Kenapa benua Eropah dipanggil Eropah? Daripada mana orang Eropah dapat nama Eropah tu? Nama Eropah pertama kali muncul melalui mitos Yunani tentang puteri raja Phoenicia. Phoenicia ni bangsa yang rapat dengan suku Jalut, dan juga merupakan musuh yang ketat orang Rom. Tapi masa zaman Yunani, dikatakan Phoenicia mempunyai seorang puteri raja yang sangat jelita bernama Europa.

Sebab kejelitaannya, dewa Zeus menculik Europa ke pulau Krete melalui jelmaannya sebagai lembu putih dan ‘bersemenda’ hingga menghasilkan 3 orang anak. Mitos Europa ni kemudiannya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kebudayaan Yunani. Pada mulanya, pemuisi Yunani bernama Homer memggunakan istilah Europa terhadap kawasan barat daripada laut Aegean, kiranya kawasan Itali atau Eropah Barat sekarang.

Tapi, istilah Europa mula digunakan untuk merujuk wilayah benua Eropah sekarang sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi oleh ahli geografi Hecateus. Walau bagaimanapun, asal usul kenapa nama Eropah ni digunakan untuk menamai benua Eropah secara mendalam masih tak diketahui. Apa yang kita tahu, Eropah ni datang dari kisah puteri Europa, dan digunakan sebagai nama wilayah oleh beberapa orang Yunani untuk merujuk kawasan Eropah sekarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply