Allah tidak bosan mendengarkan doa kita. Bukankah Nabi-Nabi sering mengadu kepada-Nya dalam semua keadaan. Apa agaknya doa mereka?
Nabi Yusuf adalah seorang lelaki yang kacak lagi menawan. Pada suatu hari, seorang isteri orang bernama Zulaikha jatuh cinta kepadanya. Dia cuba membujuk Nabi Yusuf untuk jatuh ke dakapannya, namun tidak berjaya.
Nabi Yusuf mengadu kepada Allah, “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya.
Doa baginda lagi, “Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.”
Allah pun menyelamatkan baginda daripada fitnah.
Nabi Yunus adalah seorang lelaki yang berdakwah kepada penduduk Ninawa. Kaumnya itu kufur dan menyembah berhala. Setelah puas Nabi Yunus mengajak kepada Allah, namun kaumnya tetap ingkar. Maka, baginda pun membawa diri dan menaiki sebuah kapal.
Tiba-tiba, kapal yang dinaikinya itu terumbang-ambing diserang badai. Dipendekkan cerita, baginda jatuh ke laut dan ditelan seekor ikan yang besar bernama Nun. Selama 40 hari, Nabi Yunus tinggal di dalam perut ikan Nun.
Dalam tempoh itu, Nabi Yunus mengadu, “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Allah merahmati baginda dan menaikkannya ke daratan.
Nabi Zakaria adalah seorang nabi yang masih tidak mempunyai anak walaupun umurnya tua. Meskipun begitu, baginda tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dikurniakan seorang cahaya mata.
“Oh Tuhanku, tulang-tulangku sudah lemah dan rambutku sudah putih semua. Tetapi, aku tidak pernah berputus asa untuk berdoa kepada-Mu Ya Allah. Aku tetap akan meminta, kerana inilah ibadahku,” rayu baginda.
Nabi Zakaria berdoa dengan khusyuk, “Oh Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sedang Engkaulah Sebaik-baik Waris.”
Baginda meminta lagi, “Oh Tuhanku, berikanlah aku dari sisi-Mu keturunan yang baik. Sungguh, Engkau selalu mendengar doa hamba-hamba-Mu.”
Setelah 70 tahun, Allah pun memakbulkan doa baginda.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Apa pula doa Nabi Muhammad? Kenali Nabi kita dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shope.ee/3VN0yziVfg




No comments yet