Pada tahun 1877, perkhidmatan komunikasi telah berubah wajah lagi. Tahun ini menandakan kedatangan alat peranti baru dalam perkhidmatan telekomunikasi, iaitu telefon.

Sebelum itu, sistem telegraf yang berdasarkan penghantaran mesej titik-titik dan sengkang merupakan alat perantara komunikasi jarak jauh yang utama. Walaupun Alexander Graham Bell sedang berusaha menaik taraf telegraf, dia mendapati bahawa pesanan atau panggilan suara secara langsung juga boleh dihantar secara transmiter melalui elektrik.

Penggunaan telefon berlaku secara drastik dan tersebar meluas melalui Eropah, dunia Arab dan Uthmaniyyah adalah satu lagi inovasi, di mana satu pihak menaik taraf  komunikasi manakala di pihak yang lain memodifikasi dari segi teknikal.

Pengenalan rangkaian telefon di tanah Arab dan Uthmaniyyah adalah salah satu cara di mana inovasi digunakan untuk mengatasi kemajuan bangsa Eropah atau untuk melakukan proses modenanisasi mereka sendiri.

Seperti yang berlaku melalui inovasi lain, rangkaian infrastruktur kolonial sudah tentu mengatasi inisiatif tempatan. Lebih-lebih lagi pada waktu itu Uthmaniyyah tidak melihat kepentingan telefon dalam sistem telekomunikasi Istanbul.

Telekomunikasi Terawal Di Turki

Telefon dicipta pada tahun 1876 dan talian eksperimen pertama kota Istanbul telah dipasang pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, ketika itu Uthmaniyyah sudah berada di ambang per4ng.

Lalu melahirkan sifat kecurigaan pemerintah Uthmaniyyah berikutan khuatir jika teknologi baru ini boleh dimanipulasi oleh ejen musuh untuk mengintip dan memintas maklumat penting mengenai apa saja yang menyentuh kedaulatan Turki Uthmaniyyah.

Akhirnya sifat curiga membawa kepada pengharaman penggunaan telefon pada beberapa peringkat, pengharaman ini dikenakan secara ketat terhadap orang awam pada tahun 1888.

Bagaimana pun, ia masih dibenarkan untuk kegunaan di premis yang penting seperti jabatan kerajaan atau untuk kegunaan pasukan tenter4. Justeru, rakyat biasa Empayar Uthmaniyah terus berkomunikasi menggunakan sistem telegraf, pejabat pos dan telegram berbayar.

Pusat Panggilan Telefon (Switchboard system)

Setelah berakhirnya revolusi perlembagaan pada 1908, larangan ini ditarik balik dan dalam masa beberapa tahun kemudian, segala kelengkapan material bagi menubuhkan pusat panggilan ditempah dari Perancis.

Pada mulanya rangkaian ini dijangka hanya akan terhad untuk kegunaan premis milik bangsawan dan pejabat kerajaan sahaja, tetapi akibat kekurangan pengetahuan asas dalam sebarang isu teknikal melibatkan alat komunikasi telah menyebabkan situasi panik tercetus.

Justeru,  para pelajar ada yang dihantar ke luar negara bagi mempelajari ilmu sistem komunikasi telefon. Dengan itu, semakin ramai orang biasa mula memasang telefon di kediaman dan perusahaan masing-masing.

Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan mendadak syarikat telekomunikasi. Para usahawan asing yang berkepentingan di Istanbul berlumba-lumba menonjolkan kelebihan mereka supaya kerajaan memberi mereka hak konsesi untuk mengurus dan menyelenggara sistem rangkaian telefon di mana-mana bandar di Turki.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terawal Di Turki

Foto dan berita salah satu akhbar progresif waktu itu (tarikh: 6 Cemaziyelevvel 1332 = 20 Mart 1330 = 2 April 1914), wanita Muslim yang bekerja untuk syarikat itu adalah minoriti berbanding orang Yunani dan Armenia. kerana masyarakat masih pada dasarnya konservatif.

Seramai-ramai para pengusaha yang terlibat, kerajaan telah memilih sebuah konsortium yang diketuai oleh Herbert Lows Webbe, seorang pengusaha yang mendapat sokongan pelabur British, Amerika dan Perancis. Justeru, satu perjanjian selama 30 tahun konsesi untuk Istanbul dan serantau telah ditandatangani pada tarikh 6 Mei 1911.

Untuk itu, sebuah syarikat telah ditubuhkan dengan nama ‘Dersaâdet Telefon Anonim Şirketi’ (Syarikat Telefon Konstantinopel Berhad) yang memiliki sejumlah kakitangan ditempatkan di tiga pusat panggilan utama (switchboard services system) pada Februari 1913 di daerah-daerah tersebut :

●     Tahtakale – kapasiti 9,600 talian
●     Pera dengan – kapasiti 6,400 talian
●     Kadıköy – kapasiti 2,000 talian
Buku panduan telefon Istanbul pada 1928

Pelaburan teknologi dari Barat dan sewaktu dengannya tidak bertahan lama kerana tercetusnya per4ng Dunia Pertama. Namun, komunikasi sangat penting semasa per4ng Dunia Pertama.

Bahkan di dalam rejimen tenter4 sahaja telah diwujudkan beberapa unit penting melibatkan komunikasi, antaranya ialah Kor Perkhidmatan Pos, Kompeni Isyarat (Signallers), dan posisi sebagai pembawa peranti isyarat telefon juga diwujudkan. Semua ini berada di bawah kendalian Jabatan Pos Dan Telegraf.

Kepentingan Telekomunikasi Dalam Per4ng

Telekomunikasi memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej kepada barisan hadapan atau menghantar maklumat terkini ke ibu pejabat. Mereka juga ditempatkan dengan baik untuk menyebarkan maklumat secara tidak rasmi.

Perkhidmatan pos tetap sama penting untuk menjaga semangat tenter4 yang berjuang jauh dari kampung halaman.

Selalunya dalam keadaan yang genting, petugas-petugas dari Jabatan Pos dan Telegraf telah melaksanakan tugas dengan baik bagi memastikan kedua-dua bentuk komunikasi ini saling mempunyai manfaatnya sendiri.

Setelah tamat per4ng, konflik antara pakatan asing dengan para pendokong Republik Turki yang baru ditubuhkan selepas per4ng Kemerdekaan Turki, telah bersifat birokrasi dengan memandang sinis terhadap pelabur dari Barat. Faham-faham saja lah per4ngai Atarurk pada waktu itu yang masih berdendam terhadap Eropah.

Tetapi pada waktu yang sama dia mahu bangsa Turki jadi maju setanding Eropah, maka pintu pelaburan dibuka seperti sebelumnya dan sejak itu, sistem telekomunikasi Turki telah berkembang dengan pesat hingga saat ini. Siapa sangka suatu masa dahulu telefon pernah diharamkan oleh Empayar Uthmaniyyah kan?

Pada seabad yang lalu, panggilan telefon selama tiga minit dari New York City ke San Francisco untuk harga talian darat bernilai kira-kira $500.  Hari ini, kita boleh membuat panggilan yang sama pada telefon bimbit untuk beberapa sen sahaja atau hanya buat panggilan yang menggunakan data internet seperti Whatsapp, malahan sudah banyak syarikat telekomunikasi hari ini menawarkan panggilan percuma ke seluruh rangkaian.

RUJUKAN:

Image and Imperialism in the Ottoman Revolutionary Press 1908-1911: Essays (Palmira Brummet)

-Levant Heritage

-Quora.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.