Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berikutan kewibawaannya menangani krisis COVID-19.
Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham merupakan antara tiga doktor terulung di peringkat global dalam p3rang menentang koronavirus selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.
Ketiga-tiga mereka mendapat pujian sejak beberapa minggu lalu kerana menunjukkan penampilan yang tenang, jelas dan meyakinkan bagi menyalurkan maklumat dan fakta kepada orang ramai berkenaan pandemik wabak ini.
Tambah CGTN lagi, walaupun mereka bukan menteri Kabinet tetapi itu tidak menghalang mereka muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19. Malah, ada yang menggelar mereka ‘pujaan hati dan hero negara’ dalam kalangan media.
“Di tengah pandemik global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadang kala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Noor Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan,” lapor CGTN.
Dr Noor Hisham, 57, memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat Malaysia kerana memberikan maklumat terkini mengenai COVID-19 di media sosial berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.
Beliau juga sentiasa mengemaskini maklumat kepada umum menerusi media sosial sehingga lewat malam, jauh melepasi waktu kerja rasmi.
CGTN berkata penampilan berprofil rendah dan bersahaja menjadi daya tarikan Dr Noor Hisham manakala Bloomfield disifatkan sebagai kakitangan awam paling secocok bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Dr Noor Hisham yang memegang kelulusan ijazah Sarjana dalam Surgeri dan Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyertai sektor awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988.
Beliau kemudian memilih bidang kepakaran dalam surgeri endokrin dan menjalani latihan di pelbagai universiti termasuk di Adelaide dan Sydney, Australia selain menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa dan tempatan serta menulis kandungan buku teks berhubung surgeri endokrin.
Sementara Dr Fauci, 79, pula dilaporkan bekerja hampir 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu sehingga orang ramai mula bimbang bila beliau tidak kelihatan ketika sidang media harian di Rumah Putih.
Bloomfield juga menerima pujian kerana ketelitian dan maklum balas yang jelas ketika bercakap kepada media, dengan ramai penduduk New Zealand mencalonkan beliau bagi anugerah ‘Tokoh Negara’.
Malah, peminat Dr Fauci dan Bloomfield turut memulakan laman sosial khusus di media sosial.
Dr Fauci diberi gelaran ‘coronavirus crush’ dan ‘national treasure’ oleh The Atlantic and The New York Times, dengan hampir 15,000 orang menandatangani petisyen a Change.org untuk dicalonkan sebagai People Magazine’s Sexiest Man Alive 2020.
Sementara itu, walaupun peminat Dr Noor Hisham tidak sampai ke tahap itu lagi, mereka mengambil inisiatif mengucapkan terima kasih dan memuji beliau dengan berkata Malaysia amat bernasib baik mendapat beliau.
RUJUKAN:
Berita Harian. (2020). Dr Noor Hisham antara doktor terbaik di dunia tangani krisis COVID-19. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677699/dr-noor-hisham-antara-doktor-terbaik-di-dunia-tangani-krisis-covid-19
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih