Menjelang Era Khalifah Umar Al-Khattab, Empayar Islam telah mencakupi daratan semenanjung Tanah Arab iaitu dari Yaman sehingga ke Syam. Kemudian ia mengunjur ke timur iaitu Wilayah Parsi dan seterusnya mengunjur ke Barat iaitu ke Mesir.
Menjelang pemerintahan Khalifah Uthman, kerajaan Islam kembali mendapat ancaman di sebelah Barat iaitu Mesir. Masih ada saki baki kerajaan Rom Barat yang menguasai sepanjang pantai Afrika Utara mengunjur ke Semenanjung Iberia (Sepanyol). Khalifah Uthman telah mengutus beberapa pasukan bagi menangani hal ini.
Abdullah Ibn Zubayr telah dikirim bersama Abdullah Ibn Sa’ad Ibn Abi Sarh untuk memulakan ekspedisi menakluk Ifriqiyya (Afrika Utara). Di sana Pasukan Abdullah Ibn Sa’ad dan Abdullah Ibn Zubayr telah bertemu dengan pasukan Rom.
Pasukan Rom ini dipimpin oleh Gregory Patrician. Maka, tercetuslah pertempuran sengit antara kedua belah pihak ini. Akhirnya, pasukan Islam telah berjaya mengundurkan pasukan Rom dan Abdullah Ibn Zubayr sendiri berjaya menumpaskan panglimanya iaitu Gregory.
Kemenangan pasukan Islam ini kemudiannya memandu kejayaan pasukan Islam seterusnya bagi membuka kota kota yang berikutnya di Afrika Utara iaitu, Tripoli, Tunisia, sehingga ke Maghribi.
Dan kesemua hal ini berlaku pada era awal Kerajaan Khalifah Uthman Ibn Affan. Dalam tempoh 6 tahun pertama, Kerajaan Islam telah mencakupi sehingga ke Afrika Utara dan bahagian Timurnya diperluaskan lagi sehingga ke sempadan Anatolia.
Kesemua ini adalah berkat ketangguhan panglima panglima Islam dan keberanian mereka dalam menempuh cabaran dalam meluaskan Empayar Islam. Namun, di sebalik kejayaan ini akan ada sesuatu yang buruk menanti Kerajaan Khalifah Uthman Ibn Affan ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih