Dyah Gitarja atau juga dikenali sebagai Tribhuwana Wijayatunggadewi atau juga nama yang lebih panjang iaitu Tribhuwannottunggadewi Jayawishnuwardhani merupakan pemerintah wanita pertama untuk Empayar Majapahit dan pemerintah ketiga empayar tersebut. Gitarja mewarisinya daripada adik beradik lelaki tirinya yang berketurunan kacukan Jawa-Melayu iaitu Jayanegara. Gitarja juga merupakan ibu kepada Hayam Wuruk yang merupakan salah satu maharaja terbaik Majapahit. Ketika di bawah pemerintahan Jayanegara, baginda ditabalkan sebagai penguasa bawahan di wilayah Jiwana dengan gelaran Bhre Kahuripian.

Dyah Gitarja merupakan anak kepada pasangan Raden Wijaya (pengasas dan pemerintah pertama Majapahit) bersama dengan Gayatri Rajatpatni. Untuk pengetahuan semua, dinasti yang memerintah Majapahit dikenali sebagai Dinasti Rajasa. Majapahit diasaskan selepas Raden Wijaya berjaya mengalahkan Monggol dalam peperangan. Dyah Gitarja mempunyai seorang adik perempuan bernama Rajadewi. Kedua-duanya seringkali digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat cantik. Kejelitaan Gitarja selalu dikaitkan dengan Dewi Ratih, iaitu dewa bagi masyarakat Jawa dan Bali yang sering dikaitkan sebagai Dewi Bulan dan Dewi Kecantikan.

Usia muda Dyah Gitarja adalah dipenuhi dengan usaha-usaha daripada Jayanegara yang berusaha untuk menjadikan Gitarja dan adik perempuannya Rajadewi sebagai isterinya, namun majlis penasihat raja-raja yang diketuai oleh ibu kepada Gitarja iaitu Permaisuri Gayatri menentang niat Jayanegara ini. Adapun perkahwinan antara adik beradik antara bangsawan di dalam takhta Jawa itu adalah perkara biasa ketika era Hindu-Buddha masih tebal dalam masyarakat Jawa.

Terhalang daripada memiliki kedua-dua adik perempuan tirinya, Jayanegara mengambil keputusan untuk mengurung di dalam istana dan menghalang sebarang hubungan dengan dunia luar. Penderitaan itu berakhir apabila pada tahun 132 Masihi apabila Jayanegara dibunuh oleh pemberontak. Gitarja kemudiannya dilantik sebagai pemerintah baru Majapahit atas arahan ibunya. Gitarja telah menggunakan nama Tribhuwannottunggadewi Jayawishnuwardhani. Pemerintahan Gitarja adalah bersama dengan suaminya yang bernama Kertawardhana yang berjaya menjadi suami kepada Gitarja selepas memenangi sayembara yang diadakan semata-mata untuk mencari calon suami kepada Gitarja.

Pada pemerintahan Gitarja, Majapahit mengalami era perluasan kuasa yang mengalakkan. Banyak wilayah-wilayah di sekitar Pulau Jawa dan Samutera jatuh ke tangan Gitarja. Namun, Gitarja mernjadi sangat terkenal dalam sejarah apabila Gitarja berjaya menundukkan perang saudara yang hampir sahaja tercetus di dalam Empayar Majapahit antara Gajah Mada dan juga Kembar, dua orang panglima tertinggi Majapahit ketika percubaan untuk menundukkan pemberontakan di Sadeng.

Kedua-dua mereka mahu penalukan ke atas Sadeng di namakan atas nama mereka, lantas memaksa Gitarja bersama dengan sepupunya yang berdarah kacukan Jawa-Melayu iaitu Adityavarman menundukkan pemberontakan itu sendiri, menamakan penaklukan itu atas nama Gitarja manakala Kembar serta Gajah Mada hanya layak dinamakan sebagai panglima di sisi Gitarja sahaja.

Selain itu, perlantikan Gajah Mada yang merupakan Bapa Perluasan Kuasa Majapahit sebagai Perdana Menteri atau Patih Amangkubhumi Majapahit dibuat adalah dibuat sendiri oleh Gitarja. Sumpah Palapa yang dilafazkan oleh Gajah Mada adalah seperti berikut:

“Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa. Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa.”

Diceritakan bahawa ketika melafazkan sumpah ini, betapa para pembesar Majapahit ketika itu ada yang tidak bersetuju, malah memperkecilkan hak Gajah Mada termasuklah perdana Menteri sebelum Gajah Mada iaitu Arya Tadah. Maka diceritakan bahawa Gajah Mada merangkak menunduk di hadapan Gitarja, menangis mengadukan masalahnya.

Dalam pemerintahan baginda, Adityavarman telah dihantar sebanyak dua kali sebagai wakil kerajaan Majapahit kepada Kerajaan China Pada tahun 1332.  Adityarvman juga mengasaskan kerajaan Malayapura yang ditubuhkan di Minangkabau, lalu mewakili Gitarja memerintah di sana.

Antara reformasi pentadbiran yang dapat dilihat pada Gitarja ialah Gitarja meluaskan lagi jumlah hakim yang bertanggungjawab menasihati pemerintahannya yang berjumlah dari lima orang kepada tujuh orang. Dalam majlis ini, 5 orang dipilih daripada pengganut Sivaism manakala dua lagi hakim yang mengganut agama Buddha.

Pemerintahan Gitarja adalah berlaku selama 22 tahun dengan abunya dikebumikan di kuil Pantarapurwa di Panggih. Selepas hayatnya, baginda disembah sebagai Dewi Parwati di Kuil Rambi yang terletak di tenggara Majawarna.

Hari ini, watak baginda dapat digunakan dalam sebuah permainan video bertajuk Civilization 6 mewakili Tamadun Indonesia di dalamnya. Ini membuktikan bahawa pemerintahan baginda juga diiktiraf oleh masyarakat moden sehinggakan diabadikan dalam sebuah permainan video. Semoga nama baginda terus mekar diingati di alam Melayu hendaknya! 

RUJUKAN:

Nisriwani Yahaya & Syed Zulflida. (2003). 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah Dan Legenda. Jabatan Muzium Malaysia.

Slamet Muljana. (2005). Menuju Puncak Kemegahan (terbitan ulang 1965). Yogyakarta: LKIS

Slamet Muljana. (1979). Nagarakretagama dan Tafsir Sejarahnya. Jakarta: Bhratara


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.