Jarang sebenarnya kita temui spesis-spesis ikan yang berwajah comel kerana rata-ratanya mempunyai wajah yang menakutkan, seperti ikan pemancing yang mempunyai gigi yang sangat panjang dan ikan viperfish yang rupanya seperti ular bertaring tajam!
Namun, pasukan saintis dari Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI) telah temui spesis ikan dasar laut yang begitu comel di pantai California, Amerika Syarikat (AS) dengan kedalaman sekitar 3,268 hingga 4,119 meters!
Ikan yang mereka temui itu mempunyai mata yang sangat bulat, badannya seperti berudu besar, berwarna merah jambu, dan ukiran mulutnya seolah-olah senyum. Inilah wajah ikan siput Bumpy (Bumpy snailfish) dan nama saintifiknya ialah ‘Careproctus colliculi’. Comel tak?
Ikan siput ialah kumpulan ikan dasar laut dari keluarga Liparidae. Kumpulan ini diberikan nama ‘ikan siput’ kerana perutnya mempunyai organ berbentuk bulat yang mampu melekat di atas batu dan rumpai laut. Ikan ini juga melekat ke atas badan ketam untuk jimatkan tenaga berenang. Jadi, sifat ikan ini seperti siput yang suka melekat di mana-mana saja!
Terdapat tiga spesis ikan siput dari dasar lautan yang baru saja ditemui, iaitu ikan siput gelap (Careproctus yanceyi), ikan siput berkilat (Paraliparis em), dan ikan siput Bumpy. Ikan siput Bumpy saja yang terlihat comel berbanding dua spesis ikan siput lain, yang ternyata nampak menakutkan seperti spesis ikan dasar laut lain.
Ikan siput ini sebenarnya menetap di seluruh lautan dengan penemuan sebanyak 410 spesis tapi jarang saintis temui kehadiran spesis ikan ini di dasar laut. Dengan bantuan kapal selam robot (VOC) bernama Doc Ricketts, pasukan saintis dapat mengumpul sampel ketiga-tiga spesis ikan siput, seterusnya mengkaji lebih mendapat tentang kitaran hidupnya.
Kehadiran ikan siput Bumpy menunjukkan bahawa banyak lagi rahsia-rahsia yang belum lagi kita teroka sepenuhnya dunia dasar laut yang sangat gelap dan penuh dengan tekanan yang mustahil untuk kita memasukinya.
Seperti ikan dasar laut yang digelar sebagai ikan paling hodoh di dunia, iaitu ikan Blobfish. Ikan ini digelar sebegitu kerana rupanya yang mempunyai hidung besar dan badannya seperti mencair, padahal rupa ikan Blobfish sebenarnya rupa ikan biasa saja ia berada di habitatnya iaitu zon dasar lautan.
Perubahan rupa bentuk Blobfish itu disebabkan oleh rupa bentuk badannya. Isi ikan ini sebenarnya penuh dengan gelatin, jadi badannya lebih tumpat dari air lautan. Ini membolehkan ikan Blobfish mampu tenggelamkan diri di habitatnya. Tekanan tinggi dasar laut juga memainkan peranan untuk kekalkan badan ikan ini.
Apabila ikan Blobfish dinaikkan ke permukaan laut, rupanya berubah seratus peratus kerana perubahan tekanan tinggi ke tekanan rendah. Kerana terdedah dengan tekanan rendah, badan gelatinnya seolah-olah mencair, termasuklah muka ikan yang ‘menurun’. Keadaan inilah menyebabkan kita lihat rupa ikan Blobfish yang sangat hodoh!
Inilah salah satu keajaiban alam semula jadi, melalui kehidupan spesis ikan dasar laut yang membuatkan kita tidak berhenti kagum, kemudian memahami betapa indahnya aturan Tuhan ke atas hidupan di muka Bumi!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





