Dulu dasar China ni pernah menggemparkan dunia. Selama hampir 40 tahun, China laksanakan dasar kontroversi satu anak.
Dasar ni ialah dasar perancangan keluarga paling ketat di dunia, yang ditarik semula pada 2016 sebabnya China risau tenaga kerja akan kurang serta ekonomi tidak berkembang.
Dasar Satu Anak ni ditubuhkan pada tahun 1979 oleh pemimpin China Deng Xiaoping untuk sementara membatasi pertumbuhan penduduk komunis China.
Dasar ni paling ketat dikenakan pada penduduk yang tinggal di bandar. Di kawasan luar bandar, sesebuah keluarga boleh mohon nak ada anak kedua kalau anak pertama seorang gadis.
Satu pengecualian utama kepada Dasar Satu Anak ni membolehkan keluarga ada anak kedua kalau anak pertama dilahirkan dengan kecacatan semasa lahir.
Lepas Dasar Satu Anak ni dimansuhkan, kerajaan China berusaha galakkan kelahiran bayi tapi jumlah kelahiran tahunan China terus menurun kepada rekod terendah 12 juta pada 2020.
Kadar kesuburan China berada ni tahap 1.3, iaitu di bawah tahap diperlukan untuk mengekalkan populasi yang stabil.
Memikirkan kos hidup yang tinggi, ruang rumah sempit dan norma sosial telah membuatkan banyak keluarga di China yang tak berminat nak ada anak.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebenarnya, ada jangkaan kalau China tak mansuhkan dasar ni, India akan melangkau China sebagai negara populasi paling ramai menjelang 2030. Selam lebih dalam budaya-budaya Cina bersama KITAB TAMADUN CINA sekarang! https://bit.ly/kitabtamaduncina




No comments yet