Elf Rumah merupakan suatu makhluk magis yang dijadikan hamba di dalam Alam Sihir. Elf Rumah kebiasaannya dimiliki oleh bangsawan-bangsawan ahli sihir yang majoritinya jahat, kejam dan tidak beperikemanusiaan.

Artikel kali ini membawakan perihal tiga elf rumah yang ditonjolkan dalam karya novel Harry Potter dan kisah mereka sepanjang berkhidmat menjadi hamba di rumah-rumah ahli sihir yang kejam.

Dobby

Dobby ialah watak yang mula diperkenalkan di dalam karya Harry Potter and Chamber Of Secrets. Elf Rumah ini dipelihara oleh keluarga Malfoy dengan kesetiaan penuh kepada tiga ahli rumah itu yakni Lucius Malfoy, Narcissa Malfoy dan juga Draco Malfoy. Dia tidak terlepas dari ancaman bvnuh tuannya sendiri, memandangkan elf rumah tidak terlepas dari cengkaman tuannya, dia tidak boleh lari ataupun meny3rang tuannya.

Dobby pernah meluahkan kepada Harry Potter bahawa dalam sehari, dia sering menerima ancaman bvnuh dari keluarga Malfoy lima kali. Kendatipun dia melakukan apa sahaja arahan tuannya, dia mengetahui bahawa tindakan yang dibuatnya salah dan jahat.

Ketika pengakhiran Harry Potter and Chamber Of Secrets, Dobby akhirnya terbebas dari keluarga Malfoy setelah mendapat kain yang diselit dalam Tom Riddle’s Diary. Dobby akhirnya bebas dari cengkaman Malfoy, dan bertindak mengapa-apakan Lucius Malfoy sekiranya beliau ingin mencederakan Harry Potter.

Memandangkan Dobby kini menjadi ‘free elf’, dia diupah oleh Albus Dumbledore untuk bertugas di bahagian dapur Hogwarts. Dobby meneruskan jasanya di dalam Harry Potter dengan menolong Dumbledore Army mencari bilik pertarungan. Tidak seperti di dalam filem, Neville Longbottom memberitahu kewujudan Room Of Requirements sedangkan Dobby yang memberitahu hal itu mengikut versi novel.

Dobby kali terakhir menolong Harry Potter ketika menyelamatkan beliau dan rakan-rakannya dari Malfoy Manor ketika pertembungannya dengan Bellatrix Lestrange. Pertolongan terakhir itu menandakan kewujudannya buat kali terakhir setelah dia tert1k4m pisau milik Bellatrix yang dilemparkan.

Dobby menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Harry Potter. Kem4t1an Dobby menjadi antara babak paling tragis dan sedih bagi penonton filem mahupun pembaca buku, melihatkan bagaimana Harry sangat tersentuh dengan pemergian sahabat elf rumahnya.

Kreacher

Menyelusuri kisah keluarga Black yang pernah diceritakan dalam artikel sebelum ini, keluarga yang kaya, kejam dan hidup bermewah-mewahan ini tidak terlepas mempunyai elf rumah bagi membantu keluarga mereka. Anda mengenalinya bermula dari karya Harry Potter and Deathly Hallows.

Secara tepatnya, beliau dimiliki dari susur galur Walburga Black bersama dua anak lelakinya, Sirius Black dan Regulus Black. Setelah kematian Walburga, Kreacher diwariskan kepada Regulus Black sebagai anak sulung, menumpahkan taat setia Kreacher kepada tuan barunya itu.

Regulus Black pernah memberi Kreacher kepada Lord Voldemort bagi membantunya berkenaan hal Horcrux dan perkara itu hampir membvnuhnya. Mujurlah sihir yang dipelajari Kreacher mampu menyelamatkannya lalu pulang semula ke pangkuan Regulus.

Kreacher memberitahu hal sebenar kepada Regulus, menyedarkan Regulus bahawa Horcrux yang disimpan Lord Voldemort itu berbahaya kepada alam sihir. Lantas pergi ke Gua Kristal, lokasi penyimpanan loket Salazar Slytherin lalu menggantinya dengan loket yang palsu. Kreacher yang sangat setia pada tuannya amat sedih melihat Regulus menghembuskan nafas terakhir kerana meminum posyen yang membvnuh bagi menyelamatkan mereka.

Selepas kematian Regulus, Kreacher diwariskan kepada Sirius Black, antara keturunan yang baik di dalam keluarga Black. Kreacher menganggap Sirius sebagai Blood Traitor memandangkan kemesraan lelaki berdarah suci (pureblood) itu boleh berinteraksi dengan ahli sihir yang lebih rendah darinya.

Pada Disember 1995, Kreacher mengkhianati Sirius dengan menuju ke Malfoy Manor, rumah Narcissa Malfoy, juga salah satu keturunan asli keluarga Black. Dia membocorkan rahsia tentang hubungan Sirius dan Harry, kemudian bertindak menolong Narcissa dan Bellatrix bagi menipu Harry Potter.

Kreacher menipu Harry Potter bahawa Sirius hilang, meyakinkan Harry Potter bahawa Sirius diseksa oleh Death Eater di Ministry Of Magic. Bersama rakan-rakannya, Harry menuju ke Ministry Of Magic, lalu terjadinya perlawanan antara kedua-dua belah pihak sehinggalah Sirius Black mati akibat termasuk ke dalam Veil of Death Chamber.

Seperti mana wasiat Sirius Black, segala harta termasuklah Kreacher sendiri diwariskan kepada Harry Potter, anak pembaptisannya. Kreacher diarahkan bertugas di dapur Hogwarts bersama-sama Dobby memulakan perkenalan antara kedua-dua elf rumah itu. Kreacher sememangnya membenci Harry Potter dan hanya mengikuti arahannya kerana terpaksa.

Ketika 1997, Harry Potter mendapat tahu berkenaan loket Salazar Slytherin yang menjadi salah satu horcrux Lord Voldemort.  Kreacher juga memberitahu Harry Potter bahawa loket sebenar telah diambil oleh Mundungus Fletcher dan kemudian dijual kepada Dolores Umbridge.

Apabila Harry memberikan loket tiruan kepada kepada Kreacher membuatkan Kreacher memandang Harry Potter dengan persepsi yang lain pula kerana dia memandang Harry Potter sebagai seorang yang kejam pada mulanya. Dia kemudian melayan Harry Potter lebih baik dari sebelumnya, turut memanggil Hermone dengan panggilan yang baik, kerana sebelumnya dia memanggilnya ‘Mudblood’. Benarlah sangkaan Hermione, Kreacher melayan baik orang yang melayannya dengan baik.

Ketika berlakunya Battle Of Hogwarts, Kreacher memimpin elf rumah yang bekerja di Hogwarts untuk bersama membantu Harry Potter. Kreacher dikatakan hidup dan menolong keluarga Harry. Menurut sumber, Kreacher m4ti pada tahun 2017, ketika umurnya mencecah 666 tahun.

Winky

Satu-satunya elf rumah yang tidak pernah muncul dalam filem Harry Potter, Winky merupakan elf yang tidak diketahui sekiranya tidak pernah membaca novel karya JK Rowling ini. Winky muncul dalam novel Harry Potter and Goblet Of Fire. Winky, seorang elf rumah betina bekerja di bawah keluarga Crouch.

Setelah keluar dari Azkaban selepas The First Wizarding Battle, Barty Crouch Jnr yang menjadi Death Eater dikurung di rumah oleh bapanya, Bartemius Crouch Snr. Barty Crouch Jnr diletakkan di bawah sihir Imperius bagi mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat, namun seringkali dipujuk Winky bagi melepaskan anaknya itu. Sepanjang di bawha sihir Imperio, Winky membantu Barty Crouch Jnr dan sentiasa memberitahu Bartemius Crouch Snr bahawa anaknya itu sudah insaf.

Lama-kelamaan, Bartemius Crouch Snr melepaskan anaknya dan mengajaknya pula bersama menonton Quidditch Cup 1994. Malam harinya, berlaku rusuhan Death Eater di kem penyokong membuatkan Barty Crouch Jnr terlepas dari pandangan ayahnya diikuti Winky lalu menyertai rusuhan bersama Death Eater. Dia lalu menyinari langit dengan Dark Mark (tanda ketuanan terhadap Lord Voldemort). Rusuhan itu mendapat perhatian Ministry Of Magic lalu mengarahkan Auror menyiasat kejadian tersebut.

Mereka sempat membekukan Barty Crouch Jnr dan Winky namun Barty sempat melarikan diri meninggalkan Winky keseorangan. Winky kemudian ditangkap Ministry Of Magic, membuatkan Bartemius Crouch Snr berang dengan hal itu. Dia memecat Winky, membuatkan Winky berasa sangat sedih dan tidak mampu menerima hakikat tersebut.

Dia yang menghidap depression meminum bercawan-cawan Butterbeer sehingga terlalu mabuk. Kesedihan itu mendapat perhatian Dobby, lalu mereka berdua menjadi kawan baik. Dobby mengajak Winky bersamanya menolong di dapur Hogwarts, dan Winky menerima pelawaan tersebut.

Dia bersama-sama menolong Harry Potter di bawah pimpinan Kreacher meny3rang Death Eater dan Voldemort di dalam Battle Of Hogwarts.

Tiga elf rumah yang hidup sengsara di bawah seliaan ahli shir yang kejam menunjukkan bahawa kepentingan hidup secara bebas dan merdeka. Hermione Granger, salah seorang menteri ketika alam dewasanya menghapuskan amalan perhambaan elf rumah membuktikan bahawa perhambaan boleh menjadi suatu penganiayaan.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.