Dunia ini bersifat anarki. Jadi, adakala pep3rangan memang tak dapat dielakkan. P3rang Dunia Kedua (1939-1945) adalah pep3rangan yang paling dahsyat dalam sejarah manusia. Dalam pep3rangan ini, berlaku sebuah peristiwa yang menjadi polemik tempatan dan antarabangsa. Antara isu yang panas tentang pep3rangan yang selalu dibangkitkan adalah isu wanita pengibur (baca: isu comfort women) yang masih dibangkitkan sehingga ke hari ini.

Wanita hiburan/comfort women adalah satu ungkapan merujuk kepada wanita-wanita yang ‘menyediakan’ perkhidmatan seksval kepada tentera empayar Jepun semasa zaman penjajahan Jepun di era P3rang Dunia Kedua. Wanita-wanita ini dianggarkan lebih dari 200, 000 dan dijadikan ‘hamba seks’ kepada para tentera tersebut. Majoriti daripada mereka terdiri dari Korea, China, Taiwan dan kawasan Asia lain termasuklah Jepun sendiri.

Wanita-wanita ini ditempatkan di rumah keselesaan (baca: rumah pelacuran) di kawasan tertentu untuk ‘meningkatkan’ moral tentera Jepun dan mengurangkan gangguan seksval. Kebiasaannya, wanita-wanita ini hidup dalam persekitaran yang teruk; mereka menjadi mangsa rogol dan dipikul atau dibvnuh jika melawan. Ini ‘indah khabar dari rupa’ sungguh. Rumah pertama yang dibuka ialah pada tahun 1932 di Shanghai, China.

Awalnya, para pelacur dari Jepun menawarkan diri secara sukarela atas alasan demi negara. Masalah berlaku apabila kawasan jajahan Empayar Jepun ini mula merebak luas sejauh Asia Tenggara. Maka, berlaku lah kekurangan wanita di rumah-rumah ini. Banyak wanita diperlukan untuk mengisi rumah keselesaan ini.

Ada wanita yang ditipu dengan iklan pekerjaan palsu, malah ada yang diculik. Sangkaan mereka bahawa mereka akan bekerja sebagai jururawat dan pekerja kilang meleset jauh. Iklan-iklan ini bukan sahaja disebarkan di Jepun, malah ia turut disebarkan di China, Korea dan Taiwan. Pihak Jepun juga tidak teragak-agak bekerjasama dengan warga tempatan untuk meculik mana-mana wanita demi kepuasan nafsu serakah tentera mereka.

Namun begitu, Kementerian Luar Jepun mula menghentikan pengeluaran visa kepada pelacur-pelacur Jepun atas alasan ‘memburukkan nama empayar’. Ironi sungguh. Pihak Jepun semakin ‘terdesak’ untuk mengambil wanita-wanita tempatan demi ‘kepentingan’ tentera mereka. Semakin ramai wanita tempatan diculik dan ditipu demi kepentingan Jepun sendiri.

Pada era selepas P3rang Dunia Kedua berakhir, apa yang jadi kepada mangsa-mangsa wanita penghibur ini? Adakah mereka dibiarkan hidup dengan penuh trauma yang tersemat di hati mereka? Adakah isu ini sudah selesai? Sudah tentu tidak!

Antara negara yang vokal mengkritik Jepun mengenai isu wanita penghibur ini adalah Korea Selatan. Misalnya, Speaker Dewan Perhimpunan Korea Selatan Moon Hee-sang membuat kenyataan bahawa permohonan maaf daripada Maharaja Akihito dapat menyelesaikan isu wanita penghibur ini. Tokyo menuntut agar kenyataan tersebut ditarik balik. Ianya ibarat meminta permohonan maaf SPB YDP Agong atas kesalahan lalu! Reaksi Tokyo memang boleh dijangka pun.

Mahkamah Tinggi Korea Selatan turut memerintahkan kepada syarikat-syarikat Jepun untuk membayar pampasan untuk buruh paksa ketika P3rang Dunia Kedua berlangsung, walaupun Jepun sudah bertegas bahawa perjanjian 1965 sudah menyelesaikan isu ini. Syarikat Jepun seperti Mitsubishi dan Nippon Steel & Sumitomo Metal Corp diarah membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa ketika era P3rang Dunia Kedua itu.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat Korea Selatan masih tidak melupakan kelakuan kejam empayar Jepun dahulu kepada rakyat Korea.

Apa yang menarik untuk dijadikan penambah perisa untuk artikel kali ini adalah sistem perhambaan tentera yang diamalkan pada era empayar Jepun dahulu berakar dari ketidaksamaan jantina yang mendalam di Jepun. Bukan itu sahaja, diskriminasi Jepun tehadap negara-negara jiran juga meninggalkan kesan kepada masyarakat Jepun hari ini.

Status wanita Jepun sememangnya sudah bertambah baik daripada sebelum ini, tetapi perjalanan mereka masih jauh sebenarnya. Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah meletakkan Jepun di tangga ke-114 daripada 144 buah negara dalam isu kesaksamaan jantina.

Wanita Jepun juga kerap mengalami gangguan seksval dan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka. Malangnya ia tidak dihebohkan oleh media massa utama. Kajian terbaharu yang dilakukan oleh Universiti Antarabangsa Osaka menyatakan bahawa terdapat lebih 150 kes gangguan seksval yang dialami oleh wanita Jepun yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.

Tidak pelik lah kalau tengok jumlah wanita yang berkecimpung dalam sektor berkenaan adalah sangat sedikit jika dibandingan dengan negara-negara lain.

Ini bukan sebuah cerekarama yang direka-reka oleh para sejarawan. Ini adalah sejarah hitam dalam lipatan sejarah manusia. Ratusan ribu wanita yang menjadi mangsa dan maruah mereka dirobek begitu sahaja.

Isu ini sepatutnya diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah Malaysia sendiri kerana sebahagian wanita penghibur juga berasal dari sini. Sejarah ini bakal berulang sekali lagi jika kita tidak mengambil serius akan hal ini. Sejarah manusia masih belum dinatijahkan dan ia masih berjalan,

Persoalan yang perlu dijawab oleh generasi akan datang adalah; apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan sejarah hitam ini berulang lagi bagi memastikan ianya tidak berlaku kepada orang-orang yang kita kasihi?

Wallahualam.

RUJUKAN:

  1. The Diplomat, Why the ‘Comfort Woman’ Issue Still Matters, 70 Years Later. https://thediplomat.com/2018/06/why-the-comfort-women-issue-still-matters-70-years-later/
  1. The Japan Times, Japan protest South Korean Foreign Minister’s remark at U.N. that ‘comfort women’ issue not settled. https://www.japantimes.co.jp/news/2019/02/26/national/politics-diplomacy/japan-protests-south-korean-foreign-ministers-remark-u-n-comfort-women-issue-not-settled/#.XKW1ulUzbIU
  2. Encyclopedia Britannica, comfort women. https://www.britannica.com/topic/comfort-women
  3. Moustapha Abbas (2017), Sejarah dan Polemik ‘Comfort Women’, https://thepatriots.asia/sejarah-dan-polemik-comfort-women/
  4. Berita Harian (2018), Ribuan bekas buruh paksa saman kerajaan Korea Selatan. https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/12/511402/ribuan-bekas-buruh-paksa-saman-kerajaan-korea-selatan
  5. Berita MediaCorp(2018), Korea Selatan arah syarikat Jepun bayar ganti rugi kepada buruh paksa era P3rang Dunia Kedua, https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/korea-selatan-arah-syarikat-jepun-bayar-ganti-rugi-kepada-buruh/4191894.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik UiTM yang minat untuk menulis. Juga membangunkan LamAlifBa sebagai blog ilmiah. Menolak untuk menjadi seorang idealis. Berminat dengan ilmu.

Comments are closed.