Jumaat, 16 Oktober 202616 Okt 2026
Dunia Tempur

Dolfin Malaysia – Kru Kapal Selam Kita Bukan Calang-Calang

Sebelum
memulakan penulisan, saya ingin memaklumkan terutamanya kepada kalangan bebalis
fanatik politik, bukan Saudi sahaja yang yakin dengan keupayaan Angkatan
Kapal Selam TLDM, malah Sultan Perak sendiri berkenan dan telah bertitah bahawa
baginda yakin dan berpuas hati dengan keupayaan kapal selam dan kru kita.
Baginda telah mencemar duli turut sama menyertai rondaan dengan KD Tun Razak
tahun lepas.

Sultan
Nazrin yang menyampaikan titah. Bukan sebarangan orang. Sultan Perak tu.
So, terpulanglah kepada kamu semua, nak percaya page politik
bangsat yang tak habis-habis memfitnah TLDM atau titah baginda Sultan
Perak yang keluar dari lidah baginda sendiri. Your choice.

2
Scorpene yakni KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, kita tak kan ke
mana kalau tiada kalangan kru yang terampil.

Ya,
mereka merupakan a few good men yang bukan jenis suka bullshit atau
layan bullcrap. Mereka sudah lali dengan tuduhan orang-orang politik dan
zombi politik bangsat yang masih tak habis-habis berseranah dengan ratib
kapal selam tak menyelam.

Mereka
adalah kru kapal selam kita. Orang-orang yang tersemat di dada insignia dolfin
yang bukan boleh dipakaikan kepada sembarangan orang.

Mereka
inilah pejuang barisan paling hadapan Malaysia, menyusup secara senyap dan
halimunan di balik kegelapan dan kedalaman lautan menjejak serta memburu musuh
di bawah permukaan dan di atas permukaan.

Mereka
bukan sebarangan manusia. Jiwa mereka kental dan kekompetenan mereka sangat
tinggi.

Jadi,
tidak hairanlah bilamana kru kapal selam kita yang menjadi teras Angkatan Kapal
Selam menjadi sosok yang disegani, seteru dan dihormati sahabat.

Bukanlah
sesuatu yang aneh bilamana Arab Saudi mahu kita menjadi tenaga pengajar bagi
melatih kru kapal selam mereka sendiri nanti kerana kesiagaan tahap tertinggi
AKS memang terampil.

Apabila
kenyataan mengenai kerjasama latihan ketenteraan dan pengendalian kapal selam
antara Malaysia dengan Saudi dimaklumkan kepada umum, ia menjadi bahan jenaka
pihak politik dangkal dan kalangan penyembah mereka yang low class mentalitynya.

Mereka
mencanang cerita kapal selam tak menyelam, kemudian diswafoto Agosta70
yang menjadi muzium, kononnya kita beli kapal selam sekerap.

Muzium yang sering dikaitkan dengan propaganda kapal selam yang tidak boleh menyelam

Biasalah masa tu nak dekat pilihan raya, penyembah politik bodoh akan kitar semula cerita kapal selam yang pada mereka kononnya penuh skandal, dibeli dengan harga terlalu mahal dan membazir dan diulang tayang foto muzium kapal selam.

Namun,
kita tahu mereka ialah golongan rakyat yang tak terasuh minda dan
didoktrinasi dengan politik kebencian.

Kenapa
Saudi yakin dengan kita?

Ia
bukan kerja dan keyakinan yang dibina sehari dua. Kru KD Tunku Abdul Rahman dan
KD Tun Razak adalah kalangan kru yang sangat terampil disiplin mereka, sangat
tinggi tahap kesiagaan dan paling digeruni keupayaan mereka.

Bukan
menjadi satu rahsia apabila kali pertama kru KD Tunku Abdul Rahman melakukan
latihan pertempuran SUBASWEX mereka. Hal ini menunjukkan kelincahan dan
kepintaran mengendalikan kapal selam dalam situasi kombat dan berhadapan SSN
Rubis yang merupakan kapal selam berkuasa nuklear. Sepanjang latihan simulasi
kombat, KD Tunku Abdul Rahman tanpa gagal mengunci kedudukan SSN Rubis
sebilangan masa sepanjang latihan berbanding KD Tunku Abdul Rahman yang lima
kali dikesan sekejap ada sekejap hilang kedudukannya.

Ya,
ia hanya latihan tetapi sebagai negara yang pertama kali mengendalikan kapal
selam, ia adalah kejayaan cemerlang.

Selama
10 000 jam atau kini hampir 8 tahun kedua-dua kapal selam kita berkhidmat
dengan TLDM dan latihan kesiagaan adalah kemestian yang wajib.

Latihan
bersama kapal perang TLDM dilakukan setiap tahun, iaitu latihan penembakan
torpedo dan peluru berpandu dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2014, 2015
dan 2016. Tidak dikira lagi dengan latihan kecemasan dengan DSV Mega Bakti,
latihan silang dengan angkatan kapal selam Australia dan latihan latihan
kekompetenan dan ujian yang sentiasa dilaksanakan ke atas kru – Bermula
daripada latihan simulasi kombat, latihan pengungsian dari kawasan cetek, ujian
ketahanan fizikal dan stamina serta puluhan lagi ujian bertulis yang perlu dihadapi.

Ya,
institusi Angkatan Kapal Selam TLDM bukanlah bahan picisan yang boleh dipandang
enteng dan dijadikan bahan jenaka politik. Mereka menyabung dengan tekanan
lautan yang membunuh, ruangan dalaman kapal yang sempit dan memburu dan
mengintip pergerakan seteru kita di Laut China Selatan.

Apabila
saya mengatakan AKS bukan calang-calang pasukan, saya tidak berjenaka.

Pusat
Latihan Kapal Selam di Teluk Sepanggar telah melahirkan puluhan kru kapal selam
yang berkaliber serta ia menjadi pusat menajamkan kemahiran kombat, pengurusan
sistem, kemahiran pengendalian sistem senjata dan sonar dan lain-lain kemahiran
dengan mengekalkan standard yang tinggi dalam kalangan pegawai dan anggota
setiap masa. Ya, kita melatih sendiri kru kita dengan kelengkapan dan simulator
ultra moden yang tidak terdapat di rantau ini. Semuanya dilakukan dalam jangka
masa lapan tahun.

Saudi
tahu kita boleh mengajarkan ilmu peperangan dan seni menyelinap di bawah
permukaan dengan adanya kemudahan yang ultra moden seperti simulator pusat informasi
kombat, simulator hakiki menyelamat daripada kedalaman, simulator hakiki
kebakaran dan kawalan kerosakan selain kelas-kelas kajian taktikal dan
peperangan kapal selam yang ekstensif.

Bilamana
bangsat politik masih ditakuk lama sejak tahun 2008 lagi dengan  meratib kapal selam tak boleh
menyelam, Angkatan Kapal Selam TLDM terus memacu lebih banyak kecemerlangan,
bermula daripada kejayaan latihan penembakan hingga mencatat 10 000 jam tempoh
operasi. Ia merupakan pembuktian yang kru kapal selam dan aset yang
dikendalikan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng – Sehinggakan Vietnam
membuat langkah balas turut membuat perolehan kapal selam dari Rusia manakala
Singapura terkocoh-kocoh baru nak beli kapal selam first hand
pada tahun 2020.

Kalau
cikai, tak de la kedua-dua negara tu melompat macam puyuh
gelabah.

Tetapi
orang kita mana nak mengakui kehebatan dan keupayaan pasukan keselamatan
kita. Sudah menjadi lumrah di Malaysia, rakyat sendiri menjadi pengutuk utama
dan warga asing yang menjadi tukang kutip permata dan berlian yang berharga
untuk jadikan ia milik mereka.

Ditambah lagi dengan kedangkalan tahap pemikiran yang terlalu didoktrinasikan dengan politik bangsat yang menyemai kebencian.

Anda sedang membaca sebahagian daripada buku Malaysia Military Power II. Berminat nak dapatkan buku ini? Sila wassap www.wasap.my/60195812791 untuk membuat pembelian.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet