Sama seperti negara-negara lain, China juga percaya pada kewujudan hantu. Antara tempat dikatakan paling berhantu ialah sebuah rumah jenis Perancis di Jalan No 81, Beijing.

Chaonei terletak di Daerah Dongcheng, dibina pada tahun 1910 sebagai sekolah untuk mengajar Mandarin kepada pendakwah-pendakwah Barat.

Sekitar 20 tahun kemudian, Chaonei dibuka kepada peniaga dan pakar diplomasi sebagai “Kolej California di China” yang merupakan sebahagian daripada Sistem Kolej Claremont.

Chaonei dari arah Barat.
Chaonei dari arah timur.

Ketika ini Chaonei dimiliki pertubuhan Katolik, sehinggalah kedatangan pengaruh komunisme. Katanya pada tahun 1949, seorang pegawai parti Kuomintang dikatakan melarikan diri ke Taiwan. Beliau meninggalkan Chaonei kepada seorang perempuan (mungkin isteri atau perempuan simpannnya) yang membvnvh diri kerana tidak tahan hidup dalam kesunyian.

Walaupun pihak gereja menafikan cerita ini (dan juga tiada rekod mengatakan pegawai Kuomintang menetap di situ), orang ramai masih percaya padanya.

Jangankan orang awam. Anggota-anggota komunis pun lari. Semasa hari hujan, ada yang terdengar jeritan perempuan dari Chaonei.

Mungkin jeritan ini dibuat-buat orang yang cvri-cvri masuk. Tetapi sesiapa yang cuba masuk wajar dikatakan berani. Dari lantai ke siling, setiap bilik dipenuhi sarang labah-labah.

Gambar dalaman Chaonei.

Bahan binaan, botol minuman keras dan juga puntung rokok bersepah dalam ruangan rumah, dengan semburan graffiti meminta orang ramai jauhi rumah ini.

Lebih bermisteri, ramai orang hilang semasa di Chaonei. Seorang paderi British yang membina tempat ini dilaporkan hilang. Penyiasat yang mencari terjumpa sebuah terowong rahsia yang menghala ke kawasan Dashaniz

Selain itu, tiga buruh binaan yang m4bvk cuba memasuki rumah tersebut. Mereka tidak ditemui sampai hari ini. Kerajaan tempatan mengambil kira misteri-misteri kehilangan ini – dan membuat keputusan untuk tidak meruntuhkan Chaonei.

Jadi buat satu tempoh sangat lama, bangunan ini kekal di situ dengan pihak gereja sukar mencari kontraktor untuk usaha pemulihan. Mereka menawarkan AS$1.5 juta pun ramai tidak berani ambil.

Sesiapa yang melintasi rumah ini saja akan merasa aura negatifnya. Semasa musim panas, pintu masuk Chaonei dikatakan lebih sejuk daripada pintu masuk mana-mana rumah berhampiran.

Mulut orang ramai membuatkan tiada siapa berani duduk di rumah ini. Pihak pemilik juga gagal membuatkannya sebuah tempat pelancongan, meskipun dengan kekayaan sejarah.

Puas berusaha untuk membuktikan pemilikan, pihak gereja masih bergelut dengan undang-undang China yang mewajibkan semua tempat bersejarah dikekalkan seperti biasa.

Perkara ini membuka peluang kepada industri perfileman. Pada tahun 2011, Raymond Yip dan Manfred Wong dari Hong Kong membuat filem seram bertajuk The House That Never D13s.

Namun sesi penggambaran dibuat di Beijing dan Wuxi. Dan sebelum mengedar, mereka mendapatkan izin pihak gereja untuk menamakan filem sempena rumah tersebut.

Chaonei berjaya mengumpulkan AS$24.9 juta dalam minggu pertama (AS$60 juta kutipan keseluruhan). Teknik penggambaran 3D meningkatkan minat orang ramai untuk masuk ke Chaonei yang sebenar.

Pihak gereja terpaksa menutup pagar untuk menghalang orang ramai, kerana khuatir akan struktur binaannya. Tetapi pada tahun 2016, pihak gereja berjaya memulihkan Chaonei dengan sentuhan jauh lebih menarik. Sekarang ini pihak gereja membuka Chaonei untuk disewa pada harga US$122 ribu sebulan. Dengan harga begitu tinggi dan sejarah pahit, hanya hartawan sahaja yang berani menetap di sini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.