Sejak penularan koronavirus China ibaratkan kehilangan kepercayaan dunia. Walaupun banyak negara menerima sumbangan daripada China, ia berasaskan diplomasi dan keperluan semata-mata.
Melihat kecelakaan yang menimpa, China diharapkan berbuat jauh lebih daripada sumbangan sekecil itu.
Malah terdapat juga pendapat popular bahawa China sepatutnya membayar negara-negara dunia sedikit sebanyak pampasan daripada rizab AS$3.219 trilion negara.
Jika China enggan bayar, ada juga pihak berusaha untuk memfailkan saman yang tidak akan berjaya oleh kerana status China sebagai negara (Carter, 2020). Dan keadaan di China pun tidak begitu megah.
Buat julung kalinya ekonomi China menguncup -6.8% selepas berpuluh-puluh tahun (BBC, 2020).
Di sebalik cerun kebencian dan curam tidak percaya, satu perkara yang berdiri dengan teguh walaupun tiada bukti pun – semua tidak percaya dengan angka dilaporkan China.
Malah Amerika Syarikat menimbulkan tanda tanya dan mempertikaikan data China (Wadhams & Jacobs, 2020).
Untuk sebuah negara begitu ramai dan padat, serta betapa China bergegas untuk bina hospital segera, gayanya jelas – China kepanikan.
Tetapi apabila ribuan kendi abu dibawa ke Wuhan, macam-macam persoalan mula timbul (Bloomberg, 2020).
Dan seperti biasa China menafikan berlaku selindungan dalam hal ini (Breuninger, 2020).
Donald Trump pun tidak begitu percaya dengan data China, dan entah siapalah yang percaya. Cuma bila tiada data konkrit, semua berputus untuk baiki keadaan dalam negara sendiri saja.
Hikayat China ini boleh disimpulkan dengan analogi:
Machwa ialah sebuah negara yang terletak di Benua Afrika. Dalam negara ini k0rvpsi mengalir seperti air. Tetapi kerajaan menutup cerita untuk mengabur mata dunia. Supaya pelabur yang datang melabur, sekalipun mereka mencuka kemudian.
Jiran Machwa pula ialah Wakanda. Negara ini mengamalkan monarki mutlak dimana ketelusan dijadikan aras utama. Biar terpaksa melaporkan satu dua k0rvpsi sehari sekalaipun, mereka buat juga dengan rela – kerana tidak mahu pelabur tawar hati.
Jadi asasnya Wakanda lebih k0rvp daripada Machwa. Sebab mereka laporkan setiap kes. Tetapi itu tidak bermakna Machwa bersih, kerana mereka hanya berdiam diri.
Begitulah analoginya. Bunyi mungkin pelik. Tetapi terasnya tidak menuduh sesiapa tetapi berikut juga realiti yang dipercayai wujud dalam China, sebuah negara komunis kuku besi yang boleh melindungi apa-apa saja.
Wuhan Melonjak
Dalam masa sebulan satu demi satu negara memintasi China dari segi angka positif dan kem4tian. Asalnya nampak macam Itali dalam perjalanan.
Tetapi secara tiba-tiba Amerika Syarikat membuat lonjakan berganda, sekaligus melengkapkan pintasan.
Pada 17 April 2020, koronavirus dilihat seolah-olah tidak lagi berasal dari China kerana negara-negara yang teruk dibadai terletak di Barat.
Apa yang dilaporkan selama ini sebagai persepsi dan propaganda anti-China telah menjadi kenyataan. Sebelum ini China menafikan, menariknya Wuhan membuat keputusan sebaliknya.
Pentadbiran dibawah Wang Zhonglin dan Zhou Xiangwang ini membetulkan angka kem4tian yang dilaporkan dengan pertambahan 1,290 orang (Griffiths & Jiang, 2020).
Pembetulan angka ini tidak membawa pujian. Sebaliknya ia merumitkan kepercayaan yang sudahpun bergoyah.
Perbezaan antara 2,579 dan 3,869 ialah lonjakan 50% yang tidak sewenang-wenangnya boleh diperlekehkan dengan “alamak” semata-mata.
Malah melihat realiti ini, mungkin tiada negara pun yang memintas China (seperti analogi Machwa/Wakanda).
Tiada masalah untuk memungkinkan k0rvpsi dan jen4y4h – tetapi bila bercakap tentang peny4kit, kejujuran itu penting.
Dalam perkembangan semasa, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat telah mula membvru jumlah sebenar di China (Barnes, 2020).
Melihat kepadatan Wuhan, kelestarian pengangkutan dan tempoh inkubasi, tidak pelik pun jika sejuta rakyat China telah positif demikian hari.
Perkembangan ini jauh sekali membantu China.
Sehingga angka terakhir disahkan positif dalam dunia ini, sehingga pes4kit terakhir dirawat, sehingga m4yat terakhir dik3bvmikan, rakyat China belum tentu boleh dipercayai… terutamanya jika ada pertambahan kes lagi.
RUJUKAN:
Barnes, J.E. (2020, April 2). C.I.A. hunts for authentic virus totals in China, dismissing government tallies. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/04/02/us/politics/cia-coronavirus-china.html
BBC. (2020, April 17). China’s virus-hit economy shrinks for first time in decades. Retrieved from https://www.bbc.com/news/business-52319936
Bloomberg. (2020, March 27). Urns in Wuhan prompt new questions of virus’s toll. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-27/stacks-of-urns-in-wuhan-prompt-new-questions-of-virus-s-toll
Breuninger, K. (2020, April 1). China hid extent of coronavirus outbreak, US intelligence reportedly says. CNBC. Retrieved from https://www.cnbc.com/2020/04/01/coronavirus-china-hid-extent-of-outbreak-us-intelligence-reportedly-says.html
Carter, S.L. (2020, March 24). No, China can’t be sued over coronavirus. Bloomberg Opinion. Retrieved from https://www.bloomberg.com/opinion/articles/2020-03-24/can-china-be-sued-over-the-coronavirus
Griffiths, J., & Jiang, S. (2020, April 17). Wuhan officials have revised the city’s coronavirus death toll up by 50%. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/04/17/asia/china-wuhan-coronavirus-death-toll-intl-hnk/index.html
Wadham, N., & Jacobs, J. (2020, April 1). China concealed extent of virus outbreak, U.S. Intelligence says. Bloomberg. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-04-01/china-concealed-extent-of-virus-outbreak-u-s-intelligence-says
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih