Jumaat, 16 Oktober 202616 Okt 2026
Seni Mandiri

Cara Mengelak Menjadi Mangsa Panahan Petir

Malaysia antara negara yang berada pada kedudukan
5 teratas dunia yang paling kerap berlaku ribut petir dan panahan petir dalam
tempoh masa setahun.

Subang merupakan kawasan yang mencatatkan
bilangan hari tertinggi dalam setahun yang berlaku ribut petir..

Pada tahun 1969, bilangan hari dalam setahun yang
berlaku ribut petir di subang mencapai 269 hari dan merupakan rekod tertinggi
bagi negara Malaysia.

Rekod bilangan hari tertinggi dalam setahun yang berlaku petir bagi Malaysia adalah 362 hari pada tahun 1987 turut di pegang oleh Subang.

Ribut petir akan lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu sekitar pengghujung Mac atau awal April dan Oktober serta sepanjang musim monsun barat daya yang bermula pada Mei sehingga September.

Ketika ribut petir berlaku, risiko seseorang itu dipanah petir adalah tinggi jika tidak mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya.

Dibawah ini merupakan antara cara untuk
mengelak menjadi mangsa panahan petir:-

1) Sentiasa menyemak ramalan cuaca di lokasi
anda atau lokasi berhampiran lokasi anda.

Pihak yang
berautoriti bagi mengeluarkan amaran cuaca di Malaysia adalah Jabatan
Meteorologi Malaysia.

Laman sesawang:

Jabatan Meteorologi
Malaysia

* Panahan petir
boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan atau ribut petir

2) Ketahui jarak lokasi yang sedang berlaku
ribut petir melalui teknik ‘flash to bang ‘ dengan mengambil kira berapa lama
tempoh masa yang diambil untuk bunyi guruh dapat didengari sejurus selepas
cahaya kilat dilihat.

Kelajuan bunyi
guruh dianggarkan sekitar 0.2 batu sesaat.

Jika 5 saat masa
yang diambil antara cahaya kilat dilihat dan bunyi guruh didengari, ribut petir
adalah dianggarkan berada sejauh 1 batu daripada lokasi anda berada.

1 batu: 1.6 KM

Oleh itu,
anggaran jarak ribut petir boleh diketahui dengan mengira masa yang diambil
untuk mendengar guruh selepas cahaya kilat dilihat dan membahagikannya dengan 5.

Contoh:-

Cahaya kilat
dilihat pada jam 12:00 PM dan diiringi bunyi guruh selepas 30 saat kemudian.
Jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat
dibahagikan dengan 5 = 

6 batu.

6 batu itu
merupakan anggaran jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir.

Mengikut peraturan 30/30

(’30/30 Rules’):

Anda perlu
segera mencari tempat perlindungan seperti dalam bangunan dan rumah jika jarak
masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat atau
kurang.

Jarak ribut
petir begitu hampir dengan anda ketika itu dan boleh terdedah dengan panahan
petir.

* AWAS!

Elakkan berteduh
di bawah pokok dan berada di kawasan berair serta memegang barang yang
diperbuat daripada logam.

Kereta boleh
dijadikan tempat perlindungan sekiranya anda berada jauh dari bangunan atau
rumah.

Jika sedang
memandu, sebaiknya berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin dan
letakkan tangan anda di paha. Elakkan menyentuh mana-mana bahagian dalaman
kereta seperti pintu, stering mahupun gear.

Keadaan hanya
boleh dianggap selamat untuk anda kembali ke kawasan terbuka dalam tempoh
minimum 30 minit selepas cahaya kilat terakhir yang dilihat atau bunyi guruh
terakhir yang didengari.

3) Jika anda di kawasan terbuka dan tiada
tempat perlindungan.

Segera berada dalam posisi Pertahanan Petir
iaitu dengan cara:

– Mencangkung

Turunkan tubuh
anda serendah yang mungkin kerana ia mengurangkan kemungkinan dipanah petir.

* AWAS!

Jangan
sekali-kali berbaring di tanah kerana sekiranya petir memanah tanah, aliran
arus elektrik mungkin akan mengalir melalui tubuh anda.



– Jengketkan kaki dan pastikan hanya jari
kaki yang bersentuhan dengan tanah

Petir
berkemungkinan memanah tanah terlebih dahulu sebelum memasuki tubuh anda.
Dengan meminimumkan sentuhan dengan tanah, risiko menjadi pengalir arus elektrik
dapat dikurangkan

– Sentuhkan tumit kaki kiri anda dengan kaki
kanan

Jika arus
elektrik mengalir dalam tubuh anda melalui salah satu kaki, maka ia akan
mengambil laluan tersingkat untuk keluar ke tanah semula. Dengan menyentuhkan
kedua – dua tumit anda, arus elektrik berkemungkinan memasuki kaki yang satu
lagi dan keluar dari kaki serta mengelakkan daripada melalui anggota tubuh yang
lain. Teknik ini dapat mengurangkan kecederaan serius.

– Tekupkan tangan di telinga.

Ini adalah bagi melindungi
telinga daripada bunyi kuat yang mampu memekakkan telinga.

4) Sekirannya anda berkumpulan di kawasan
terbuka semasa berlaku ribut petir, elakkan berada berdekatan antara satu sama
yang lain.

Berpecahlah. Ini
akan mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa panahan petir sekiranya ia
berlaku.

5) Jika anda berada di dalam bangunan atau rumah:–

– Jangan sentuh
peralatan elektrik.

– Jauhi balkoni,
beranda, pintu, tingkap, dinding.

– Elakkan berada
di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi

BANTUAN AWAL UNTUK MANGSA PANAHAN PETIR

– Dapatkan
bantuan perubatan dengan menghubungi nombor kecemasan 999.

– Berikan
bantuan kecemasan awal.

– Perhatikan
kawasan sekeliling. Berapa ramai mangsa yang dipanah petir? Seorang sahaja atau
ramai?

– Adakah ribut
petir masih berlaku? Adakah keadaan selamat untuk memberikan bantuan? Jangan
terburu-buru kerana mungkin boleh menyebabkan lebih banyak nyawa yang terkorban.

– Berhati-hati
dengan petir yang sabung menyabung. Jangan dedahkan diri, mangsa atau
penyelamat kepada risiko dipanah petir.

– Jika perlu,
alih mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum memberikan bantuan kecemasan
awal.

– Tentukan sama
ada mangsa dipanah petir atau terkena renjatan elektrik di tanah. Panahan petir
adalah lebih berbahaya.

– Berikan
pertolongan cemas. Periksa pernafasan dan denyutan jantung.

– Jika mangsa
berhenti bernafas, mulakan bantuan pernafasan.

– Jika jantung
telah berhenti berdegup, orang yang terlatih harus memberikan CPR (Cardio
Pulmonary Rescue – CPR). Patuhi peraturan terkini Palang Merah iaitu dua (2)
hembusan nafas menyelamat diikuti dengan 30 tekanan dada (dengan pantas) dalam
tempoh 30 saat.

– Teruskan
memberi bantuan CPR sehingga penyelamat tiba, walaupun tiada sebarang respon
daripada mangsa. Selepas 30 minit bantuan CPR, peluang untuk hidup adalah tipis.

– Bagi mangsa
yang mempunyai denyutan nadi dan pernafasan, berikan bantuan bagi sebarang
kecederaan lain.

– Tempat yang terbaik
untuk memeriksa denyutan nadi adalah pada arteri karotid (di leher) dan arteri
femoral (di celah peha). Petir sering menyebabkan serangan jantung.

Kecederaan akibat panahan petir yang lain:

Selain serangan
jantung dan masalah pernafasan, periksa jika ada bahagian tubuh yang terbakar
di dua tempat iaitu di bahagian panahan petir dan bahagian arus elektrik
meninggalkan tubuh mangsa..

Tentukan
kecederaan lain seperti  kerosakan otot
dan trauma yang tidak kelihatan seperti patah tulang dan organ pecah.
Sesetengah mangsa boleh mengalami gangguan sistem saraf, tidak sedar dan
mengalami amnesia. Rawat semua kecederaan ini dengan bantuan kecemasan awal
sehingga bantuan tiba.



*Sedikit info tambahan:-



Teruja sebelum duka.

Gambar ini
diambil di puncak Moro Rock, Sequoia National Park, California pada 20 Ogos
1975 ketika cuaca buruk.

Michael
McQuilken yang berambut panjang di dalam gambar serta adiknya Sean berasa
teruja kerana rambut mereka mengerbang ke atas.

Malangnya, mereka
tidak sedar bahawa keadaan seperti itu merupakan amaran terakhir yang mereka
bakal menjadi mangsa panahan petir.

Beberapa minit
selepas gambar diambil, petir mula menyambar 
mereka serta pendaki yang lain.

Akibatnya, Sean mengalami kecederaan parah akibat dipanah petir dan membunuh pendaki lain yang berdekatan. Belakang badan Sean berasap, rambut terbakar dan pakaiannya hangus.

Sean kemudiannya
dikejarkan ke hospital dan disahkan melecur tahap ketiga dimana dia mengalami
kerosakan penuh pada bahagian kulit, terutama dibelakang badan dan siku.

Sekiranya rambut
dan bulu roma kita secara tiba – tiba tegak berdiri semasa cuaca buruk serta
merasai denyutan pada kulit, ini bermakna badan kita telah menjadi sumber cas
positif yang menarik cas negatif daripada awan.

AWAS!

Jika ia berlaku,
risiko anda akan menjadi mangsa panahan petir adalah sangat tinggi.

Sila berlindung
di tempat yang selamat.



Sekian.



RUJUKAN:-

–
myhealth.gov.my

Kementerian
Kesihatan Malaysia:-

Panduan
Keselamatan Semasa Ribut Petir.

– new.isn.gov.my

Institut Sukan
Negara Malaysia:-

Kesalamat
bersukan dalam persekitaran ribut petir

– Fiziklah.com

Panahan Kilat;
Bagaimana untuk Kekal Selamat.

– World Rugby
Lightning Safety Guidelines.

-FIFA Emergency
Medicine Manual 2nd Edition 2018.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet