Uthmaniyyah merupakan sebuah kuasa yang pernah berkuasa di Eropah, Asia dan Laut Mediterranean. Hal ini menjadi tidak hairanlah jikalau Uthmaniyyah pernah menjalin hubungan diplomatik dengan pelbagai negara serantau. Salah satunya, Amerika Syarikat. Tetapi, tahukah anda Amerika Syarikat mulai menjalinkan hubungannya dengan Uthmaniyyah bukan sekadar melalui pembukaan duta tetapi Amerika sedia membayar Uthmaniyyah bagi menjaga keamanannya di Laut Mediterranean.
Amerika bayar cukai kepada Uthmaniyyah?
Ya, anda tidak silap membacanya.
Amerika Syarikat merupakan sebuah negara muda pada waktu itu. Mereka baru sahaja merdeka pada tahun 1776. Kekuatan mereka pada kala itu, belum cukup ampuh bagi menghadapi ancaman musuh dan serangan atas laluan perdagangan mereka.
Lanun Barbary sering menggangu ketenaran dan keamanan jalur perdagangan mereka mulai merugikan Amerika Syarikat. Melihat hal ini, pemerintah Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk membayar ufti kepada Hassan Dey, pemerintah Algiers yang merupakan sekutu Uthmaniyyah bagi menghindari serangan lanun ini.
Tindakan Amerika Syarikat membayar cukai kepada Lanun ini menjadi titik awal bermulanya hubungan Uthmaniyyah dan Amerika Syarikat. Pembayaran cukai ini kemudiannya dihentikan pada tahun 1815 apabila Amerika Syarikat mulai memperkuat armada lautnya bagi menghadapi lanun sekaligus menghapuskan bayaran kepada Kerajaan Uthmaniyyah.




No comments yet