Kalau sebut cyborg, mesti korang bayangkan manusia separuh robot dengan mata laser dan tangan yang boleh berubah jadi machine gun. Tahukah korang, teknologi hari ini sudah berjaya mencipta ‘cyborg’.
Jom kita tengok apa rupa cyborg sebenar!
Pada masa hadapan, di antara teknologi terkini yang boleh dipakai badan manusia termasuklah implant otak yang dapat menguatkan memori, implanted magnet atau RFID dipasang pada jari untuk menggantikan kunci dan exoskeleton yang memberikan tubuh manusia kekuatan berlipat kali ganda.
Korang kenal Cameron Clapp?
Dia masih seorang remaja berumur 15 tahun ketika mabuk-mabuk dan tidur tak sedarkan diri di landasan keretapi. Tanpa dia sedar, keretapi yang laju terus melanggar tubuhnya dan mengakibatkan kedua kaki dan sebelah tangannya terputus. Darah membanjiri tanah.
Mujurlah, teknologi terkini memberikan Clapp kehidupan baru. Dia dapat memakai kaki prosthetic yang dikawal oleh microprocessor di dalam otaknya. Sejak itu, dia menjadi atlet dan aktivis manusia yang senasib dengannya.
Korang ada teringin rakam video sesuka hati?
Peofessor Steve Mann telah merealisasikannya. Dia berjaya memakai headset yang dilengkap dengan komputer. Ia boleh merakan dan memainkan bila-bila masa dan di mana sahaja. Apa yang lagi best, ianya ringan dan boleh sentiasa dipakai sepanjang masa. Tapi, dia pernah dipaksa untuk tanggalkan headset ini di sebuah restoran Macdonald pada tahun 2012. Staf sana tak puas hati kot.
Tangan palsu boleh kupas pisang?
Biasanya tangan palsu yang kita nampak, kaku je kan. Tapi, teknologi baru telah memberikan kepada Claudia Mitchell senyuman yang paling menawan. Sejak ditimpa kemalangan hospital yang mengorbankan sebelah tangannya, dia nak kupas pisan pun pakai kedua-dua kaki dan sebelah tangan.
Namun, apabila memakai lengan robotik yang bernilai 3 juta, Mitchell dapat mengupas pisang dengan lengan ‘cybord’ itu, sama seperti lengan manusia sempurna!
Nampaknya, teknologi masa depan sangat menjanjikan utopia yang mengujakan. Apa agaknya akan jad lagi 10 tahun ya. Mungkinkah semua manusia berpeluang untuk menikmati badan robotik dengan harga mampu milik?
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang boleh membayangkan utopia masa depan dalam fiksyen kami, Mahakarya – 2099: Ilusi Utopia. Klik: https://bit.ly/2099Ilusi




No comments yet