Deklarasi Balfour merupakan idea pemula kepada pembentukan sebuah negara haram yang dikenali sebagai Israel. Deklarasi ini adalah cetusan idea salah seorang ahli politik terkemuka British, iaitu Arthur James Balfour merangkap Setiausaha Luar kerajaan British.

Pada 2 November 1917, Balfour telah menulis surat kepada seorang bangsa Yahudi yang terkenal pada zaman itu, Baron Lionel Walter Rothschild. Di dalam surat itu, Balfour secara rasminya menyuarakan sokongan dan komitmen padu dari kerajaan British untuk pembinaan sebuah negara bangsa Yahudi di dalam wilayah Palestin.

Hasilnya, Deklarasi Balfour telah dijadikan sebagai pemberat utama kepada penubuhan sebuah sistem atau mandat yang dikenali sebagai ‘League of Nations Mandate’, bagi meletakkan wilayah Palestin dan Transjordan di bawah jurisdiksi kerajaan British yang bermula pada tahun 1922 hingga 1948.

Mandat ini secara asasnya menjadi asbab utama tertubuhnya negara haram Israel, lebih-lebih lagi setelah idea itu datang dan disokong oleh negara kuasa besar seperti British yang memiliki pengaruh signifikan di dalam organisasi antarabangsa sebesar ‘League of Nations’ (LON).

LON melalui Perjanjian Versailles yang dibuat pada tahun 1919, kemudiannya meluluskan Mandat Kelas A yang mana mandat ini memberikan ‘mandatory power’ kepada British untuk menentukan hala tuju wilayah Palestin, di samping membantu memperkasakan organisasi politik radikal bangsa Yahudi seperti Zionis.

Seperti apa yang kita ketahui, wilayah Palestin adalah bekas jajahan takluk Empayar Turki Uthmaniyah selama lebih daripada 400 tahun, sebelum empayar khilafah Islam terakhir itu tumbang ketika berakhirnya Pe.rang Dunia Pertama (WW1) pada tahun 1918. Pun begitu, sejarah berkaitan tanah Palestin sebenarnya jauh lebih lama daripada itu.

Menurut rekod, konflik besar atau pepe.ran.gan di antara kesatuan negara Arab dan Israel pernah tercetus sekurang-kurangnya sembilan kali. Semuanya bermula selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengusulkan sebuah resolusi untuk menubuhkan negara haram Israel di dalam wilayah Palestin.

Melalui pelan resolusi tersebut, PBB pada tahun 1947 telah mencadangkan agar wilayah Palestin dibahagikan kepada tiga wilayah utama, iaitu wilayah Arab Palestin, wilayah Yahudi dan wilayah PBB (kota Baitulmaqdis). Resolusi tersebut telah dibantah oleh beberapa buah negara Arab.

Sungguhpun pelan itu menerima penentangan hebat, mereka tetap ingin meneruskan aspirasi penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang kemudiannya mencetuskan Pe.ra.ng Arab-Israel 1948, dengan penglibatan lima buah negara Arab seperti Mesir, Iraq, Syria, Lubnan dan Jordan.

Walau bagaimanapun, pep.era.ngan tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin, memandangkan negara haram Israel yang disokong oleh beberapa negara barat khususnya Benua Eropah tetap mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ mereka pada 14 Mei 1948 dan melantik David Ben-Gurion sebagai Perdana Menteri pertama Israel.

Per.an.g Arab-Israel berakhir secara rasminya pada tahun 1949, melalui permeteraian perjanjian gencatan senjata (cease-fire). Perjanjian tersebut telah meletakkan wilayah Tebing Barat di bawah penguasaan kerajaan Jordan, di samping Mesir menguasai wilayah Semenanjung Gaza.

Menjelang tahun 1956, wilayah Timur Tengah sekali lagi berdepan dengan konflik ketenteraan yang dikenali sebagai ‘Suez Crisis’. Krisis ini bermula setelah Presiden Mesir ke-2, iaitu Gamal Abdul Nasser mengambil alih Terusan Suez yang merupakan laluan perdagangan utama yang menghubungkan laut Merah dan laut Mediterranean.

Pertempuran itu mengakibatkan Mesir menanggung kekalahan besar, setelah Israel yang disokong oleh kerajaan British dan Perancis (selaku pemilik bersama projek terusan Suez) berjaya merampas wilayah Semenanjung Sinai dan Terusan Suez daripada cengkaman kuasa Mesir.

Kesatuan negara Arab yang terdiri daripada negara Mesir, Syria dan Jordan kemudiannya bertempur sekali lagi dengan negara haram Israel pada tahun 1967 (Pe.ran.g Enam Hari). Pe.per.ang.an ini memberikan kemenangan besar kepada Israel, sekali gus memberikan mereka akses yang lebih meluas ke atas wilayah Timur Tengah, seperti Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai (Mesir), Tebing Barat (Jordan) dan Golan Height (Syria).

Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1973, Mesir dan Syria telah melancarkan ser.angan udara ke atas Israel pada hari perayaan bangsa Yahudi, iaitu ‘Yom Kippur’. Pe.per.an.gan yang turut digelar sebagai ‘Yom Kippur War’ itu berlangsung selama dua minggu, dan sekali lagi menyebabkan negara Arab terciduk.

Sehingga ke hari ini, kedaulatan wilayah negara Palestin telah dirobek teruk oleh rejim zionis yang bernaung di bawah negara haram Israel. Rangkaian pep.era.ngan yang sepatutnya memberi ruang kepada Palestin untuk bernafas, hanya menjadikan wilayah itu semakin teruk dan melemah. Peradaban dunia Islam harus menjadikan perkara ini sebagai pencetus untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang lebih utuh.

Akan tetapi, perkara sebaliknya pula yang berlaku pada zaman ini bila mana negara Islam memilih untuk berbalah sesama sendiri serta lebih bangga menjadi ‘balaci’ kepada kuasa-kuasa besar dunia demi menjaga kepentingan geopolitik dan kelangsungan hidup sendiri, berbanding membentuk kesatuan Islam di seluruh dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.