Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla mahu meletupkan bom nuklear di Marikh untuk menjadikan planet tersebut boleh didiami oleh manusia. Musk percaya dengan menyerang Marikh menggunakan senjata nuklear, lapisan ais polar planet tersebut akan mencair dan melepaskan sejumlah karbon dioksida yang begitu banyak. Karbon dioksida merupakan komponen penting untuk menghasilkan kesan rumah hijau untuk menaikkan kadar suhu planet tersebut.
Musk pernah
berkongsi idea ini sejak tahun 2015. Pada tahun 2017, Musk menerbitkan artikel
di jurnal New Space dalam menjelaskan
bagaimana manusia mampu membangunkan koloni yang berkapasti sejuta orang di
Marikh dalam tempoh kurang dari 100 tahun.
SpaceX sedang
menjalankan ujian prototaip roket untuk ke Marikh yang dipanggil sebagai ‘Starship’ yang Musk harap dapat
menghantar manusia ke Marikh. NASA mempunyai harapan untuk menggunakan roket
dari SpaceX untuk menziarahi bulan dan Marikh.
RUJUKAN:
- https://www.sciencealert.com/elon-musk-still-wants-to-drop-nuclear-bombs-on-mars-so-he-s-making-t-shirts?perpetual=yes&limitstart=1
- Musk, E. (2017). Making humans a multi-planetary species. New Space, 5(2),




No comments yet