Mungkin anda pernah melihat beberapa peniaga pasar malam
menjual CD atau DVD cetak rompak. Seiring dengan kemajuan teknologi, cetak
rompak kini beralih dari fizikal kepada digital. Melalui cetak rompak digital,
kegiatan ini sukar diambil tindakan kerana kebanyakan pengguna media sosial
tidak tahu adakah ia adalah perbuatan yang salah.
Cetak rompak digital bermaksud adalah memuat naik kandungan
penuh album lagu, filem dan lain-lain tanpa keizinan. Memuat naik karya orang
lain tanpa keizinan ialah kesalahan jenayah sama seperti merompak. Pihak
Youtube juga ada menjelaskan hal ini dalam garis panduan mereka. Berikut ialah
emel yang akan diterima jika melanggar garis panduan Youtube.
Dear ‘matmoto91’,
Your video “Lagu Raya”, may have content that is
owned or licensed by APRA_CS, COMPASS_CS, WAMI_CS, MACP, and CASH, but it’s
still available on YouTube! In some cases, ads may appear next to it.
If this is your performance of a 3rd party song then you can
still make money from this video. Click here to change your monetization
settings.
This claim is not penalizing your account status. Visit your
Copyright Notice page for more details on the policy applied to your video.
– The YouTube Team
Akta Hak Cipta 1987 juga menetapkan bahawa membuat salinan
karya dan mengagihkan kepada umum tanpa izin pemilik karya merupakan satu
kesalahan di sisi undang-undang. Menurut Akta Hak Cipta 1987, Bahagian II
dibawah Peruntukan Am :
Karya yang layak mendapat hak cipta:
(a) karya sastera;
(b) karya muzik;
(c) karya seni;
(d) filem;
(e) rakaman bunyi; dan
(f) siaran.
Karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan
karya itu dihasilkan. Tetapi pihak yang melakukan kesalahan ini sentiasa
berdegil dan tidak rasa bersalah mengedarkan secara digital. Alasannya mencari
duit makan. Ironinya, perbuatan ini seperti Robin Hood – niat tidak
menghalalkan cara atau dengan kata lainnya, buat duit atas angin.
Pengkarya berhempas pulas menghasilkan sebuah karya. Masa,
wang ringgit dan tenaga banyak dihabiskan demi karya tersebut. Tambahan lagi,
membikin lagu sudah semestinya bukan percuma. Pemuzik sepenuh masa meraih
keuntungan melalui royalti. Bayangkan, bagaimana mereka mahu menyara hidup jika
hak mereka sebagai pengkarya dirampas begitu sahaja? Mereka juga ada perut
untuk diisi.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini tidak patut
disokong oleh pengguna sendiri. Malah ia mampu membunuh industri seni kreatif
di negara kita. Sebab itu jugalah, kebanyakan pemuzik ada tenggelam timbul.
Sebagai pengguna, anda sewajarnya memilih untuk mendengar
lagu-lagu dari saluran yang halal seperti Spotify, Youtube Rasmi Pemuzik, Joox
dan lain-lain. Juga sebagai pengguna, anda boleh sebarkan kes cetk rompak
digital ini melalui cara ‘report’ pada pihak Youtube. Itulah salah satu cara
terbaik untuk anda menyokong industri kita.
Rujukan:
Akta Hak Cipta 1987




No comments yet