George Herbert Walker (H.W.) Bush, bekas Presiden US dari tahun 1989-1993 baru saja meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Jangan keliru, Bush ini bukan Bush yang berkaitan dengan 9/11, Perang Afghanistan dan Perang Iraq. Yang tu ialah George Walker (W.) Bush, anak kepada George H.W. Bush, menjadi presiden pada tahun 2001-2009 dan baru berumur 72. Tapi seriously confusing ayah dan anak nama sama.
George H.W. Bush (Bush Senior) mempunyai reputasi baik di kalangan pengkaji politik antarabangsa kerana dia merupakan salah satu daripada 3 presiden US “realis” yang ada pada era pasca-Perang Dunia Kedua. Yang selainnya ialah Dwight Eisenhower (1953-1961) dan Richard Nixon (1969-1974).
Realis bermaksud mereka yang mengambil pendekatan dasar luar secara realistik, pragmatik, cermat, tidak lebih-lebih dalam tunjuk power dan menjaga imbangan kuasa (balance of power) antara negara. Dalam hal ini Bush Senior berbeza dengan Bush Junior.
Selepas Saddam Hussein menyerang Kuwait pada 2 Ogos 1990, Bush Senior telah bercampur tangan untuk melindungi kepentingan US (minyak) di Teluk Parsi, maka berlakulah “Perang Teluk” (Gulf War).
Tapi untuk mengelakkan US dilihat sebagai penceroboh, Bush Senior mengajak semua negara Arab untuk sama-sama menentang Saddam, ini termasuk Hafez al-Assad (dalam gambar), presiden Syria yang dilihat sebagai musuh US dan sekutunya (Israel dan Saudi). Assad melihat ini sebagai peluang emas untuk mengagalkan Saddam yang merupakan pesaingnya, dan pada masa yang sama memperbaiki hubungan dengan US.
Selepas US dan pakatan mencapai kemenangan, Bush Senior tidak menggulingkan Saddam kerana dia sedar Saddam merupakan “necessary evil” yang perlu untuk memelihara keseimbangan kuasa antara Saudi dan Iran, dan hanya Saddam cukup kuat untuk memelihara kestabilan Iraq. Jadi Bush Senior membiarkan Saddam terus berkuasa, US cuma mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq sahaja.
Tapi Bush Junior membelakangi kebijaksanaan ayahnya. Bukan saja Bush Junior gelojoh menyerang Iraq tanpa persetujuan dari PBB, dia juga menggulingkan dan membunuh Saddam. Akibatnya, Iraq jadi kucar kacir, hubungan Saudi dan Iran semakin tegang, dan Timur Tengah tidak kenal erti keamanan.
Hafez al-Assad juga merupakan seorang realis. Sepanjang Hafez al-Assad memerintah, dia sangat menjaga keseimbangan antara Syria, Iran, Saudi, Rusia dan US, tidak sesekali membenarkan negara lain mempengaruhi kebebasan bertindak Syria.
Tapi anaknya Bashar al-Assad telah bercondong habis ke Rusia dan Iran, menyebabkan Syria terperangkap dalam permaninan kuasa-kuasa besar dan tidak mampu bertindak secara bebas seperti zaman pemerintahan ayahnya.
Mungkin kedua-dua Bush dan Assad pun tak sangka legasi mereka akan rosak di tangan anak-anak mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih