Rabu, 21 Oktober 202621 Okt 2026
Kriminologi

Dilema 42.6 Bilion Euro: Kesatuan Eropah Lemah Ditekan Setanjahat!

Kesatuan Eropah sedang berdepan dengan 1 kemunafikan yang teramat nyata pada hari ini.

Semuanya berpunca daripada 1 perjanjian perdagangan besar bernilai 42.6 bilion Euro bersama entiti Isbiol pada tahun 2024.

Perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persatuan itu telah mengikat ekonomi kedua belah pihak sejak tahun 2000.

Sepanyol, Ireland, dan Slovenia baru sahaja membawa 1 usul keras untuk menggantung perjanjian yang amat menguntungkan rejim Z ini.

Tujuan tindakan 3 buah negara ini digerakkan asbab siri pembunuhan kejam ke atas 72000 nyawa di bumi G sejak tahun 2023.

Malah rejim Isbiol baru sahaja meluluskan undang-undang hukuman mati yang secara praktikalnya hanya disasarkan kepada penduduk P.

Tetapi, usul kemanusiaan ini telah dihalang dan ditolak mentah-mentah oleh pentadbiran Jerman dan Itali.

Menteri Luar Jerman menempelak usul Sepanyol itu dan menganggap desakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Alasan lapuk Jerman adalah kerana mereka terikat dengan rasa bersalah akibat sejarah hitam Perang Dunia Kedua.

Perjanjian tahun 2000 itu sebenarnya ada meletakkan Artikel 2 yang mewajibkan pihak terbabit menghormati hak asasi manusia.

Seramai 1 juta orang warga Eropah telah menandatangani petisyen untuk mendesak penggantungan perjanjian tersebut asbab pelanggaran Artikel 2.

Rejim Z kini bergantung nyawa sepenuhnya kepada dana Eropah untuk meneruskan siri penyelidikan dan pembangunan sains mereka.

Halangan utama sekarang adalah sistem birokrasi yang mewajibkan persetujuan sebulat suara daripada 27 buah negara ahli untuk penggantungan penuh.

Manakala untuk penggantungan separuh, ia memerlukan undian daripada 15 buah negara yang mewakili 65 peratus populasi Eropah.

Sistem undian ini secara langsung memberikan kuasa veto mutlak kepada negara populasi besar seperti Jerman untuk terus melindungi Setanjahat.

Walaupun dihalang secara pentadbiran, kempen menghukum peng**nas ini tetap berjalan agresif dari peringkat bawah.

Negara Itali bertindak menggantung pakatan pertahanan secara sendirian, kononnya mahu nampak suci dan menjadi wira pada mata pandangan antarabangsa.

Akan tetapi, pada masa yang sama, Itali bersepakat menolak usul untuk membatalkan perjanjian perdagangan dengan rejim Z.

Mereka sengaja main wayang dan talam 2 muka kerana mereka enggan melepaskan keuntungan kewangan yang bernilai berbilion Euro.

Pada masa yang sama, kuasa besar seperti Perancis dan Sweden rancak mengetuai kempen baharu.

Perancis dan Sweden sekarang mendesak supaya cukai yang teramat tinggi dikenakan ke atas barangan yang dihasilkan dari penempatan haram rejim Z.

Kita wajib mendedahkan sikap talam 2 muka benua Eropah yang asyik bercakap fasal keadilan tetapi enggan melepaskan dagangan 42.6 bilion Euro.

Teruskan tekanan supaya seluruh dunia melihat dengan jelas siapa dalang sebenar yang menyelamatkan ekonomi pembunuh di Timur Tengah!

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet