Bila sebut sahaja perpustakaan, pasti ramai yang menganggap di situlah tempat untuk bersantai atau tidur terutamanya sewaktu zaman sekolah dan universiti. Perpustakaan sebenarnya banyak memainkan peranan penting kepada masyarakat. Kalau dikaji sejarah lalu, perpustakaan memberi impak kepada perkembangan sesebuah tamadun.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat perpustakaan adalah bangunan yang mengumpulkan buku-buku untuk bacaan. Oxford Languages pula memberi maksud perpustakaan sebagai bangunan yang mempunyai koleksi buku, bahan media (filem, rekod music) untuk dipinjam atau digunakan oleh orang awam.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, dan Eropah, perpustakaan ditonjolkan sebagai amat penting. Selalu kita lihat filem atau drama inggeris pasti ada babak tentang perpustakaan dan buku. Di setiap daerah juga akan ada perpustakaan desa. Tambahan pula, perpustakaan di sana lebih moden dan strategik kedudukannya walaupun bersaiz kecil.

Sebuah tamadun tergerak bukan kerana tenteranya. Bukan juga kerana pemimpinnya. Tetapi kuasa sebenar sebuah tamadun ada dalam minda rakyatnya. Jika diisi dengan sampah, maka tumbanglah tamadun tersebut. Tetapi kalau diisi dengan ilmu? Maka kami berbesar hati mempelawa kalian beli buku KITAB TAMADUN MELAYU. Buku ini bercerita banyak tentang kebangkitan peradaban agung Melayu. Sesungguhnya cabaran masa depan mustahil boleh ditempuhi, selagi mana sejarah dibiar terabai dalam keadaan samar-samar. Beli di https://bit.ly/3PFEltO

Di Malaysia pula lain ceritanya. Masyarakat kita majoriti tidak gemar ke perpustakaan. Salah satu faktor adalah jurang pendidikan di antara penduduk luar bandar dan bandar. Tidak ramai penduduk di kawasan luar bandar yang tahu tentang kewujudan dan peranan perpustakaan di kawasan mereka. Lagipun di kawasan kampung-kampung tidak ada perpustakaan bergerak.

Penulis pernah datang ke perpustakaan di kawasan sendiri. Kedudukan yang tidak strategik, dan bangunan yang sempit membuatkan pusat ilmiah ini tidak popular. Kebanyakan pelajar yang hadir pula hanya datang kerana tugasan kerja kursus yang memerlukan mereka mancari sumber bertulis. Penulis merasakan perpustakaan di negeri lain mungkin berbeza. Sebagai contoh penulis pernah ke Perpustakaan Raja Tun Uda di negeri Selangor dan merasa amat kagum dengan fasiliti di dalamnya. Lebih teruja, laman sosial dan aktiviti mereka juga amat banyak disiarkan secara aktif.

Tapi ini di sebuah negeri yang boleh dikatakan maju dan perpustakaan yang canggih, ramai tumpuan pastinya di kawasan bandar yang pesat membangun. Malah di negeri Pulau Pinang juga sudah wujud sebuah perpustakaan Penang Digital Library yang moden dari segi fasiliti. Persoalannya kenapa hal ini tidak berlaku di kawasan luar bandar, desa dan kawasan terpencil?

Masyarakat luar bandar perlu didedahkan dengan perpustakaan. Ajak mereka untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan daerah. Laman sosial, pengiklanan perlulah aktif bagi menarik tumpuan masyarakat kampung. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di dalam perpustakaan. Ceramah, pertandingan melibatkan bahan bacaan boleh diadakan. Hal ini boleh dibuat jika fasiliti ada yang moden dan mencukupi.

Jika masyarakat ada sikap malas membaca, ini bukan alasan untuk tidak hadir atau tidak mengenali perpustakaan di kawasan sendiri. Pengurusan yang bagus akan mengubah persepsi masyarakat tentang perpustakaan. Jika dahulu orang selalu anggap perpustakaan membosankan, tempat tidur, sekarang mungkin tidak lagi. Di satu tempat di Kuala Lumpur ada perpustakaan yang menempatkan ruangan cafe, tempat makan sekaligus mengajak masyarakat untuk melihat buku-buku.

Perpustakaan Negara

Susunan ruangan di dalam perpustakaan juga amat penting bagi menonjolkan suasana yang ceria dan bersemangat. Ruangan cafe, tempat bermain, sebenarnya boleh diletakkan di dalam perpustakaan. Manakala jika pengunjung mahukan ketenangan dan tidak bising, sediakan kepada mereka ruangan khas untuk membaca dan belajar. Rak-rak buku mungkin boleh diubahsuai mengikut citarasa moden dan urban. Letakkan peralatan IT seperti komputer, tablet, dan perkhidmatan percetakan di dalam perpustakaan.

Tetapi sayangnya fasiliti yang baik di dalam perpustakaan pasti hanya terdapat di bandar-bandar besar dan universiti sahaja.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu ditarik perhatian mereka untuk suka datang ke perpustakaan. Kerajaan pusat perlu mengambil perhatian serius dan meletakkan perpustakaan dalam senarai yang penting sama dengan pendidikan.

Oleh sebab masih ramai yang bertanya tentang kedua buah buku ini, kami akan meneruskan promosi ini sehingga 15 September ini! Kali ini, kedua buku ini dapat dibeli di Shopee kami!
Jom, klik link di bawah sekarang!
Pencari Cincin Sakti : http://bit.ly/PencariCincinShopee
Sate Untuk Jembalang : https://bit.ly/SateJembalangShopee

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Negeri juga harus membuat anjakan paradigma selain membina perpustakaan baru yang lebih strategik dan moden menggantikan bangunan lama yang telah uzur di setiap daerah. Kemudahan di dalam perpustakaan sebenarnya sangat banyak dan luas.

Malah tidak dijangkau oleh masyarakat kita yang sebenarnya di dalam perpustakaan boleh makan, minum dan bermain tetapi perlu diasingkan namun masih di dalam bangunan yang sama.

Artikel ini adalah tulisan AYAP untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply