Cuba korang tengok kat atas fon, line 3G atau 4G? Di saat negara kita masih bergelut nak upgrade line jadi 5G, China sedang laju meninggalkan kita dengan internet 6G.
Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat tak main-main dalam hal ni. Diorang tau, pasca Revolusi 4.0 capaian internet yang laju adalah hak asasi manusia. Banyak urusan hidup akan tergendala kalau internet tak bagus.
Lapar? Foodpanda. Nak naik kereta? Grab. Order barang? Shopee. Hiburan? Netflix dan Youtube. Buku? Scribd. Nak bersosial? Fb, thread & instagram. Berita? News semua di hujung jari. Tak bawa duit? QR code atau bank transfer.
Semua benda pakai internet sekarang.
Menteri Jin Zhuanglong kata, “Kementerian tengah merangka pelan untuk galakkan penyelidikan dan pembangunan teknologi 6G secara menyeluruh.”
Kalau dulu bolehlah Amerika mendabik dada mereka advance serba serbi. Tapi kali ni diorang terciduk dengan China yang lagi laju adapt dengan teknologi terkini. Survival of the fittest. 5G kat China dah diguna meluas pada aplikasi teknologi dan industri.
China mampu membangunkan cip mewah. Apatah lagi banyak cip yang beroperasi dengan saiz 28 nanometer memang China yang keluarkan. Diorang dah letak target. Kalau takde aral melintang, insyaAllah menjelang 2025 teknologi 6G dah boleh dimanfaatkan semua rakyat China.
Penggunaan medan sempadan lain macam robot humanoid, metaverse dan teknologi kuantum juga semakin canggih. Line 5G bukanlah suatu hal yang asing.
Apa beza 5G dengan 6G?
Teknologi 6G membolehkan integrasi rangkaian antara bumi, atmosfera dan ruang yang lebih baik. Kesannya, komunikasi lebih pantas dan mudah. Nak main ML dengan PUBG pun dah tak lag. Nak live sampai lebam, takde masalah.
Hari ini, internet ialah hak asasi manusia.
Pada masa depan, dunia memerlukan internet untuk bersaing lebih maju dengan negara lain. Navigasi satelit, pertanian lautan jauh dan pemanduan autonomi semua memerlukan teknologi sebagus 6G. Jangkaannya, menjelang 2040, pasaran 6G akan mencecah RM1.5 trilion.
So jangan pelik lebih banyak syarikat teknologi dan komunikasi akan berpindah dan bina ibupejabat di China. Ramai dah letih dengan internet Malaysia yang slow dan mahal!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih