Ini dunia pada tahun 624, tahun Rasulullah berhijrah ke Madinah (ada tanda nama baginda di peta).
Negara paling gah waktu tu ialah Rom Timur (Byzantin) & Parsi (Sasan).
Perang antara 2 kuasa ni ada disebut dalam Surah ar-Rum. Mula-mula Parsi lebih kuat, tapi akhirnya Rom menang.
Rom Barat dah jatuh hampir 200 tahun. Wilayah bekas Rom Barat diduduki oleh kaum “Germanic” (orang Jerman adalah Germanic, tapi bukan semua Germanic adalah Jerman) termasuk Franks (mendirikan Francia, yang akan jadi France), dan Anglo-Saxon (yang akan mendirikan England).
Dengan kata lain, belum ada negara France, England, Italy semasa zaman Rasulullah.
Korea pun tak ada, yang ada hanya 3 kerajaan (Goguryeo, Silla, Baekje).
Orang Yamato (Jepun) belum menguasai utara Honshu & Hokkaido.
Srivijaya belum muncul.
Tang baru bangkit di China.
Dengan kata lain, belum ada negara France, England, Italy semasa zaman Rasulullah.
Korea pun tak ada, yang ada hanya 3 kerajaan (Goguryeo, Silla, Baekje).
Orang Yamato (Jepun) belum menguasai utara Honshu & Hokkaido.
Srivijaya belum muncul.
Tang baru bangkit di China.
Dalam masa tak sampai 20 tahun, kerajaan umat Islam berkembang dari Madinah kepada seluruh Asia Barat dan Afrika Utara, menundukkan Parsi (nyawa2 ikan selepas kalah dengan Rom), mengancam Rom.
Kerajaan Islam terus berkembang bawah Dinasti Umayah & Abbasiyah, sampai Asia Tengah.
Pada masa yang sama, Tang juga mengalahkan Gokturk di utara, berkembang menjadi empayar China terbesar dalam sejarah, kuasanya sampai ke Asia Tengah.
Dalam proses meluaskan kuasa, Tang bertembung dan beperang dengan tentera Islam Abbasiyah di Talas pada 751. Tang kalah.
Kawasan putih dalam peta menandakan kawasan yang tak ada “negara”. Bukan semua kaum sempat mendirikan negara/tamadun, ada yang masih hidup dalam fasa “tribal” pada zaman Rasulullah.
Ethiopia (Aksum) kira antara negara Afrika paling tua. Orang Islam pun pernah berhijrah ke sini.




No comments yet