ubah suai besar.

F1 bukan saja nak laju, dia nak jadi contoh kepada industri automotif.

Satu lagi benda ramai tak sedar, minyak dalam F1 adalah rahsia besar setiap pasukan.

Setiap pasukan ada partner sendiri.

Mercedes dengan Petronas, Ferrari dengan Shell, Red Bull dengan ExxonMobil.

Dan setiap satu ada formula minyak yang berbeza.

Kalau tukar minyak antara pasukan, prestasi boleh jatuh. Sebab minyak tu direka khas ikut enjin masing-masing.

Dalam F1, minyak boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada engineering kereta.

Sekarang kita masuk part penggunaan minyak.

Untuk satu perlumbaan, maksimum hanya 110kg dibenarkan.

Dan sejak 2010, F1 dah tak benarkan isi minyak tengah race sebab risiko terlalu tinggi.

Pernah jadi kes di GP Brazil 2009, Kovalainen keluar pit dengan hos minyak masih melekat, minyak terpercik dan hampir bakar Kimi Raikkonen. Sejak tu, FIA ban refueling.

Jadi sekarang semua kena kira awal.

Jurutera akan kira penggunaan minyak ikut suhu, litar, setup kereta dan cara pemandu bawa kereta.

Semua ni diuji masa sesi latihan.

Kadang-kadang, driver akan bawa sedikit minyak tambahan (masih bawah limit) sebagai backup.

Dan ada satu eksperimen menarik.

Tahun 2011, Shell dan Ferrari cuba isi petrol biasa dari stesen minyak dalam kereta F1.

Fernando Alonso buat ujian.

Beza masa?

Hanya sekitar 0.9 saat satu lap.

Maknanya, asas minyak F1 dan minyak biasa sebenarnya dekat.

Bezanya, minyak F1 dioptimumkan untuk prestasi maksimum.

Dan sekarang, F1 dah mula fokus pada tenaga, bukan pada jumlah minyak.

FIA mula kira energy flow dalam unit megajoule per hour, dengan limit sekitar 3000 MJ/h.

Maksudnya, bukan siapa guna minyak paling banyak.

Tapi siapa paling cekap keluarkan tenaga dari minyak tu.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet