Kepada yang layan bola sepak tu, mesti korang pernah dengar nama Club Deportivo Palestino. Apa yang menariknya Palestino ni diasaskan oleh orang Palestin di Chile.
Persoalannya macam mana boleh ada orang Palestin dekat Chile?
Semuanya bermula pada akhir era 1800an apabila orang Palestin telah berhijrah ke Chile. Itu pun sebab Empayar Uthmaniyyah makin merosot dan British pergi letak orang Yahudi dekat Palestin.
Ingatkan bila dah pindah Chile, tenanglah sikit hidup tu. Tapi lain pulak jadi sebab orang Palestin diejek dengan sangat teruk masa tu. Deme panggil orang Palestin ni sebagai “Turkos” yang membawa konotasi negatif.
Apa boleh buat, orang Palestin terpaksa tahan je sampailah ejekan itu hilang dengan sendirinya. Ditambah lagi iklim dan vibe di Chile agak sama dengan Palestin.
Tak lama selepas itu, Club Deportivo Palestino diasaskan oleh orang-orang Palestin. Tujuannya adalah untuk memastikan identiti Palestin tidak akan hilang. Tambah menarik lagi ramai pemain di Palestino merupakan rakyat Chile berketurunan Palestin.
Kalau korang pergi melawat fasiliti Palestino ni, korang akan nampak begitu banyak lambang Palestin di kelab tersebut. Bermula dari dari warna, logo dan jersi semuanya bermotifkan Palestin.
Malah pernah satu ketika, Palestino menggantikan nombor satu di jersi mereka kepada peta Palestin. Pada mulanya ok je tapi komuniti Yahudi dekat Chile mengamok. Katanya itu adalah provokasi dan hinaan sampai Israel pun bising. Lepas tu Palestino kena denda.
Kemuncak kepada kehadiran orang Palestin di Chile adalah pada 1948. Masa tu lebih 750,000 rakyat Palestin telah dihalau daripada tanah air mereka.
Hal itu membuatkan ramai rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan hidup huru hara. Nak tak nak mereka terpaksa cari tempat baru untuk hidup. Ada yang bergerak ke Gaza dan Tebing Barat. Ada juga yang menuju ke Amerika Latin terutamanya Chile. Buat pengetahuan korang, komuniti Palesti juga wujud dekat negara El Salvador dan Honduras.
Hari ini komuniti Palestin di Chile memainkan peranan penting dalam negara tersebut. Bermula daripada politik, seni hinggalah ke sukan semuanya ada pengaruh komuniti Palestin.
Buktinya terdapat beberapa pemain berketurunan Palestin di Chile bermain dengan skuad kebangsaan Palestin seperti Jonathan Cantillana. Dalam bidang politik pulak, Daniel Jadue yang berketurunan Palestin pernah menjadi calon dalam pilihanraya presiden Chile.
Apa-apapun semoga komuniti Palestin di Chile masih dapat pertahankan identiti dan sentiasa bersama saudara mereka di tanah Palestin.
—
Kalau korang nak tahu tentang isu-isu geopolitik, konflik Zionisme dan perjuangan rakyat Palestin yang lengkap tapi padat? Boleh dapatkan buku PALESTIN: DARI SUNGAI KE SEGARA tulisan Ayman Rashdan Wong. Cepat beli di https://s.shopee.com.my/3fno1pzLdM




No comments yet