Dalam artikel saudara Ahmad Faezal baru-baru ini, beliau melahirkan rasa
bimbang ke atas hasrat Kerajaan untuk melaksanakan dekriminalisasi (nyahjenayah)
penggunaan d4dah. Kebimbangan rakyat
Malaysia, termasuk saudara Ahmad Faezal sendiri, tentang gesaan supaya pengguna-pengguna
d4dah tidak lagi dipenjarakan atau dihantar ke pusat serenti sudahpun
dijangka. Sudah pasti ramai yang takut keselamatan
masyarakat akan terganggu, dan makin banyak getah-getah paip yang akan hilang
dari laman rumah.
Penggunaan d4dah amat sinonim dengan salah laku jenayah. Percubaan untuk dapatkan
duit untuk membeli d4dah hingga mencederakan orang lain sudah sekian lama menjadi
modal dalam drama TV dan iklan-iklan menjauhi d4dah. Naratif-naratif sebegini
sudah berpuluh-puluh tahun menjadi paksi perbualan masyarakat kita apabila bercakap
tentang penggunaan d4dah dan kesan buruknya.
Berita dekriminalisasi memang menggemparkan. Tiba-tiba sahaja amalan
tradisi penangkapan dan pemenjaraan seseorang kerana memiliki d4dah kini ingin
diubah. Strategi dekriminalisasi ini jelas sekali mencabar prinsip serta cara
kita berfikir dan melihat d4dah. Jadi, tak hairanlah rakyat berasa terganggu
dengan pengumumuman dekriminalisasi ini.
Namun, jika dinilai dari sudut berbeza, adakah penjara atau pusat
serenti benar-benar membuatkan seseorang insaf dan dapat menghentikan penggunaan
d4dah? Kajian yang diterbitkan di Jurnal Lancet
menunjukkan bahawa pengguna-pengguna d4dah di Malaysia kembali menggunakan d4dah
(relapse) hanya selepas 31 hari
keluar dari pusat serenti. Hal ini terbalik dengan individu-individu yang
mendapatkan rawatan secara sukarela, di mana mereka kembali menggunakan d4dah
selepas 352 hari (hampir setahun clean!)
Strategi pemenjaraan atau penangkapan masuk ke pusat serenti tanpa rawatan dan
sokongan sosial tertentu jelas tidak mengurangkan penggunaan d4dah.
Apa yang dilihat di sini adalah
masalah penggunaan d4dah, khususnya kebergantungan kepada d4dah (atau bahasa
lain, penagihan) merupakan masalah disease
(penyakit) yang memerlukan rawatan komprehensif (menyeluruh), dan
bukannya dihukum atau dibataskan pergerakkannya. Kebergantungan kepada d4dah adalah penyakit kronik yang berulang. Jika
seseorang berjaya tidak menggunakan d4dah pada hari ini, tak mungkin dia
berjaya juga pada keesokkannya. Penggunaan
d4dah sebagai suatu penyakit perlu dikenalpasti dan dirawat.
Sektor pemenjaraan tidak mempunyai kapasiti untuk menyaring tahap kebergantungan seseorang itu terhadap d4dah dan tidak dapat memberikan rawatan sewajarnya kerana institusi penjara secara asasnya bukan dicipta untuk itu.
Berbeza dengan persepsi rakyat, dekriminalisasi tidakmenghalalkan penggunaan
d4dah. Jauh sekali untuk menjulangnya.
Juga bukan ikut-ikutan bagi mencontohi budaya barat. Dekriminalisasi juga mengenalpasti
bahawa penggunaan d4dah adalah memudaratkan, termasuk risiko untuk overdose, psychosis dan mendapat
jangkitan HIV. Jadi dimanakah logiknya
pengguna d4dah dihantar ke penjara atau pusat serenti untuk menjalankan hukuman
untuk suatu jangka masa tertentu sebelum dibebaskan, dan bukannya untuk mendapatkan
rawatan atau sokongan sosial yang sepatutnya?
Bila ditimbang baik buruk, kemudaratan dipenjarakan adalah jauh lebih
besar daripada dekriminalisasi.
Satu, bagi pengguna-pengguna first
timer yang mungkindipenjarakan
kerana ganja, di sinilah mereka bersuai kenal dengan individu-individu lain
yang menggunakan d4dah lebih tegar (hard-core) seperti
heroin atau kokain. Daripada hanya
bermula dengan ganja, di sinilah
mereka mendapat maklumat tentang d4dah-d4dah yang lebih berbahaya dan lebih menagihkan
(addictive). Daripada tidak tahu di mana boleh mencari
bekalan (supply), di sinilah
mereka mula membina jaringan. Daripada tidak tahu menyuntik d4dah, di sini
jugalah mereka mengenali individu lain yang mampu mengajar.
Kedua, United Nations Office on Drugs
and Crime sendiri
dah berkali-kali menyatakan bahawa usaha untuk menumpas pengeluaran dan
pengedaran d4dah telah gagal. Pemenjaraan penggunaan d4dah kerana memiliki dan
mengguna d4dah telah menyumbang kepada masalah kesesakan (overcrowding) penjara. Overcrowding menggalakkan lagi penularan
penyakit berjangkit seperti HIV, TB dan Hepatitis C, yang kemudian akan
disebarkan kepada masyarakat umum, terutama ahli keluarga.
Penjara-penjara di seluruh dunia semakin padat dengan pengguna-pengguna d4dah, terutama sekali mereka yang benar-benar memerlukan rawatan. Kekangan perkhidmatan medikal dalam penjara, seperti akses kepada metadon bagi mengurangkan kebergantungan kepada heroin TIDAK membantu menyelesaikan masalah penggunaan d4dah. Kekurangan perkhidmatan medikal dalam penjara ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, malah sebahagian besar negara-negara di dunia juga mengalaminya.
Pengguna-pengguna d4dah akan
dibebaskan setelah tamat hukuman tanpa didedahkan kepada rawatan yang
sepatutnya. Tambah lagi, tiada strategi khusus dalam bentuk sokongan sosial
yang dapat membantu mereka memulakan hidup baru setelah bebas nanti. Di sinilah
masalah-masalah besar lain akan timbul. Mereka kembali menggunakan d4dah. Mereka
susah dapat pekerjaan kerana rekod jenayah. Mereka tertekan. Mereka berdepan
dengan gangguan emosi dan mental.
Ketiga, pengguna d4dah yang dipenjarakan kebanyakkannya terdiri daripada
golongan yang susah. Yang kaya biasanya akan diikat jamin oleh keluarga yang
kaya. Maka secara tidak langsung, apa yang kita buat selama ini adalah kita memenjarakan yang miskin kerana mereka
miskin, bukan kerana mereka menggunakan d4dah. Pemenjaraan juga meletakkan
label banduan pada mereka, lalu menyukarkan mereka yang memang sedia terhimpit
untuk dapatkan pekerjaan. Ketidaksamarataan ini amat menyedihkan. Polisi d4dah itu sendiri yang memacu putaran
kemiskinan di kalangan pengguna d4dah.
Poin terakhir, keruntuhan institusi kekeluargaan berlaku akibat
pemenjaraan ayah selaku ketua keluarga, ibu selaku tempat bermanja dan anak
selaku penyejuk mata. Pemenjaraan
menjarakkan hubungan kekeluargaan. Sekali lagi, pemenjaraan menyebabkan sesebuah
keluarga menjadi lebih terhimpit dengan kemiskinan kerana lumpuhnya fungsi pencari
nafkah (bread winner) dalam
keluarga. Anak-anak yang lahir dalam keluarga yang berpecah belah (broken) di mana ibu atau ayah sering
keluar masuk penjara akan sentiasa terabai dan cenderung untuk mengambil d4dah
juga.
Dekriminaliasasi tidak bererti pengguna-pengguna d4dah bebas dan
terlepas tanpa sebarang penalti. Individu-individu yang ditahan dengan d4dah
akan dirujuk kepada suatu jawatankuasa kecil yang terdiri daripada doktor
pakar, pegawai kebajikan (social
worker) dan pengurus kes (casemanager). Jawatankuasa ini akan
meneliti kes secara terperinci dan seterusnya merujuk pengguna d4dah ini ke
saluran sepatutnya – jenis rawatan ataupun sokongan sosial yang bertepatan
dengan individu tersebut.
Usaha ini dijangka dapat mengurangkan beban negara ke atas pemenjaraan. Kos
pemenjaraan bagi seorang banduan di Malaysia adalah sebanyak RM20,690 setahun,
manakala bagi rawatan metadon, kos
yang dibelanjakan hanyalah sebanyak RM6,560 setahun bagi seorang individu.
Jurang perbezaan kos kedua-dua strategi, satu yang melibatkan pemenjaraan dan
satu lagi yang melibatkan pendekatan kesihatan awam (public health approach), sangatlah
besar.
Contoh Svetoslav Stoykov yang digunakan oleh saudara Ahmad Faezal dalam
artikelnya juga agak berat sebelah. Naratif-naratif ini bersifat
menakut-nakutkan rakyat dan boleh menghalang usaha dekriminalisasi. Bagaimana
pula kisah-kisah kejayaan (success stories)
pengguna d4dah yang kebergantungan d4dah mereka berjaya dikurangkan dengan
rawatan dalam komuniti seperti metadon? Di Malaysia sendiri, kajian menunjukkan
bahawa rawatan metadon yang dimulakan oleh kerajaan dahulu telah mengurangkan
penggunaan d4dah di kalangan penerima. Tambahan lagi, rawatan ini telah
membantu pengguna d4dah mendapat pekerjaan tetap dan berfungsi secara normal
dalam masyarakat.
Namun, usaha ini masih tak cukup. Pengguna d4dah masih lagi ditahan dan
dipenjarakan atas kesalahan memiliki d4dah. Rawatan metadon terganggu akibat proses kehakiman dan pemenjaraan yang
panjang.
Kenyataan bahawa dekriminaliasi penggunaan d4dah adalah tidak adil
kepada pencuri-pencuri yang dipenjarakan kerana kesempitan hidup juga tidak benar.
Mencuri hak orang lain tetap salah. Merompak, membunuh dan mencederakan orang
lain juga tetap salah. Mengedar d4dah juga salah. Sekiranya seseorang individu pengguna
d4dah ditahan atas kesalahan lain selain
memiliki dan mengguna d4dah untuk diri sendiri, by all means, hukumlah individu tersebut dengan hukuman yang
selayaknya.
Kejayaan model dekriminalisasi Portugal telah disebut dalam artikel yang
ditulis oleh saudara Ahmad Faezal. Beliau juga menyatakan bahawa rejim Antonia
Salazar yang bersifat tertutup kepada dunia luar telah menutup akses kepada d4dah. Rakyat tidak mengenali d4dah sehingga
kejatuhan rejim tersebut sekitar tahun 1970an. Ketika itulah, Portugal terbuka
kepada dunia luar dan masalah penggunaan d4dah meningkat secara mendadak.
Dalam dunia yang sempurna (perfect
world), penutupan akses kepada negara luar mungkin berkesan untuk menutup
terus laluan d4dah. Tapi realitinya, kita hidup dalam zaman yang bergerak
pantas. Mahu atau tidak, manusia bergerak dan berhubung sesama sendiri di
seluruh dunia. Polisi d4dah juga haruslah relevan dan beredar mengikut
kepantasan dunia bergerak.
Perasaan takut dengan ganja, heroin dan kokain serta d4dah-d4dah lain
kerana stigma yang dipupuk sekian lama telah menyekat diri kita untuk berfikir
di luar kotak. Sebagai rakyat Malaysia yang mampu berfikir dengan waras dan
dibesarkan dengan didikan agama, isu dekriminalisasi ini memberikan kita
peluang untuk menilai semula cara kita menghukum pengguna-pengguna d4dah dari
sudut yang berbeza.
Memetik kata-kata salah seorang pakar perubatan di sebuah klinik kecil di Kuala Lumpur, “tak semua daripada kita bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang beriman dan berilmu.”
Artikel ditulis bersama dengan Iqa Mohd Salleh daripada Department of Social and Preventive Medicine, Universiti Malaya
RUJUKAN:
- “Syed Saddiq berhenti menyahjenayahkan penagihan d4dah.”
Ahmad Faezal (2019) https://thepatriots.asia/syed-saddiq-berhenti-menyahjenayahkan-penagihan-d4dah/ - Wegman, Martin P., et al. “Relapse to
opioid use in opioid-dependent individuals released from compulsory drug
detention centres compared with those from voluntary metadon treatment centres
in Malaysia: a two-arm, prospective observational study.” The Lancet Global Health 5.2
(2017): e198-e207. - Degenhardt,
Louisa, et al. “Illicit drug dependence.” Mental, Neurological, and Substance
Use Disorders (2015):
109. - Altice,
Frederick L., et al. “The perfect storm: incarceration and the high-risk
environment perpetuating transmission of HIV, hepatitis C virus, and tuberculosis
in Eastern Europe and Central Asia.” The Lancet 388.10050 (2016):
1228-1248. - Culbert,
Gabriel J., et al. “Confronting the HIV, tuberculosis, addiction, and
incarceration syndemic in Southeast Asia: lessons learned from Malaysia.” Journal of Neuroimmune Pharmacology 11.3 (2016):
446-455. - Ali, Norsiah, et al. “Evaluation of
methadone treatment in Malaysia: findings from the Malaysian methadone
treatment outcome study (MyTOS).” Substance use &
misuse 53.2
(2018): 239-248. - Kementerian Dalam Negeri, 2015; Jadual 8.
- Domoslawski,
Artur, and Hanna Siemaszko. Drug policy in
Portugal: the benefits of decriminalizing drug use. Warsaw: Open
Society Foundations, 2011.




No comments yet