Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa
Sejak dahulu, lagu-lagu hari raya menambahkan kemeriahan sambutan Aidilfitri di Malaysia. Siti Nurhaliza antara penyanyi yang banyak keluarkan lagu raya seperti Sesuci Lebaran, Anugerah Aidilfitri, Hari Kemenangan, Air Mata Syawal dan sebagainya.
Tapi hari ini, kita nak cerita macam mana Tok Ti boleh masuk ke industri muzik dan bakal dianugerahkan gelaran Biduanita Negara.
Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh. Beliau berasal daripada keluarga ahli muzik. Datuknya, Bachik Abdul Rahman ialah seorang pemain biola manakala ibunya seorang penyanyi irama Melayu terkenal.
Tok Ti bukanlah datang dari keluarga yang serba kaya. Tok Ti selalu tolong ibunya jual kuih-muih di kejiranannya. Sambil-sambil menjual tu, kemahiran vokal beliau meningkat sebab menjerit untuk tarik pelanggan.
Bakat nyanyian Tok Ti terserlah pada usia 6 tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional “Sirih Pinang” di acara akhir tahun ketika tabika.
Pada usia 13 tahun, Tok Ti ikut bapa saudaranya ke kenduri-kendara untuk bernyanyi. Setahun kemudian, Tok Ti pernah sertai pertandingan Asia Bagus tapi gagal dalam pertandingan tersebut.
Pada 1995, Tok Ti sertai Bintang HMI anjuran RTM. Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan yang membimbing beliau sehingga akhirnya menjuarai pertandingan.
Kemudian, Tok Ti pilih untuk terima kontrak rakaman dari Suria Records dan terbitkan album pertamanya dengan lagu hits Jerat Percintaan yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11.
Pada 1997, lagu Aku Cinta Padamu dari album kedua beliau tembus ke pasaran Indonesia sekaligus meledakkan popularitinya di sana. Sebanyak 500,000 unit album terjual di Indonesia sahaja!
Album ketiga Tok Ti yang juga album tradisional pertamanya, Cindai menduduki senarai album Malaysia paling berpengaruh 1998 oleh New Straits Times.
Ketika berumur 19 tahun, Tok Ti tubuhkan syarikatnya sendiri, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Pada tahun yang sama, Tok Ti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 Kuala Lumpur. Beliau siap berkongsi pentas dengan Celine Dion lagi!
Pada 2001, hanya selepas lima tahun dalam kerjaya muzik profesional, jualan rekod Siti di Malaysia mencecah 1 juta unit.
Kalau nak cerita satu-satu pencapaian Tok Ti ni memang sehari pun takkan habis. Tok Ti siap terima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Artis Paling Banyak Menerima Anugerah dengan 53 anugerah pada 2001. Itu baru 2001, lepas-lepas tu lagi banyak.
Pada 2002, Siti sertai pertandingan Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan sekaligus merangkul gelaran tertinggi ‘Grand Prix Champion’ dengan lagu Purnama Merindu.
Tok Ti menjayakan konsert solonya yang diadakan di Royal Albert Hall, London pada April 2005. Akhbar British waktu tu siap menggelarnya “Asia’s Celine Dion”.
Pada 2006, Tok Ti dikurniakan pangkat ‘Darjah Indera Mahkota Pahang’ oleh Sultan Haji Ahmad Shah dari Pahang yang memberinya gelaran Dato’.
Bukan setakat nyanyian, Tok Ti juga melebarkan sayap ke bidang perniagaan menerusi SimplySiti.
Tok Ti juga merupakan wanita muslim paling berpengaruh selama 3 tahun berturut-turut menurut senarai The World’s 500 Most Influential Muslims pada 2016 hingga 2018.
Sehingga kini beliau telah memenangi lebih 300 anugerah dan penghargaan daripada dalam dan luar negara.
Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 43 Anugerah Industri Muzik, 25 Anugerah Bintang Popular, 28 Anugerah Planet Muzik, 20 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang bagi 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records.
Malah, nama beliau juga merupakan antara nama yang disebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh dapatkan HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Pra-tempah segera: https://shope.ee/2q7ba2UIUA
Untuk bacaan bab-bab awal percuma, boleh muat turun di sini dulu:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih