Bila kita sebut tentang Thomas A. Edison, hampir semua orang kenal. Siapa tak kenal inventor terhebat Amerika ini. Pencipta lampu dan beratus lagi paten ciptaannya yang lain termasuk perakam suara dan alat telekomunikasi. Tetapi ini bukan kisah beliau.
Ini adalah sebuah kisah seorang lelaki miskin, tiada skill kemahiran, yang tiada apa-apa keistimewaan. Kecuali dua iaitu impian dan buah fikiran. Namanya Edwin C. Barnes. Dan apakah impian Barnes?
Impiannya hanya satu iaitu menjadi rakan niaga Thomas Edison. Bukan kerja dibawah Edison, tetapi menjadi rakan niaga.
Barnes perlu ke Orange, New Jersey iaitu tempat makmal Edison, tetapi dia miskin, tiada apa-apa. Harga tiket kereta api ke sana lebih kurang 16 dollar tetapi dalam poketnya hanya ada beberapa syiling sahaja.
Barnes terduduk di sebuah kerusi panjang berdekatan laluan kereta api. Dia merenung kereta api yang ingin berlalu pergi. Dia memikirkan semula impiannya.
“Apakah impian aku?” Barnes menyoal dirinya sendiri.
“Menjadi rakan niaga Edison!” jawapan monolog Barnes itu membangkitkan harapan untuk menuju ke impiannya.
Dia berlari menaiki kereta api barang yang ingin bergerak ke East Orange. Dia tekad dan berjaya menaiki kereta api barang itu. Dia tidak kisah mengembara jauh secara ‘blind baggage’.
Bukan duit yang membawanya ke New Jersey tetapi impian dan kemahuan yang tertanam dalam jiwa Barnes membawanya jauh.
Setelah sampai ke New Jersey, Barnes mengambil masa seketika untuk berlatih ucapan bertemu dengan Edison. Dia tahu Edison orang yang sangat sibuk. Edison bukan sahaja inventor tetapi juga businessman. Barnes perlu menunjukkan ‘first impression’ yang terbaik di hadapan Edison.
Dengan penuh keyakinan, Barnes melangkah ke makmal Edison menyatakan mahu menjadi rakan niaga Edison. Dengan pemakaian Barnes yang menunjukkan status keadaan dia, ada beberapa pekerja Edison yang agak terkejut dengan keberanian Barnes. Dan ada yang memandang sinis. Tetapi tidak bagi Edison. Edison melihat kepada keyakinan Barnes bukan penampilan Barnes ketika itu.
Tetapi Edison tidak terus mengambil Barnes sebagai rakan niaganya kerana Barnes hanya datang dengan ‘impian’ bukan barang ciptaan baru untuk diniagakan. Dan impian tidak boleh diniagakan. Jadi Edison mengambil Barnes sebagai pekerja bawahan sahaja. Barnes tidak kisah walaupun pekerjaannya sekarang hanya sebagai ‘sidekick’ Edison. Itu adalah jalan untuk dia buktikan keupayaanya.
Selepas dua tahun, Edison mencipta alat perakam suara. Pada awalnya dinamakan Edison Dictating Machine tetapi dijenamakan semula sebagai Edifon. Tetapi alat itu tidak mendapat keyakinan oleh jurujual-jurujual. Mereka kata tiada sambutan atau permintaan kerana tidak nampak potensi jualan alat itu.
Tetapi Barnes nampak ia sebagai satu peluang. Ketika semua jurujual tidak sanggup mengambil risiko, dia menawarkan diri untuk menjadi jurujual untuk alat itu. Barnes menunjukkan pelan ‘marketing’ untuk memasarkan alat rakaman itu. Akhirnya, Edison melantik Barnes sebagai wakil jurujual untuk satu dunia. Ya, satu dunia, bukan di Amerika Syarikat sahaja.
Hasil perjanjian niaga itu, terhasillah satu slogan syarikat Barnes iaitu “Built by Edison, Installed by Barnes”. Hasil jualan alat tersebut bukan sahaja menjadikannya kaya raya dengan jualan jutaan US Dollar tetapi membuktikan yang orang berjaya perlu ada dua sahaja.
“IMPIAN DAN BUAH FIKIRAN.”
Dan Barnes berjaya buktikan. Daripada ‘sidekick’ Thomas A. Edison, kepada rakan niaganya yang berjaya.
RUJUKAN:
Think and Grow Rich by Napoleon Hill, The Remarkable Story of Thomas Edison’s Assistant: Edwin C. Barnes by Nick Dunehew.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih