Tahukah anda, gelaran Lisan al-Ghaib yang disandang oleh Paul Atreides, mungkin diambil daripada gelaran kepada seorang sufi Parsi, Hafez Shirazi.
Frank Herbert, pengarang siri Dune banyak mengambil inspirasi daripada budaya badwi padang pasir. Herbert kata, cuba perhatikan yang kebanyakan agama-agama besar, berasal dari latarbelakang kawasan padang pasir. Yahudi di Baitulmuqaddis, Kristian di Baitul Laham dan Islam di Mekah. Tak hairanlah, banyak unsur arab dan Islam dalam cerita Dune.
Hafez Shirazi ialah seorang ahli sufi yang digelar Lisan al-Ghaib.
Jadi, mengapakah gelaran Lisan al-Ghaib disandang oleh Hafez? Apakah wujud hubungannya dengan siri Dune? Jawapannya, tidak. Konteks gelaran Lisan al-Ghaib yang disandang oleh Hafez Shirazi dengan Paul Atreides tidak sama. Kerana gelaran bagi Hafez merujuk kepada kehebatannya dalam menulis puisi, manakala Paul merujuk kepada dirinya yang memenuhi ramalan ‘The One’.
Lisan al-Ghaib bermaksud suara yang tersembunyi.
Kenapa Hafez Shirazi dipanggil Lisan al-Ghaib?
Kerana dikiaskan dengan seorang sahabat nabi, Hasan bin Tsabit. Rasulullah SAW telah mendoakan Hasan, “Ya Allah, berikan kekuatan kepadanya dengan ruhul qudus (malaikat Jibril).” Hasan pernah menulis 70 bait syair memuji Nabi dengan bantuan ilham dari Jibril.
Begitu juga Hafez. Kerana keagungannya dalam syair, maka orang memanggilnya Lisan al-Ghaib. Kerana keindahan syairnya bagaikan ilham dari malaikat.
Kenapa Paul Atreides dipanggil Lisan al-Ghaib?
Herbert, pengarang siri Dune mengambil banyak inspirasi dari budaya dan tamadun Islam. Salah satunya berkenaan Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Imam al-Mahdi adalah seorang insan pilihan yang dilahirkan pada akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia yang mula hilang arah.
Sebab tu, korang perasan bangsa Freman memanggilnya Lisan al-Ghaib. Jessica pun ada cakap, Freeman dah lama menunggu kemunculan The One. Maka dikiaskan dengan al-Mahdi, Paul Atreides berperanan memenuhkan alam semesta dengan keadilan selepas ia dipenuhi dengan kezaliman.
Dalam masa sama, boleh jadi Herbert mengambil gelaran Lisan al-Ghaib seperti Hafez, bagi menunjukkan ‘imam al-mahdi’ Freman ini mendapat petunjuk dari kuasa ghaib seperti malaikat dan sebagainya.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Hafez Shirazi dan Rumi ada persamaan dalam cinta. Apa maksudnya? Bongkar rahsia cinta dari Rumi, dalam RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/yjebncc




No comments yet