12 tahun lalu, sebuah bot Pasukan Khas Udara ( PASKAU) telah  karam di perairan Mersing, ketika Malaysia dan Singapura berebutkan Pulau Batu Putih. Kawasan tersebut memang menjadi lokasi biasa tentera masing-masing menjalankan latihan meski ia dipertikaikan.

“Daripada kumpulan 6 orang tersebut, 2 mati lemas, dan 4 selamat. Hanya saya dan Smith yang sampai pukul 11.49 malam. Sebastian sampai lebih kurang jam 5.00 petang sebab beliau berenang dahulu untuk mendapatkan pertolongan,manakala Sjn Saad(pencen pencen PW1)yang berenang bersama arwah Ayub dan Asrul dijumpai oleh helikopter PDRM setelah 55 jam berada di dalam laut. Beliau dijumpai bersendirian sebab meninggalkan arwah Asrul dan arwah Ayub untuk pergi mendaptkan pertolongan.Saad dijumpai di perairan Tanjung Siang  pada jarak lebih kurang 50km dari lokasi kejadian.

Helikopter PDRM tiada alat untuk winch- up Saad ke dalam helikopter. Jadi, mereka  terpaksa tunggu pesawat Nuri yangg terlibat dengan Operasi Carilamat itu untuk mengambil Saad dan  seterusnya membawanya  terus ke hospital JB. Semasa berenang tu.. body line saya diikat kepada Smith, manakala Saad ddengan kedua arwah. Saya dan Smith terpisah daripada group Saad disebabkan cuaca buruk. Ditambah pula laut yang bergelora –  kebetulan masa tu musim tengkujuh,” begitu kisah yang diceritakan oleh PWII (B) Radzi Abdul Majid.

Pada mulanya, beliau membangkang cadangan untuk mereka keluar pada hari itu, memandangkan ianya adalah permulaan musim tengkujuh. Keadaan laut sangat bergelora pada ketika itu, hinggakan bot nelayan kecil tidak ada yang berani keluar. Mereka sendiri kekurangan kelengkapan untuk menghadapi keadaan tersebut. Walaubagaimanapun, Mjr. Smith berkeras kerana merasakan ia satu keperluan bagi mereka menjalankan tugasan reccy bagi tujuan mencari lokasi untuk penandaan bagi LGB (Laser Guided Bomb) yang akan dilepaskan oleh pesawat Hornet semasa latihan nanti. Kawasan tersebut memang menjadi kawasan latihan pesawat-pesawat kita , antaranya untuk Laser Guided Bombing.

Sudahnya, mereka keluar juga dengan bot 17 kaki berenjin kembar. Namun bot uzur itu tidak mempunyai kekuatan untuk mengharungi laut bergelora pada musim sebegitu. 38 km ke tengah laut, salah satu enjinnya mati. Enjin yangg satu lagi tidak mampu membekalkan tenaga, dan akhirnya turut mati juga. Tersadai mereka di tengah laut itu dalam keadaan ombak yang mencanak tingginya. Beberapa ketika, akhirnya salah satu ombak itu menghempap dan menenggelamkan terus mereka.

Keadaan panik menguasai. Mujurlah dengan latihan berterusan selama ini, Radzi, Saad dan Sebastian bertindak pantas. Radzi mengikat bodylinenya kepada Mjr. Smith, manakala Saad mengikat bodylinenya kepada kedua orang anggota yang boleh dikatakan agak baru, iaitu Asrul dan Ayob. Sebastian diarahkan berenang mencari bantuan terlebih dahulu. Selepas agak lama menunggu tetapi tiada kelibat bantuan yang kelihatan, Radzi dan Saad akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan bot yang semakin karam kerana sekiranya mereka menunggu, pasti lebih banyak bahaya yang bakal terjadi.

Mereka yang terselamat.

Ketika melepaskan pegangan daripada bot, tiba-tiba ombak datang dan memisahkan mereka. Arus kuat telah membawa Radzi dan Mejar Smith ke arah lain- memisahkan mereka daripada Saad dan dua orang anggota lagi. Maka, bermulalah pertarungan antara hidup dan mati bagi mereka. Menggunakan segala ilmu yang pernah dipelajarinya, Radzi mengambil kemudi untuk perjalanannya dengan Mjr. Smith. Gaya renangan Backstroke digunakannya bagi menjimatkan tenaga dan memastikan dia tahu apa yang bakal mendatang. Kaedah ini lebih efisyen berbading renangan bebas yang membutakan perenang kpd bahaya dari arah belakang. Setiap kali ombak datang, perenang pasti akan ditenggelamkan.

Sampai satu ketika, Mjr. Smith hampir menyerah kalah dan tak sanggup meneruskan perjalanan. Kederatnya sudah habis dan matanya mahu terlelap. Radzi berusaha sedaya upaya membakar kembali semangat lelaki itu dan meneruskan perjalanan mereka. Sekiranya dia menurut, mereka berdua pasti tipis harapan dan peluang untuk selamat.

Sekian lama berenang dan dalam keadaan letih lesu, mereka akhirnya berjaya sampai ke pantai dan diselamatkan pasukan. Sebastian kelihatan terlantar keletihan. Menurut mereka yang ada di situ, dia sampai  kira-kira 6 jam sebelum mereka. Dialah yang memberitahu pasukan akan keadaan mereka dan pasukan carilamat digerakkan untuk mencari mereka.

Keesokannya barulah Saad dijumpai – berseorangan. Beliau terpisah daripada Asrul dan Ayob kerana beliau bertindak cuba mencari bantuan apabila melihatkan keduanya sudah semakin tidak bermaya. Itupun, beliau dijumpai tersasar daripada laluan asal –  lebih 50 km. Helikopter PDRM yang menjumpainya terpaksa berpatah balik kerana tidak mempunyai peralatan mengangkutnya keluar. Nuri terpaksa dikeluarkan untuk meneruskan usaha menyelamat. Mayat Asrul dan Ayob dijumpai masih terikat dengan life line mereka.

Dua anggota yang keilangan nyawa akibat insiden itu

Pengalaman itu mungkin perit, tapi ia juga memberi kebaikan kepada  pasukan PASKAU yang selepas itu dilengkapi dengan bot yang lebih canggih dan moden. Bagi Radzi pula, kenangan peristiwa itu memang menyayat hati, terutama apabila mengenang kedua orang anak buahnya yang tewas di laut tersebut. Namun ia juga membuktikan, latihan keras yang selama ini dikaitkan dengan dunia komando adalah sedikit sebanyak penyumbang yang membuatkan beliau terus berusaha mencari jalan menyelamatkan bukan sahaja nyawanya sendiri, tetapi juga nyawa org lain yang bersama beliau. Beliau dan Mjr. Smith selepas itu menjadi rakan baik, dan disahkan naik ke pangkat PW hasil temuduga yang telah dilaluinya sebelum peristiwa tersebut..=WRA=


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply