Bercerita tentang muzik indie di Malaysia, pada asalnya ia bermula dari bawah tanah (underground) sehingga tahun kegemilangannya menjadikan ia diterima ramai sehingga sekarang.

Muzik adalah hiburan universal yang rata-ratanya diminati oleh semua lapisan masyarakat. Tidak kisah genre apa pun, indie adalah bermaksud tidak terikat dengan mana-mana label dan bergerak sendiri serta mempunyai kebebasan berkarya.

Kemunculan muzik indie adalah kerana wujudnya faktor monopoli dan kekuasaan label utama di Malaysia. Umumnya mengetahui kerana label yang besar contohnya seperti Sony, EMI dan sebagainya mempunyai kapasiti yang besar terutamanya dalam bidang pemasaran, pelesenan, dan pengedaran.

Diatas kuasa monopoli inilah munculnya ideologi kebebasan, berdikari dan tanpa batas untuk melawan muzik arus perdana ini. Genre indie juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, namun genre atau jenis muzik indie kebanyakan adalah bersifat bukan arus perdana.

Kita dapat lihat dengan kemunculan nama-nama seperti Butterfingers, OAG, ACAB dan sebagainya telah membuka ruang dan peluang buat pemuzik indie. Meskipun boleh dikatakan teknologi sekitar tahun 90-an adalah sangat terbatas, tetapi muzik mereka boleh didengari di merata tempat.

Asalnya mereka juga bermain muzik di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur dan lihatlah hasilnya sekarang, muzik mereka masih lagi dimainkan oleh semua jenis golongan tidak kira tua atau muda. Trend ini dipecahkan lagi oleh Hujan, Bunkface, Bittersweet, Meet Uncle Hussain dan lain-lain band yang mana ketika itu masyarakat Malaysia dibuai oleh muzik dari Indonesia.

Karya-karya ini jugalah pernah mendominasi sebahagian besar pencalonan besar Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu satu ketika dahulu. Naskhah dari band indie ini boleh dikatakan malar segar dan jualan secara fizikal juga masih lagi mendapat sambutan.

Jika anda fikirkan, di mana tempat untuk bereksperimen dengan muzik indie? Stesen radio kolej di universiti menjadi platformnya. Juga dengan memuatnaik lagu-lagu mereka di platform digital seperti Myspace dan Youtube juga membantu band-band indie ini memperkenalkan lagu mereka tanpa perlu mengikat kontrak dengan syarikat rakaman.

Stesen-stesen radio kolej ini kemudiannya memulakan gerakan dan aliran indie yang berjaya mencipta pengikut setia yang besar. Komuniti juga wujud melalui Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

Dan di sini jugalah wujudnya kelompok pasaran yang mampu menikmati pop radio dan pada masa yang sama terbuka menerima bunyian baru dan corak baru muzik tempatan ketika itu. Jika mereka tidak faham sepenuhnya sekalipun akan muzik yang dibawa setidaknya mereka mula boleh menerima kemunculan bakat-bakat ini.

Sekaligus, kita dapat melihat beberapa mesej dari penulisan lirik lagu-lagu indie. Kita mengambil contoh dari lagu Bunkface – Akhir Zaman (2020) yang menceritakan tentang korupsi, politik dan juga beberapa isu sensitif. Orkes A Hizadin melalui 2.6 (2018) Bintang juga merupakan lagu yang mencetus kontroversi dengan lirik sinikal politiknya. Kebanyakan penulisan lirik-lirik lagu indie amat berbeza dari lirik-lirik lagu pop di radio.

Kewujudan band-band indie sememangnya kurang mendapat perhatian media sejak tahun 90-an lagi meskipun muzik yang mereka bawakan lebih baik dari muzik-muzik yang dimainkan di corong radio.

Sehinggalah selepas populariti artis arus perdana menurun barulah media memberikan perhatian kepada pemuzik indie pada sekitar tahun 2009. Sewaktu awal kemunculan muzik indie kebanyakan band menyanyikan karya mereka dalam bahasa inggeris dan selepas beberapa band seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Bunkface, Bittersweet membawakan karya mereka dalam bahasa melayu barulah memberi impak perjuangan mereka diterima di arus perdana. Ledakan ini disemarakkan lagi dengan kehadiran XFresh FM, sebuah stesen radio yang memainkan lagu-lagu indie tempatan.

Jika dilihat ketika zaman keemasan indie dalam industri muzik tanah air, banyak siaran televisyen baik awam mahupun swasta berlumba-lumba untuk mengadakan program atau aktiviti yang berkaitan dengan indie dengan harapan mereka mampu menarik perhatian kelompok muda dan secara tidak langsung berjaya untuk menaikkan rating siaran mereka.

TV1, TV9 dan 8TV berlumba-lumba untuk berada di hadapan bersama kelompok anak muda menerusi fenomena indie. Pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh siaran-siaran televisyen ini seperti pertandingan realiti, konsert, forum hiburan dan pelbagai lagi. Siaran-siaran ini dilihat berminat dengan fenomena yang hangat melanda Malaysia pada ketika itu.

Kebangkitan muzik indie ini sebenarnya bermula dari anak muda sendiri. Jika mereka mewujudkan ‘keriuhan’ dalam scene tersebut, barulah martabat muzik indie akan menjadi fenomena semula. Mungkin tahun 2020 ini akan menjadi kebangkitan muzik indie ini semula?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.