Planet Marikh ni kita kenal dengan nama ‘planet merah’ sebab tengok dari jauh je kita nampak rupa dia macam ‘bintang merah’ tanpa teleskop. Ramai saintis percaya bahawa dulu planet merah ni rupa dia macam Bumi sekarang. Betul ke?
Melalui kajian berpanjangan oleh para saintis yang menghantar probe angkasa, mereka tahu macam mana sejarah planet inj dari ciptaannya sampailah ke rupa Marikh sekarang.
Sekitar 4.5 billion tahun dulu, Marikh mula terbentuk dengan permukaannya masih panas, gunung berapi sangat aktif, dan banyak asteroid menghentam. Lama-kelamaan, wujudlah permukaan Marikh yang hemisfera utara penuh dengan tanah lapang dan banjaran pergunungan banyak terletak di hemisfera selatan.
Sekitar 4.1 hingga 3.7 billion tahun dulu, asap-asap yang dikeluarkan oleh gunung berapi mula membentuk sebagai hujan dan menuruni titisan air ke permukaan Marikh, sehingga terbentuknya laut, sungai, dan tasik. Masa tu atmosfera planet ni begitu tebal sebijik dengan atmosfera Bumi. Dari fasa ini, planet Marikh dilihat sebagai planet yang hidup.
Tapi, malang tak berbau. Masuk 2.9 billion tahun dulu, atmosfera Marikh semakin menipis. Air yang mengalir di seluruh Marikh semakin menyejat begitu laju meninggalkan Marikh, sampailah tiada titisan air. Dengan ketiadaan air dan atmosfera menipis, wajah baru Marikh mula muncul. Rupanya seperti apa yang kita ketahui sekarang, iaitu ‘planet merah’.
Para saintis masih berteka-teki kenapa Marikh berubah begitu drastik, dan jawapan yang nampak diterima pakai ialah kehadiran ribut suria atau meteor yang begitu kuat menghentam atmosfera Marikh sampai menipis cepat.




No comments yet