“Buat apa nak join program-program ni.. Buang masa jer.. Kita ni student ok? Bukan kerja kita nak berprogram ni. Kita duduk dalam rumah, baca buku cukuplah!” kata seorang sahabat.

Assignment, Test, Kuiz, Presentation, Tutorial dan Kuliah.

Perkara biasa untuk seorang pelajar universiti. Kerja hakikinya adalah belajar, skor dalam peperiksaan dan membawa pulang segulung ijazah ke rumah. Bagi seorang pelajar, menerima segulung ijazah pada hari konvokesyen adalah kemuncak kejayaan. Benar.. Saya bersetuju dengan idealogi ini, mungkin juga anda.

“Apa!? Ko join persatuan? Kerja ko study je tau! Kalau tak dapat Dekan sem ni, siap ko!” gertak seorang ibu apabila mengetahui anaknya ingin melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Jangan kata tidak, ada kes seperti ini dan saya pernah mendengarnya.

Lain pula yang terjadi kepada saya. “Kat sana (kampus) tak join apa-apa ke? Aktif la sikit. Jangan jadi orang yang tak aktif yang duduk bawah tempurung,” kata Bapak kepada saya. Mungkin sudah terbiasa dengan aktiviti dan berpersatuan, beliau juga ingin melihat saya dapat memimpin suatu hari nanti. Dan bukan bermakna apabila aktif dalam persatuan, pelajaran diketepikan.

Benarkah menumpukan 100% masa kepada pelajaran dapat menjadikan seseorang itu lembap? Mungkin ada yang setuju dan mungkin juga ada yang tidak setuju dan menentang dengan sekeras-kerasnya. Kenapa saya katakan lembap? Sebab orang seperti ini tidak mahu bersosial (tidak bercampur dengan orang dan terlibat dalam aktiviti luar),

Mungkin orang yang ‘fokus’ ini dapat skor dalam peperiksaan, setiap kali lecturer bertanyakan soalan pasti dia dapat menjawab. Tetapi bagaimana dengan softskill nya? Kehebatan yang sebenar bukan hanya di atas kertas, kerana ramai yang saya jumpa, di atas kertas memang tip-top, bila buat praktikal sangatlah mendukacitakan. Senang cerita teori hebat, praktikal hampeh. Saya lebih respect kepada mereka yang ahli dalam kedua-dua bidang. Teorinya mantap, praktikalnya ok, dan sosialnya baik.

Saya berani berkata begini kerana saya banyak menjumpai orang seperti ini. Bukan kerana saya dengki dengan pencapaian akademik seseorang, tetapi terfikir tentang kehidupan di masa depan. Bolehkah kita hanya menjaja sijil kita di merata-rata tempat tetapi tidak ada kualitinya itu?

“SAYA TAK AKAN AMBIL STUDENT DEGREE”

“Korang belajar FANUC (mesin CNC) tak dalam kelas? Auto CAD?”tanya seorang Technician kepada kami sewaktu kelas praktikal di Lab Computer Numerical Control (CNC).

“Tak.. Kami belajar Solid Work je..” jawab kami.

“Macam mana korang nak bersaing masa mintak kerja nanti? Budak-budak Poli dengan ILP lagi banyak belajar dari korang tau. Walhal diorang tahap sijil je,” kata Technician itu. Apa yang kami mampu buat, itu sahaja yang kami belajar, bukan tidak mahu belajar sendiri, tetapi alat, masa dan bebanan assignment yang banyak menyempitkan peluang itu.

“Maaf cakap dik.. Bukan tak nak ambil budak degree, tapi tengoklah… Ijazah je besar (kejuruteraan), tapi cuba suruh bukak tayar, menggigil nak buat,”kata seorang supervisor di sebuah kedai membaiki kereta ketika rakan saya membuat lawatan ke kedai itu.

Itulah yang dikatakan lembap bagi pendapat saya. Kehebatan menjawab soalan dan membuat assignment hanya membantu dalam soal teori semata-mata. Ianya hanya di atas sehelai kertas dan tidak bermakna jika ilmu itu tidak dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

Cara belajar di universiti banyak menekankan soal teori. Bagi bidang kejuruteraan, pihak universiti mahu melahirkan seorang jurutera dan bukannya seorang juruteknik, itu yang saya dengar dari seorang lecturer beberapa tahun lepas. Benar, tetapi teori itu perlulah disertai dengan praktikal dan bukannya hanya menghafal nota, jawab dan skor. Jika bidang sejarah atau bahasa mungkin boleh, tapi tidak untuk bidang kejuruteraan.

Jika di negara seperti Jepun. Mereka yang agak kurang dalam bidang akademik akan diserap masuk ke dalam bidang teknikal. Tetapi tahap pelajaran pelajar praktikal dikira setaraf dengan pelajar-pelajar di bidang akademik. Macam ada dua jenis universiti, universiti belajar akademik dan universiti teknikal, dua-duanya dikira ijazah. Disebabkan itulah negara Jepun maju dengan teknologinya yang hebat, juruteranya mampu buat apa yang pekerja bawahan boleh buat.

Tidak di negara kita, pelajar yang kurang berjaya dalam akademik dilabel sebagai pelajar bermasalah dan tidak cerdik. Bagi saya mereka bukannya tidak cerdik, tetapi sistem pembelajaran yang berorentasikan peperiksaan di negara kita ini yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Kerana itulah terjadinya fenomena pelajar perempuan lebih ramai di universiti berbanding pelajar lelaki kerana perempuan dapat menumpukan diri dalam soal akademik dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Pelajar lelaki pula ramai yang berminat dalam bidang ternikal. Mereka bukannya tidak bijak, tetapi diasak dengan asakan akademik yang merimaskan.

‘ATTITUDE’ DAN ‘SOFTSKILL’ FAKTOR UTAMA

Terpampang kertas majong yang tertulis “Ciri-Ciri Graduan Harapan Majikan”.

Attitude… Mempunyai Softskill yang mantap… Boleh dipercayai.. Boleh bekerja di bawah tekanan.. Kreatif dan Inovatif.. Dan terakhir, kelulusan yang cemerlang. Inilah antara ciri-ciri graduan yang menjadi rebutan majikan. Hal ini saya bincangkan bersama rakan-rakan semasa LDK di sebuah kem kepimpinan Mahasiswa.

Ternyata, kelulusan akademik hanyalah dikira sebagai syarat sahaja, dan bukannya satu faktor penentu kejayaan seseorang. Berapa ramai orang yang tidak masuk universiti tetapi berjaya dalam perniagaannya? Dan berapa ramai yang mempunyai ijazah tetapi bekerja sebagai pekerja buruh sahaja? Bukan kelulusan yang dilihat, tetapi perangai yang baik menjadi idaman.

Bayangkan jika seorang graduan yang cemerlang memohon kerja dengan sebuah syarikat, tetapi keadaannya kusut-masai dan datang lewat ke sesi interview, adakah beliau akan diterima bekerja dengan kelulusannya itu?

Bayangkan pula seorang yang tiada sijil tetapi rajin bekerja, peramah, jujur dan disenangi oleh semua orang, adakah mungkin dia boleh berjaya menjadi seorang manager suatu hari nanti? Bill Gate tidak berjaya dalam pelajarannya, tetapi kini beliau kini telah menjadi antara orang yang terkaya di dunia. Apakah faktornya?

Jawapannya… Attitude mengubah segalanya.

Selain dari itu, softskill juga amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Selain dari ilmu yang diperolehi, ilmu-ilmu lain juga amat perlu seperti ilmu komunikasi yang berkesan. Bagaimana anda hendak berjaya jika tidak pandai berkomunikasi dengan orang lain? Beraktiviti adalah jawapannya.

Untuk rakan-rakanku yang tidak mahu bersosial ataupun tersilap bersosial (gejala yang tidak elok), marilah kita melengkapkan diri kita dengan ilmu berpersatuan. Kerana dengannya banyak memberi pengalaman dan mendapat ilmu yang sangat berguna sewaktu bekerja nanti. Tetapi apabila berpersatuan, jangan dilupa dengan pelajaran ye.

Sebuah cerita untuk dikongsi :

“Seorang Professor mengupah bot seorang nelayan untuk memancing di laut dalam. Di dalam perjalanan, Professor itu pun berbual-bual dengan Si Nelayan itu.

“Kamu boleh berbahasa Inggeris?” tanya Prof. kepada Si Nelayan.

“Tidak tahu tuan, saya hanya bersekolah rendah sahaja,”jawab Nelayan itu.

“Aduh.. Kamu telah kehilangan 50% dari hidupmu, dengan Bahasa Inggeris kamu boleh menjadi kaya-raya seperti saya. Kamu tahu Matematik?”, tanya Prof. dengan angkuhnya.

“Tidak tuan, saya tidak tahu,”jawab Si Nelayan itu.

“Haha.. Kamu telah kehilangan 70% hidupmu. Patutlah senang ditipu orang. Rugi-rugi.. Haha..” Angkuh Si Professor lagi.

Tiba-tiba cuaca berubah dan angin bertiup dengan kencang. Ombak tinggi menghayun bot di tengah lautan. Bot itu bakal karam!

“Apa yang perlu kita lakukan? Adakah kita akan selamat?”, tanya Si Professor dengan gelabahnya.

“Ooo.. Jangan risau. Kita perlu berenang beratus meter dari sini untuk sampai ke daratan. Tuan tahu berenang?” tanya Si Nelayan. “Tidak tahuuuuu…” tergetar Professor menjawabnya.

“Tadi tuan cakap saya telah kehilangan 70% dari hidup saya kerana tidak tahu berbahasa Inggeris dan Matematik. Tapi tuan telah kehilangan 100% hidup tuan kerana tidak tahu berenang.”

PENGAJARAN : Jangan merendahkan orang lain dan softskill sangat penting dalam kehidupan.

Ada apa dengan CGPA di atas kertas? Jika tidak hebat mengemudi hidup. Apa guna CGPA di atas kertas jika CGPA kehidupan tidak secemerlang mana. Sekadar perspektif dan pendapat dari saya. Salah dan silap harap dimaafi. Teruskan perjuangan dalam pelajaran dan teruskan hidup untuk kehidupan di dunia dan akhirat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply