Antara koleksi senjata untuk pasukan khas negara adalah Raifal Denel NTW-20 ini. Berat? Bagi saya memang sangat berat . Tengok pun dah naik seram. Kalau kena..memang tak sempat mengucap. Malah..rasanya terpaksa dikutip cebisan mayat berbanding seketul tubuh semata.
Raifal ini telah dibangunkan pada sekitar pertengahan 90-an oleh seorang pereka senjata, Tony Neophytou, yang turut terlibat dalam rekaan senapang patah tempur Neostead . Pembangunan awal adalah di bawah nama Aerotek, dan kemdian berubah kepada divisyen Mechem daripada kumpulan DENEL – sebuah syarikat pengeluar senjata di Afrika Selatan, yang telah membeli hak unuk rekabentuknya. Pada tahun 1998, Pasukan Pertahaan Afrika Selatan (South African National Defense Forces) telah mula membeli dan menggunakan sejumlah senjata ini . Ia juga telah ditawarkan untuk jualan eksport.
NTW-20 secara relatifnya, bukan senjata yang digunakan untuk menembak manusia (walaupun secara asasnya, ia mampu digunakan untuk tujuan tersebut). sebaliknya, ia adalah Raifal anti-material jarak jauh, yang dibangunkan khusus untuk digunakan bagi merentas permukaan lanskap Afrika Selatan yang terbentang luas, dengan memberikan kesan kuasa tembakan yang signifikan melalui senjata yang bersifat kompak dan mampu dialih oleh dua orang pengguna. Ia didatangkan dalam dua versi – 20mm dan 14.5mm, dan mudah diubah dripada satu varian kepada varian yang lain dengan penukaran laras, bolt, kelopak dan skop dalam masa kurang 1 minit semasa di medan.
Kedua-dua varian ini mempunyai skop penggunaan yang agak berbeza. Versi 20mm dibina berdasarkan peluru anti-pesawat MG-151 Jerman era Perang Dunia Kedua, dn mampu melepaskan projektil pembakar, bertenaga tinggi atau berserpih dengan ketepatan tinggi. Jadi, sasaran “lembut” (bukan lembut macam si sajat tu) mampu dimusnahkan sekaligus oleh letusan atau serpihannya. Versi 14.5mm pula boleh dipertimbangkan apabila terdapat keperluan untuk sasaran jarak jauh dan penembusan perisai.
Ia dibina berdasarkan satu lagi peluru era Perang Dunia Kedua iaitu kartrij penembus armor 14.5mm yang dibina untuk Raifal anti kereta kebal PTRD dan PTRS dan masih digunakan secara meluas bagi mesingan berat KPV / KPVT Russia yang dipasang pada kenderaan berperisai dan tanjakan anti-pesawat. Versi yangdigunakan di Malaysia walaubagaimanapun, iaitu 20×82 tidak boleh ditukar larasnya.
Walaupun tidak setepat Raifal .50BMG (12.7x99mm) yang dibina khas disebabkan oleh kekurangan amunisi 14.5mm and 20mm bersesuaian, NTW-20 menawarkan kesan terminal yang lebih signifikan berbanding mana-mana kombinasi Raifal/peluru .50BMG . Versi 20 mm paling berkesan untuk sasaran seperti pesawat yang berhenti, peralatan perintah dan komunikasi (command and communications), kabin radar, tempat simpanan minyak dan kenderaan tidak berperisai. Versi 14.5 mm pula paling berkesan untuk kenderaan berperisai membawa anggota atau sasaran “lembut”seperti bunker atau simpanan bahan letupan pada jarak jauh. Seperti disebutkan sebelum ini, kegunaan utama Raifal ini bukanlah untuk tujuan penghapusan sasaran manusia.
NTW-20 adalah Raifal pergerakan bolt berpusing/ rotating bolt action yang dioperasikan secara manual. Larasnya dikuncikan oleh bolt berpusing yang mempunyai enam takah. Laras serta penerimanya mampu menyentak di dalam rangka casis bersama-sama penggunaan kombinasi sistem penyerap pneumatik dan hidraulik. Dua ruang muzzle brake di hujung laras yang besar juga menambah keupayaan penyerapan membuatkan sentakannya secara relatif agak rendah iaitu antara 50%-60% hentakan. Jadi, dengan cara penggunaan dan kedudukan yang betul, ia tidaklah menendang sekuat yang disangka .
Suapan peluru adalah menerusi kelopak yang dimasukkan daripada sebelah kiri dan mampu memuatkan 3 peluru pada setiap kali. Raifal ini boleh dibuka dan dibawa dalam pek dua orang pembawa, dengan setiap pek berkeberatan sekitar 12 – 15 kg. Satu pek mengandungi rangka, badan dan udi, manakala satu lagi pek mengandungi laras, peralatan optik dan kelopak. Tapi percayalah, yang mengangkut benda ni memang perlu seorang yg badannya sangat tegap.
Berat: 31 kg
Panjang: 1,795 mm
Panjang Laras: 1,000 mm
Kartrij: 20 × 110mm Hispano
Cara Kerja: Bolt action, recoiling barrel
Kelajuan muncung: 720 m/s (20 x 82mm)
Jarak Berkesan: 1,500m (20 x 82mm)
Pejera: 8 x 56 Lynx Telescopic sight
NTW-20 diperlengkapkan dengan pejera teleskopik panjang pembesar pandangan 8x yang boleh dibuka dengan pantas . Ia tidak mempunyai pejera siap terbina. Bipod boleh lipat berada di bawah penerimanya, dan kerangka tidak boleh lipat di bahagian atas penerima berfungsi sebagai tangkai pembawa dan juga breket perlindungan skop.
Jarak tembakan maksima pernah dicuba? 4 km…=WRA=
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih