Dalam Adat Melayu, Sultan merupakan institusi yang tertinggi dalam hierarki pemerintahan. Sultan berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Peranan ini diperkuatkan lagi dengan konsep Tulah dan Daulat. Tulah merupakan sebuah kemalangan yang menimpa seseorang bagi mereka yang melanggar titah dan menderhaka kepada Sultan. Dalam Sejarah Melayu, bangsa Melayu merupakan bangsa yang sangat menghormati Sultannya dan pemerintah. Tidak pernah dalam Sejarah, berlaku pemberontakan hingga membunuh Sultan kecuali satu. Iaitu peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Peristiwa ini, menjadi titik awal bagaimana penentangan awal golongan yang diperintah keatas golongan pemerintah. Laksamana Megat Sri Rama merupakan laksamana yang diamanahkan oleh Sultan Mahmud II bagi melaksanakan tugas menewaskan lanun di perairan Kerajaan Johor- Riau. Sepulangnya dari ekspedisi, beliau mendapati isterinya telah dibunuh oleh Sultan. Di sini bermulalah amuknya Laksamana Megat Sri Rama. Sebenarnya kalau dilihat, asalnya Laksamana Megat tidak sampai tahap ingin membunuh Sultan, tetapi “ada” yang mengapi apikannya menyebabkan beliau berani berbuat sedemikian.
Bendahara Johor, Bendahara Abdul Jalil telah menyimpan daulah terpendam kepada Sultan Mahmud II telah menggunakan keadaan ini untuk menumbangkan Sultan. Akhirnya, Sultan Mahmud II telah dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama dalam perjalanannya menuju Solat Jumaat. Sebelum baginda mangkat, Sultan Mahmud II sempat mengeluarkan tulahnya atas Laksamana Megat Sri Rama, iaitu jikalau keturunannya Laksamana Bentan ini masuk ke Kota Tinggi kelak akan muntah Darah.




No comments yet