Mula hujung bulan September ini, rasanya kita kena lupakan kejap Bulan yang sentiasa menemani Bumi kerana kita akan menerima kunjungan dari ‘Bulan’ baru!
Ceritanya bermula dari bulan lepas (Ogos) iaitu 7 Ogos, di mana sistem pengesan astroid bernama Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System (ATLAS) telah mengesan asteroid sebesar 10 meter memasuki Sistem Suria.
Asteroid ini bernama 2024 PT₅ akan tiba di Bumi pada 29 September ini dan mula mengelilingi Bumi bersama-sama Bulan disebabkan oleh tarikan graviti Bumi. Bulan mini ini akan mengelilingi Bumi selama 56.6 hari dan keluar dari Bumi pada 25 November nanti.
Maka, kita akan mempunyai Bulan kedua yang saiznya lebih kecil dari Bulan selama dua bulan. Tapi, kita takkan dapat lihat Bulan mini dengan mata kasar.
Selepas asteroid 2024 PT₅ tinggalkan Bumi, ia akan tinggalkan Matahari pada 9 Januari 2025. Tapi, asteroid ini akan tiba semula pada 8 November 2055 selepas ia berputar dengan sejauh 5.2 juta kilometer!
Kes asteroid 2024 PT₅ tiba berdekatan Sistem Suria sebenarnya bukan baru. Asteroid ini telah lama berdekatan sebanyak tiga kali, iaitu pada bulan Februari 2003, April 1982, dan Mac 1960. Buat masa ini tidak ada kes hentaman melibatkan asteroid ini.
Dalam kes Bulan mini mengelilingi Bumi, telah ada sebelum asteroid 2024 PT₅ ini iaitu pada tahun 2020 di mana saintis telah temui asteroid sekecil 3.5 meter telah mengelilingi Bumi selama tiga tahun!
Satu lagi kes ialah berkenaan asteroid bernama 2016 HO3. Asteroid sebesar 100 meter sebenarnya mengelilingi Matahari, tapi apabila tiba ke Bumi asteroid ini mula mengelilingi Bumi dalam beberapa tempoh, kemudian teruskan mengelilingi Matahari.
Santis NASA gelarkan asteroid HO3 sebagai ‘quasi-satellite’ kepada Bumi dan ia telah lama mengelilingi Bumi dan Matahari selama beratus tahun!
Jadi, kalian tak perlu risau akan kehadiran asteroid 2024 PT₅ ini, biarkan saja ia mengelilingi Bumi sebab kehadirannya tidak akan mengganggu fenomena Bumi dan Bulan. Anggap je ia singgah ‘R&R’ sebelum meneruskan perjalanan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih