Awal tahun bagi kebudayaan Cina selalunya dipenuhi dengan tarian naga dan nyalaan tanglung. Disambut pula dengan kaum keluarga dan para sahabat, perayaan ini dipetik sebagai migrasi manusia paling besar kerana tiga bilion orang akan bergerak ke sana sini. Walaubagaimanapun kisah lain pula berlaku pada tahun 2020. Ketiadaan naga dan tanglung digantikan dengan staf kesihatan yang berpakaian seolah-olah untuk berdepan dengan s3r4ngan biokimia. Bukan rumah sanak-saudara yang dikunjungi – sebaliknya hospital atau rumah sendiri sahaja.

Semua orang tahu bahawa Tahun Baharu Cina 2020 telah hancvr berderai kerana penularan virus korona (2019-nCoV). Cuma apa yang belum diketahui ialah sampai bila virus ini akan meny3r4ng? Atau sekurang-kurangnya, apakah pihak berwajib sedang menguruskannya dengan baik? Pada 23 Januari 2020, 26 orang di China telah disahkan m4ti (Hua & Cadell, 2020). Tiga hari kemudian, angka k0rb4n ini meningkat sampai 42. Dan dalam sebuah persidangan khas pada 26 Januari, Presiden Xi Jinping mengetengahkan perkara sebenar (BBC, 2020).

“Negara kita sedang berdepan dengan situasi genting.”

Penyebaran 2019-nCoV sedang merebak dengan begitu pantas. Seorang doktor sudahpun meningg4l dvnia (Cheng & Kubota, 2020). Disebabkan itu, Jinping telah menubuhkan sebuah suruhanjaya yang dianggotai ahli-ahli parti komunis tertinggi. Kumpulan delegasi China ke luar negara telah dibatalkan. Kerana 237 pes4kit sekarang ini berada dalam keadaan kr1t1k4l (Xiong, Thomas, Culver & Regan, 2020).

Dan menghampiri Februari atau setepatnya 28 Januari 2019, keadaan semakin p4rah. Seramai 4,500 orang telah dij4ngkiti, dengan angka k0rban mencecah 100 pula (Griffiths, 2020). Apa yang sedang berlaku di China sekarang ini sangatlah persis sepertimana yang diceritakan oleh seorang saintis kesihatan Cina berwarganegara Amerika. Dr. Eric Ding mengira bahawa tahap virulent (kemudahan untuk merebak) 2019-nCoV berada pada angka 3.8. Bermakna setiap pes4kit virus ini boleh menyebarkan kepada 3-4 orang (secara statistik 3.8 orang) pada satu masa.

Keadaan ini ialah sebuah w4b4k besar. Pengiraan kumpulan penyelidikan lain pula mendapat keputusan 2.6 orang pula (2-3 orang) yang sebenarnya masih lagi sangat tinggi. Tahap b4h4y4 ini sangatlah besar, kerana 2.6 yang terj4ngkit ini akan menyebarkan kepada 2.6 orang lagi sebelum simton virus bermula. Walhal selsema biasa sekitar 1.4 orang sahaja.

Benar atau tidak pendapat ini mencerminkan kadar penularan yang 26 ke 42 orang dalam masa tiga hari. Lompatan sedemikian mungkin relevan atau sangat besar, tertakluk kepada kejadiannya sendiri. Namun bayangkan sekarang bandaraya Wuhan yang sedang dikuarantin. Hampir 40 juta orang terkesan dengan kuarantin ini, mengharungi perayaan Cina dalam keadaan penuh debaran. Antaranya ialah saintis seperti Fei Chen, Liqiang Mai, Zhang Yu-Hui dan Guan Jianguo di Universiti Teknologi Wuhan.

Kerana masyarakat yang gemar memakan apa sahaja, seluruh dunia sekarang sedang bergelut untuk menyelamatkan diri. Menurut James Gallagher, seorang penganalisis kesihatan BBC, 2019-nCoV takkan berhenti dengan sendiri (BBC, 2020). Beliau pun mengumumkan kadar virulent antara 1.4 ke 2.5 orang. Apa-apa angka yang melebihi 1.0 bebas membiak sesuka hati dengan cara j4ngkitan.

Namun begitu, virus ini memerlukan hos (badan manusia) untuk merebak. Semua disarankan berhati-hati dan berwaspada, tetapi tidak perlu takut dengan barangan diimport China. Walaupun disarankan Kementerian Kesihatan melalui sebuah tangkap layar perbualan, Facebook, penjelasan sebenar telah dibuat.

Sejauh mana badai ini akan mengh3nt4m masih belum dikenalpasti. Namun pada 26 Januari 2020 jam 5:22 pagi, the worst is not yet over.

RUJUKAN:

BBC. (2020, January 24). China coronavirus: (ditapiskan) toll rises as more cities restrict travel. BBC News. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51230011

BBC. (2020, January 26). China coronavirus spread is accelerating, Xi Jinping warns. BBC News. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51249208

Cheng, J., & Kubota, Y. (2020, January 25). China Orders Centralized Response to Virus Outbreak as Alert Level Rises. The Wall Street Journal. Retrieved from https://www.wsj.com/articles/doctor-at-wuhan-hospital-dies-as-coronavirus-outbreak-spreads-11579944323

Griffiths, J. (2020, January 28). (ditapiskan) toll from Wuhan coronavirus tops 100 as infection rate accelerates. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/01/28/asia/wuhan-coronavirus-update-intl-hnk/index.html

Hua, J., & Cadell, C. (2020, January 23). China heads into Lunar New Year on shutdown as virus spreads to Europe. Reuters. Retrieved from https://www.reuters.com/article/us-china-health-idUSKBN1ZM087.

Xiong, Y., Thomas, N., Culver, D., & Regan, H. (2020, January 25). Wuhan healthcare workers speak of challenges while dealing with coronavirus outbreak. CNN World. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/01/25/china/wuhan-coronavirus-update-intl-hnk/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.