Doa-doa seharian ni dipakai di luar upacara keagamaan di Candi/Pura samada melibatkan Pendeta atau pun tidak.Doa-doa seharian ini merupakan amalan Dharmma yang menunjukkan ketaatan dan tawakal orang Melayu pada Yang Maha Esa walaupun di luar kegiatan sembahyang.

Berdasarkan doa-doa ini, dapat dilihat bahawa kepercayaan orang Melayu masih berasaskan amalan monotheisme, dan juga ajaran Hindu-Buddha di Alam Melayu sudah meresapi dan dicampuri dengan kepercayaan masyarakat setempat dan berbeza sekali dengan kepercayaan agama dan mazhab Hindu di India sana.

AMARAN : Doa-doa dalam artikel ini hanyalah sebagai pengetahuan am dan maklumat sahaja.Tolong jangan mengamalkannya kerana ianya boleh jatuh hukum syirik

1. Doa Menjelang Tidur :

Om asato ma sat gamaya,
Tamaso ma jyotir gamaya,
Mrityor ma amritam gamaya,

(Tuhan tuntunlah hamba dari jalan yang menuju jalan yang benar, dari jalan yang ke jalan terang, hindarkan hamba dari kematian menuju kehidupan abadi)

2. Doa Bangun Pagi :

Om, Jagraca prabhata kalasca nama swaha.
Om, Utedanim bhagawantah syamota
Prapitwa uta mandhye ahnam
Utodita maghawanta syuryasya wayam
Dewanam sumantau syama.

(Ya Tuhan hamba memujaMu kerana hamba telah bangun pagi dalam keadaan selamat. Tuhan Yang Maha Pemurah, jadikanlah hamba orang yang selalu bernasib baik pada hari ini, menjelang tengah hari dan seterusnya. Semoga para Dewa melindungi diri hamba.)

3. Doa Membersihkan/Mencuci Muka :

Om Cam camani ya namah swaha.
Om waktra parisudaha ya namah swaha.

(Ya Tuhan, hamba memujaMu, semoga muka hamba menjadi bersih)

4. Doa Menggosok Gigi :

Om rahphat astra ya namah.
Om Sri Yogini Bhatari ya namah.

(Ya Tuhan sujud hamba kepada Dewi Sri, Bhatari Yogini, semoga bersihlah gigi hamba)

5. Doa Berkumur :

Om Ang waktra parisudha ya namah swaha.

(Ya Tuhan, semoga bersihlah mulut hamba)

6. Doa Membersihkan Kaki :

Om Am khan kasodhaya iswara ya namah swaha.

(Ya Tuhan, semoga bersihlah kaki hamba)

7. Doa Mandi :

Om Gangga amerta sarira sudhamam sawaha.
Om Sarira parisudhamam swaha.

(Ya Tuhan, engkau adalah sumber kehidupan abadi nan suci, semoga badan hamba bersih dan suci)

Boleh juga dengan matra atau doa ini :

Om gangga ca yamune caiwa
Godawari saraswati
Narmade sindhu kaweri
Jale’smin sannidhim kuru

(Ya Tuhan, ijinkanlah hamba memanggil sungai suci Gangga, Yamuna, Godawari, Saraswati, Narmada, Sindhu dan Kaweri, semoga menganugerahkan kesucian kepada hamba)

8. Doa Pada Waktu Memakai/Menyarung Pakaian :

Om tham Mahadewaya namah swaha,
Om busanam sarirabhyo parisudhaman swaha.

(Tuhan dalam perwujudanMu sebagai Tat Purusha, maka dewa yang Maha Agung, hamba sujud kepadaMu dalam menggunakan pakaian ini. Semoga pakaian hamba menjadi bersih dan suci.)
selesai berpakaian hendaknya melakukan Persembahyangan Trisandya.

9. Doa Panganjali :

Diucapkan saat berjumpa dengan seseorang atau memulai suatu pembicaraan dalam sebuah pertemuan. Tangan dicakupkan seperti menyembah di angkat sejajar dada.

Om Swastyastu

(Semoga selalu dalam keadaan selamat di lindungan Tuhan.)

10. Doa Menghadapi Makanan :

Om hiranyagarbha somawartatagre
Bhutasya jatah patireka asit
Sadha dhara pritiwim dyam utenam
Kasmai hawisa widhema

Om purnam madah purna midam
Purnat purnam udasyate
Purnasya purnam adaya
Purnam ewa wasisyate

(Ya Tuhan Yang Maha Pengasih. Engkau asal alam semesta dan satu-satunya kekuatan awal. Engkau yang memelihara semua mahluk, seluruh bumi dan langit. Hamba memuja Engkau. Ya Tuhan Yang Maha Sempurna dan membuat alam sempurna. Alam ini akan lenyap dalam kesempurnaanMu. Engkau maha kekal. Hamba mendapat makanan yang cukup berkat anugerahMu. Hamba mengucapkan terima kasih.)

Doa di atas baik untuk makan bersama, misalnya, pesta atau istirehat makan dalam suatu pertemuan.

Jika sendirian boleh mengucapkan doa pendek ini yang diambil dari kitab Yayurweda :

Om annapate annasya
No dehyanmiwasya susminah
Pra-pra dataram taris urjan
No dhehi dwipade catuspade

(Ya Tuhan, engkau penguasa makanan, anugrahkanlah makanan ini, semoga memberi kekuatan dan menjauhkan dari penyakit. Bimbinglah hamba anugrahkan kekuatan kepada semua mahkluk.)

11. Doa Mulai Mengunyah Makanan :

Om anugraha amrtadi sanjiwani ya namah swaha.

(Ya Tuhan, semoga makanan ini menjadi penghidup hamba zahir dan batin yang suci.)

12. Doakan Kesejahteraan :

Doa memberi kesejahteraan orang lain dan meminta dosa-dosanya diampounkan didalam mantera Tri Sandya

Om ksamasvamam mahadeva
sarvaprani hitankara
mammoca sarva papebhyah
palaya sva sada siva

Om ksntavyah kayiko dosah
ksantavyo vaciko mama
ksantavyo manaso dosah
tat pramadat ksamasva mam

Om, ampunilah hamba Sang Hyang Widhi,
yang memberikan
keselamatan kepada semua mahluk,
bebaskanlah hamba dari segala dosa,
lindungilah oh Sang Hyang Widhi

Om, Ampunilah dosa anggota badan hamba,
ampunilah dosa kata – kata hamba,
ampunilah dosa pikiran hamba,
ampunilah hamba dari kesalahan hamba

Sumber : Sir Richard Olaf Winstedt ”The Malays – A Cultural History.”

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

2 Comments

  1. Saya ragu hindu sebagai agama utama semenanjung tanah melayu pada suatu tika dulu.jika mungkin dibelah utara hingga ke thailand sekarang ni…jika belah sumatera,jawa dan siam mungkin…tapi sebahagian besar tanah semenanjung mungkin tidak..

  2. Oleh kerana ada nama Sang Hyang Widhi, antara tuhan yang disembah oleh penganut Hindu di tanah Bali, saya rasa mungkin agama kuno Hindu Melayu ini mungkin mempunyai persamaan dengan mazhab Balinese Hinduism. Apa2 pun artikel dari Hangpcdua Malaya ini sangat uncommon dan informative.

Leave A Reply