Setelah menyelusuri sejarah Dato’ Ja’afar di artikel yang lalu, kali ini kita beralih ke salah seorang anaknya, iaitu Onn Bin Jaafar. Nama Onn bukanlah asing di dalam sejarah politik tanah air. Beliau merupakan simbol penyatuan Orang Melayu yang seterusnya membawa kemerdekaan bagi sebuah negara yang bernama Tanah Melayu.

Dilahirkan di Bukit Gambir pada Februari 1895 dan merupakan anak kepada Dato’ Ja’afar dan isterinya, Ruqaiyyah Hanim. Ketika waktu kecilnya, Onn dibesarkan sebagaimana kanak-kanak biasa yang lain walaupun bapanya seorang Menteri Besar pada ketika itu. Onn juga sering bermain di Istana Johor bersama-sama anak-anak Sultan.

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.

Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Setelah tamat pembelajaran di MCKK, Onn mula bekerja sebagai kerani di Pejabat Kerajaan Negeri Johor.  Pada Mac 1917, beliau menyertai Pasukan Tenter4 Johor ( Johor M1litary Force) dan ditempatkan di Pulau Blakang Mat1, Singapura (kini Sentosa Island).

Setelah menamatkan perkhidmatannya di sana, beliau bekerja sebagai kerani di Pejabat Penasihat British namun tidak lama kerana diberhentikan atas titah sultan. Ini kerana Onn amat berang dengan tindakan Sultan yang melelong harta keluarga beliau di Bukit Senyum.

Atas pujukan Tengku Ismail, Sultan Johor memaafkan Onn dan beliau bekerja sebagai penolong pegawai di Muar. Pada 1924, Onn dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pegawai Pemungut Hasil Tanah.

Namun, sikap Onn dalam mengkritik British tidak pernah berubah. Onn turut sekali lagi mengkritik Sultan kerana mendakwa Sultan menggunakan ask4r JMF untuk membina lumba kuda dan ladang ladang getah. Kritikan Onn itu mendapat liputan di dalam akhbar-akhbar yang menyebabkan Sultan murka lalu Onn dijatuhkan hukuman buang negeri ke Singapura pada 1927.

Di Singapura, Onn terpaksa menyara hidup sebagai nelayan dan menjual kuih-muih. Menyedari kemunduran bangsa Melayu pada ketika itu, Onn memasuki bidang kewartawanan dengan menjadi pengarang di Warta Malaya pada 1930.  Onn kerap mengkritik cara kehidupan Sultan Johor di dalam penulisannya.

Sebagai contoh, Onn mengkritik perkahwinan di antara Sultan Ibrahim dan Helen Wilson yang bertentangan dengan adat sebagai Orang Melayu. Onn turut mengkritik masyarakat Melayu yang suka berfoya-foya dan mengamalkan sikap membazir.

Sekitar tahun 1935, Onn sekali lagi mendapat pengampunan oleh Sultan Ibrahim. Onn kemudian dilantik menjadi Ahli Tidak Rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Johor.  Ketika p3rang tercetus, Onn telah dilantik sebagai Pegawal Makanan Johor.

Selepas pihak k0munis menggila di bandar besar, Onn telah meredakan ketegangan yang berlaku di Batu Pahat. Peristiwa itu menyebabkan Onn mula disayangi dan dihormati oleh orang Melayu.

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO.

Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO.

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Setelah meninggalkan UMNO,  Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu.

Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.

Beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. IMP tewas di semua kerusi sewaktu Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur diadakan Pada tahun 1953.

Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair. Onn sendiri tewas kepada Sulaiman Abdul Rahman, abang kepada Tun Dr Ismail semasa pilihanraya tersebut.

Pada Pilihanraya Umum 1959, Onn berjaya mendapat kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu. Sepanjang menjadi ahli parlimen, Onn kerap mengkritik dasar yang diamalkan oleh pihak kerajaan. Onn juga menjadi “ketua pembangkang” tidak rasmi kerana jika ada ucapan mengenai pujian, kem4tian dan sebagainya, Onn selalu diberi peluang untuk mewakili pihak pembangkang.

Sewaktu krisis politik Terengganu berlaku, penglibatan Onn semakin disisihkan. Kesihatan beliau juga semakin memburuk. Pada 18 Januari 1962, Onn menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isteri, anak dan saudaranya. Berita pemergian beliau diumumkan keesokkan harinya dan ditangisi oleh segenap masyarakat terutama Orang Melayu.

Pada 20 Januari, jena2ah Onn  dibawa dari rumahnya ke Istana sambil dilitupi dengan bendera Negeri Johor sebagai tanda penghormatan. Kemudian, jena2ah beliau dibawa ke Makam Mahmoodiah dan dilitupi sekali lagi dengan bendera kebangsaan sambil ditarik oleh Ask4r Melayu Diraja. Onn kemudian dikebum1ikan berhampiran dengan pusar4 abang dan bapanya. Upacara itu turut dihadiri oleh seluruh pemimpin tertinggi kerajaan dan raja-raja.

Tunku Abdul Rahman mengatakan, jika Indonesia berbangga dengan Sukarno, maka Malaya juga turut berbangga dengan Dato Onn. Sebagai anak Melayu yang banyak membela nasib bangsa, Onn telah dikurniakan beberapa anugerah kebesaran antaranya Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (DPMJ) yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati, Pangkat Yang Kedua (Komander) – (DK II).

Onn juga pernah menerima Darjah Kebesaran Kerajaan British yang membawa pangkat Sir. Pada 2015, sempena keputeraan Sultan Perak, Onn telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa pangkat Dato’ Seri. Cucu beliau, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mewakili bagi pihak Dato Onn untuk mengambil darjah kebesaran berikut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.