Den dengar ada cerita “Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di Malaysia” tengah tular.
Nak dekat PRU ni macam-macam cerita ada. Biasalah kita ni pengamal politik fitnah. Kalau dah dapat modal mana nak lepaskan.
Yang fakta: diplomat Israel menyertai Forum Bandar Sedunia (“World Urban Forum” atau WUF) di KL sebagai sebahagian daripada delegasi UN-Habitat.
Yang auta dan ditokok tambah jadi “headline”: kerajaan menjalin hubungan dengan rejim haram Zionis, kerajaan nak iktiraf Israel, kerajaan jual negara ke Zionis laknatullah.
Sebelum nak sembang, kena bezakan antara diplomasi dua hala (“bilateral diplomacy”) dan diplomasi pelbagai hala (“multilateral diplomacy”).
Diplomasi dua hala ni melibatkan dua negara saja. Hubungan Malaysia-US, hubungan Malaysia-China, hubungan Malaysia-Jepun ni semua dua hala. Hok ni terserah kepada negara masing-masing untuk menjalin hubungan atau tidak dengan sesebuah negara.
Diplomasi pelbagai hala ni pula melibatkan banyak negara atas satu platform. Contohnya macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“United Nations” atau UN), Pertubuhan Perdagangan Dunia (“World Trade Organization” atau WTO), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), G20, G7, BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa), Pertubuhan Kerjasama Islam (“Organization of Islamic Cooperation” atau OIC) dan banyak lagi. Hok ni negara perlu ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pertubuhan. Negara kalau nak buat sesuatu perlu mendapat persetujuan dari semua ahli.
Perjumpaan WUF di KL ni sebenarnya dianjurkan oleh Program Penempatan Manusia UN (“UN Human Settlements Programme”) atau UN-Habitat, Malaysia hanya bertindak sebagai pemudahcara untuk menunjukkan komitmen Malaysia terhadap UN. Yang baru-baru ni banyak-banyak negara pakat kutuk Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel tu UN lah.
Kenapa diplomat Israel bernama David Roet dibenarkan masuk Malaysia walaupun Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan? Kerana mamat Roet ni bernaung di bawah UN-Habitat sebagai wakil Israel. Dia memasuki Malaysia atas kapasiti diplomat UN-Habitat, bukan sebagai diplomat Israel. Ada beza tu. Macam masa Luis Suarez bermain untuk FC Barcelona, orang tak pandang dio sebagai pemain Uruguay.
Di peringkat dua hala, pendirian Malaysia jelas dan muktamad, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel sejak tahun 1965 selepas Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan “persona non grata” ke atas wakil perdagangan Israel, Moshe Yegar. Cuma, tiada undang-undang yang mengatakan orang Israel tidak boleh menjejaki negara kita. Kalau tidak, tak jadilah Tun M menjemput 14 pelajar Israel dan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997.
Tapi di peringkat pelbagai hala, Malaysia tidak boleh menghalang kemasukan diplomat yang mewakili pertubuhan antarabangsa di mana Malaysia merupakan ahlinya. Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN (“Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations”) yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992.
Adakah kita boleh bantah kemasukan pegawai UN yang merupakan warganegara Israel? Boleh, tapi leceh. Ia melibatkan kajian semula ke atas undang-undang UN dan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Organisasi Antarabangsa di atas.
WUF ni bukan perjumpaan “high-level” antara pemimpin pun, ia lebih kepada perjumpaan golongan profesional dari pertubuhan-pertubuhan antarabangsa mengenai isu perbandaran. Ia bukan pasal Israel atau agenda Israel. Jadi bukanlah satu masalah kalau kita nak mempermudahkan penyertaan delegasi UN.
Media murahan kita pula pergi memetik sumber seperti The Times of Israel yang kata kononnya Israel memandang berat tentang kehadiran diplomat Roet dengan harapan ia dapat memperbaiki hubungan Israel-Malaysia. Yang korang dah tahu Yahudi tu lidah bercabang korang nak percaya buat apa? Dia orang pun pandai main persepsi lah untuk menjayakan agenda mereka.
Jadi tak perlu nak mempolemikkan isu dan melibatkan nama pemimpin negara. Atau acah-acah pandai nak kaitkan nilai dagangan Israel-Malaysia dengan insiden ini untuk membuat fitnah “Malaysia nak menjalin hubungan dengan Israel”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih