Tak lama lagi, Ramadan akan menyapa kita. Sudahkah kita bersedia? Kalau hati belum berbunga-bunga, jom kita ambil tahu keistimewaan Ramadan, barulah jatuh cinta.

Ada apa dengan Ramadan?

Kalau bulan lain syaitan boleh bergasak, tiba sahaja Ramadan terus syaitan kena gari. Inilah tempoh yang Allah berikan kepada kita untuk pulang kepada-Nya. Kalau masih nak buat jahat jugak, jangan salahkan syaitan, sebab nafsu kita yang buas

Apa pujian al-Quran?

Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah, Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran. Dengan turunnya Kalamullah, bermakna Ramadan juga menampung barakah. Surah al-Qadr pula menceritakan satu malam yang bersamaan seribu bulan. Itulah malam Lailatul Qadr.

Apa nak buat dengan Ramadan?

Pertamanya, puasa wajib. Jangan pula yakk yakk yeayy bulan tu. Haram hukumnya makan di tengah khalayak ramai, masa matahari rembang. Silap hari bulan, boleh kena angkut dengan van jenazah.

Keduanya, tingkatkan ibadat. Kerana Allah melipatgandakan pahala ibadat sunat seperti pahala ibadat fardhu. Jangan tertinggal solat taraweh walaupun 8 rakaat. Lagi banyak lagi bagus.

Masa ini juga kita akan rasa lazat dan girang membaca al-Quran. Gunakan kesempatan itu untuk mengkhatamkannya. Paling tidak, ikutlah halaqah tadarus lepas taraweh. Kalau sehari sejuzu, insyaallah lepas sebulan dah khatam.

Ketiganya, jaga pemakanan. Tahulah puasa, tapi jangan sampai waktu berbuka tu, macam nak ganti balik semua juadah dari sarapan sampai makan malam. Mulakan berbuka dengan tiga biji kurma dan air, barulah perut tak terkejut.

Apa pantang larangnya?

Nabi sebut, ada orang yang berpuasa di bulan Ramadan, tapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Mereka ialah orang yang tidak menjaga lidahnya. Perut puasa, namun mulutnya memaki, menfitnah dan bergosip tak sudah. Jangan la kita jadi orang yang rugi ya.

Apa dapat lepas Ramadan?

Selepas sebulan berpuasa, tibalah hari raya. Allah menggugurkan dosa orang yang berpuasa dengan iman, sehinggalah pada pagi raya, dia menjadi suci murni seperti bayi yang baru lahir. Kembali ke fitrah. Sebab itu dipanggil Hari Raya Aidilfitri.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Hayati kegemilangan sejarah Islam, dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Korang akan lebih menghayati Ramadan tahun ini! Klik: https://shp.ee/vvr8yxd


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply