Selalunya, sebut Korea Selatan je, orang akan ingat K-Pop, Son Heung-min, K-League dan pencapaian negara itu. Tapi serangan ke atas orang awam? Tak pernah didengar orang.

Tapi itu yang berlaku dalam seminggu ini, dua insiden tikaman ke atas orang awam dekat sana di Daejeon dan Seoul dalam tempoh 24 jam. Yang pertama, mangsanya seorang. Yang di Seoul semua tak percaya, pelakunya dahlah langgar. Lepas itu tikam lagi 14 orang, seorang mati sebelum kena cekup dengan polis.

Selalu untuk mass attack macam ini, kita ingat Jepun. Sebab berapa banyak kes mass attack berlaku dari rumah orang tua sampailah kes Joker serang stesen keretapi. Bila tengok motif dan latar belakang, ada jenis hikikomori. Ada pula macam kes serangan kat pusat penjagaan warga emas, katanya nak hilangkan beban kewangan jaga diorang.

Tapi yang Korea ini, orang menggaru kepala. Apa kejadahnya menikam orang tak tentu hala. Benda ini masih lagi dalam siasatan tapi aku tak terkejut kalau suspek kes di Seoul jenis hikikomori. Hikikomori ringkasnya jenis orang elak hubungan sosial untuk tempoh yang lama. Ikut definisi Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, enam bulan dan ke atas.Boleh rujuk pautan ini: https://thepatriots.asia/hikikomori-fenomena…/ atau buku Dasar Pandang Ke Jepun.

Tapi yang pasti, yang bergoncang ialah Rumah Biru atau The Blue House. Presiden Yoon Suk-yeol label kes Seoul sebagai serangan pengganas, secara tak langsung gegarkan pendekatan terlampau lembut Korea Selatan terhadap kes jenayah terutama jenayah ganas.

Bila ada benda macam ini termasuk potensi copycat, baru ada discourse kata nak tambah punishment macam hukuman penjara seumur hidup. Tapi ada satu moratorium yang mungkin dipertimbang semula, hukuman mati. Tak ramai tahu Korea Selatan ada hukuman mati tapi diorang laksanakan moratorium – kononnya nak nampak lebih perikemanusiaan.

Moratorium hukuman mati dilaksanakan pada tahun 1998 semasa era Presiden Kim Dae-jung. Walaupun ada yang nak benda itu dimansuhkan terus macam ada gerakan di Malaysia ketika ini, hukuman mati dianggap berperlembagaan oleh Mahkamah Agung Korea pada 2010. Alasannya, ia tidak menyalahi nilai dan maruah seorang manusia. Lepas verdict tu keluar, mengamuk semua badan hak asasi termasuk Amnesty.

Aku jangkakan kalau insiden sebegini terus muncul, orang akan persoal moratorium hukuman mati dan minta ia dilaksanakan semula. Negara-negara Barat takkan suka tapi dengan bilangan sekutu makin lama makin sikit, terpaksalah pandang sebelah mata. Hukuman itu saja yang dilihat bertepatan dengan jenayah ganas macam itu. Malah orang Korea minta benda ini dilaksanakan lagi-lagi kalau jenayah babitkan kanak-kanak seperti rogol dan bunuh.

Sebagai tindak balas, Korea dispatch their police force on the street. Konon nak tenangkan penduduk bahawa mereka selamat dan polis dapat kawal keadaan. Masalahnya, itu juga beri mesej kepada orang awam bahawa negara mereka tak selamat.

Selama ini, Korea Selatan dicanang sebagai negara selamat sebab kes bunuh sikit dan kawalan senjata api yang ketat. Tapi all bets are off lepas kes Seoul. Penduduk-penduduk mula risau sebab mereka akan berdepan situasi macam di negara jiran di seberang lautan, Jepun.

Jadi, apa kena-mengena dengan kita sebenarnya? Bersyukurlah negara kita ini kira masih aman, tak berdepan lagi dengan insiden macam ini. PDRM memang cekap buat assessment dan cekup on the spot.

Tapi pada masa sama, jangan harap Sang Saka Biru je. Kita ni sebagai orang awam pun kena vigilant. Hidup ini bermasyarakat, bukannya macam enau dalam belukar, lepaskan pucuk masing-masing. Nampak benda salah, lapor. Kalau takut sekalipun, ada cara untuk mengadu dan minta bantuan.

Sebabnya mudah, bila kita pilih tak buat apa-apa, yang jahat akan terlepas itu saja. Benda buruk akan lagi bertimbun, tak ke menyusahkan kita dan orang lain? Jadi, aku nak korang fikir kata-kata ini, “Bad men need nothing more to compass their ends, than that good men should look on and do nothing.” (John Stuart Mill)

Pada akhirnya, nak pilih mana satu, orang baik yang tak buat apa-apa atau jadi orang yang penuhi sunnah Rasulullah s.a.w yang cegah mungkar ikut kemampuan dia? Tepuk dada, tanya selera.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply