“Cinta yang dinilai sekadar pada cantik paras rupa, bukanlah cinta yang sebenar.”

(Mevlana Rumi)

Rupa akan kusam, sepuh dan tua.
Rupa akan mundur, gugur dan hancur.
Rupa akan usang, kedaluwarsa dan lanjut usia.

Sebenar-benar cinta tidak mensyaratkan rupa

Kalaulah cinta itu bersyaratkan rupa, pastilah ibu-ibu tidak jatuh cinta.

Seagung-agung cinta sesama manusia, ialah cinta ibu kepada anaknya. Sebelum anak dilahirkan, cinta terlebih dahulu lahir. Ketika bayi dalam kandungan, rindu telah mula bertatih. Si ibu membilang hari, bilakah waktu menyentuh kulit mulus anak, mengucup wangian syurga, menatap kejora di mata. Hari demi hari, 9 bulan bukan tempoh yang sebentar. Bukan mudah. Kadangkala si ibu merasa loya, selera makan tidak menentu, tidur malam selalu terjaga.

Namun saudara saudari, inilah cinta. Ia membahagi sepenuh hati. 9 bulan dilalui penuh tabah. Kerana meskipun beban bertambah, walau langkahnya makin lemah, si ibu tahu semua pengorbanan ini ialah cinta. Ibu tak mudah rebah. Dia tahu, semua kesakitan akan bermakna bila nantinya bayi didakap erat, seolah-olah semua jerit perit tak pernah berlaku. Ternyata, cinta menghapuskan derita.

Dari ‘Umar bin Khattab r.a. berkata: “Beberapa orang tawanan di hadapkan kepada Rasulullah, di situ ada seorang perempuan yang bingung mencari anaknya, dan setiap ia melihat anak kecil dalam rombongan tawanan itu diangkatnya dan disusukannya. Kemudian Rasulullah SAW bertanya, “Adakah kamu sekalian berpendapat bahawa perempuan ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?” Kami menjawab, “Demi Allah, tidak”. Baginda bersabda, “Allah itu lebih sayang kepada hamba-hambaNya melebihi sayangnya perempuan ini kepada anaknya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Kalaulah cinta itu bersyaratkan rupa, pastilah Rasulullah ﷺ tidak mengirim rindu.

Sekitar 1400 tahun yang silam, seorang lelaki dibaling batu sehingga lencun berdarah. Lelaki itu cedera tatkala dirempuh di perang uhud. Lelaki itu dilumurkan najis haiwan sewaktu lagi sujud. Lelaki itu rela menanggung sakit, memikul pedih , menahan perih. Semuanya diakhiri di hujung usia dengan rintih, “Duhai umatku, duhai umatku!” Ah, lelaki apakah ini. Jika lelaki sembarangan, tentunya mustahil menyangga lara sebesar ini. Ternyata, dia bukan lelaki biasa-biasa.

لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“SUNGGUH, TELAH DATANG KEPADAMU SEORANG RASUL DARI KAUMMU SENDIRI, BERAT TERASA OLEHNYA PENDERITAAN YANG KAMU ALAMI, (DIA) SANGAT MENGINGINKAN (KEIMANAN DAN KESELAMATAN) BAGIMU, PENYANTUN DAN PENYAYANG TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN.”

(AT-TAUBAH 128)

Nabi Muhammad ﷺ kaya sabar & santun.

Kerana, cintanya lebih besar daripada apa pun kebencian. Cinta di jiwa lebih besar daripada duka nestapa. Sedangkan baginda kekasih Allah ialah Esensi kewujudan. Untuk apa semua kesakitan? Untuk apa semua pengorbanan? Jawapnya, baginda mau memimpin ummah ke syurga. Baginda sanggup menunggu di pintu syurga. Ah, betapa romantis Rasulullah ﷺ. Begitu kita tidak pantas sekali. Saking besar cinta baginda, sampaikan tak dibatasi zaman. Cinta lebih panjang daripada percintaan. Dikirimkan rindu kepada kita, umat akhir zaman. Lebih hebat lagi, baginda tidak pernah melihat rupa kita. Barangsiapa kepingin membalas kasih kekasih Allah, banyakkanlah selawat kepada Rasulullah ﷺ.

هل صليت على النبي اليوم؟
Sudahkah engkau berselawat kepada Nabi hari ini?

Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”

Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain saling bertanya kepada baginda. Semua dinafikan. Sehinggalah Rasulullah ﷺ menguraikan sendiri siapakah gerangan saudara yang dirindui:

“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.”

(Ali ibn Abd-al-Malik al-Hindi. كنز العمال في سنن الأقوال والأفعال)

Kalaulah cinta bersyaratkan rupa, bagaimana manusia mengenal Pencipta?

ذوالجلال والإكرام
Maha suci Allah ﷻ tidak ditakluk tempo, tidak ditakluk tempat. Wujud-Nya tidak tunduk pada masa atau ruang. Tidak pada durasi atau posisi. Tidak pada waktu atau wadah.

ليس كمثله شيء وهو السميع العليم
Maha suci Allah ﷻ, yang tidak menyerupai apa pun ciptaan-Nya. Bukan seperti dikhayalkan kaum musyabbibah. Zat-Nya tidak semacam manusia, minda tak larat menggambarkan-Nya.

Allah ﷻ ialah zat yang yang tidak dilihat mata di dunia. Lantas Allah ﷻmenurunkan cinta di hati manusia, untuk mengenali diri-Nya. Mata di muka tidak mampu melihat. Namun mata di hati terbuka untuk merasa. Tanda-tanda wujud-Nya bertebaran di serata alam semesta. Zat yang tidak dilihat ini, menamkan cinta yang tak mensyaratkan rupa bila menikmati rasa.

“Di manakah adanya ruang dalam khayalan untuk zat-Nya, sehingga yang seperti-Nya boleh masuk ke dalam khayalan.”

(Mevlana Rumi)

Cinta tidak bersyaratkan rupa, untuk mengenal zat yang tak ditakluk rupa di dunia. Kerana rupa tidak abadi. Sedang cinta yang membakar hati, akan lebih abadi hayatnya, hanya dengan-Nya mengenal Allah ﷻ. Cinta ialah buraq, untuk hamba-Nya mikraj ke langit dan arasyh.

Alam buana ini direka bagi menunjukkan sifat perkasa جلال dan belas kasih جمال Allah ﷻ.

Mata ini bukan hak mutlak rupa. Mata ini bertujuan untuk menyaksikan kesan iradah & qudrah Allah ﷻ. Memandang akan hasil kehendak dan gerak Allah ﷻ. Alam ini sekurang-kurangnya mengajarkan tanpa lidah, bahawa kosmos dengan sistem yang kompleks serta sempurna, tidak terjadi dengan sendiri. Universe ini ada yang yang melakar pelan pembangunannya. Ia tidak terjadi secara chaos.

Alam ini ialah ayat-ayat Allah ﷻ.

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA-TANDA (KEKUASAAN) KAMI DI SEGALA WILAYAH BUMI DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, HINGGA JELAS BAGI MEREKA BAHWA AL QURAN ITU ADALAH BENAR. TIADAKAH CUKUP BAHWA SESUNGGUHNYA TUHANMU MENJADI SAKSI ATAS SEGALA SESUATU? (QS. FUSHILAT: 53)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ. الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
SESUNGGUHNYA DALAM PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI, DAN SILIH BERGANTINYA MALAM DAN SIANG TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL. (YAITU) ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH SAMBIL BERDIRI ATAU DUDUK ATAU DALAM KEADAN BERBARING DAN MEREKA MEMIKIRKAN TENTANG PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI (SERAYA BERKATA): “YA TUHAN KAMI, TIADALAH ENGKAU MENCIPTAKAN INI DENGAN SIA-SIA, MAHA SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI SIKSA NERAKA. (QS. ALI IMRAN: 190-191)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ. الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
SESUNGGUHNYA DALAM PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI, DAN SILIH BERGANTINYA MALAM DAN SIANG TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL. (YAITU) ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH SAMBIL BERDIRI ATAU DUDUK ATAU DALAM KEADAN BERBARING DAN MEREKA MEMIKIRKAN TENTANG PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI (SERAYA BERKATA): “YA TUHAN KAMI, TIADALAH ENGKAU MENCIPTAKAN INI DENGAN SIA-SIA, MAHA SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI SIKSA NERAKA. (QS. ALI IMRAN: 190-191)

Allah ﷻ memperkenalkan diri-Nya pada mahakarya 7 lapis bumi dan 7 lapis langit.

Berfirman Allah ﷻ:

“AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI. KERANA ITU AKU RINDU UNTUK DIKENAL. MAKA AKU CIPTAKAN MAKHLUK, SEHINGGA MELALUI AKU MEREKA MENGENAL-KU.”
(HADIS QUDSI. FUTUHAT MAKKIYAH, IBNU ARABI AL-ANDALUSI)

Awal & akhir cinta ialah Allah ﷻ.

Cinta itu mulia, untuk mengenal Yang Maha Mulia ﷻ

Jangan butakan cinta dengan rupa.
Kerna bukan akhir cinta pada rupa.
Awal & akhir cinta ialah pencipta.
Cinta ialah astrolab tauhid di hati
—setiap manusia ciptaan-Nya.

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

“SEBENARNYA BUKAN MATA ITU YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI YANG DI DALAM DADA.” (QS. AL-HAJJ: 46)

Jangan butakan mata hati. Jangan bataskan kemampuan mata setakat rupa. Jangan berhenti pada rupa. Matamu memiliki kemampuan menyaksikan lebih daripada itu. Justeru, bila kaubuka mata, lihat alam dari kaca mata pandang ke dalam. Ke lubuk nurani. Kepada tafakur menginsafi betapa hebatnya Tuhan karyawan alam: Allah ﷻ

Sarwa cinta yang wujud semata-mata rupa, bukanlah cinta. Akhirnya ia satu penghinaan.

(Mevlana Rumi)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.