Kem4tian adalah satu kenyataan yang pasti akan kita semua hadapi pada satu titik dalam kehidupan di dunia. Walaupun tradisi penguburan jenazah telah banyak berubah sejak zaman kuno, banyak kaedah yang digunakan oleh manusia pada zaman itu masih digunakan hingga kini.

Perantaraan (interment) di atas tanah pernah dan masih menjadi kaedah pengebumian yang biasa selama ribuan tahun, ia biasanya hanya dilakukan oleh golongan kerabat diraja, bangsawan, dan anggota elit. Westminster Abbey, Piramid Besar, dan juga makam yang didakwa sebagai makam Jesus dalam kepercayaan penganut Kristian adalah antara contoh struktur interment yang terkenal yang masih bertahan dalam arus perubahan zaman.

Dalam artikel ini, kita akan menerokai secara ringkas sejarah budaya pemakaman dan bagaimana ia menjadi pilihan yang popular dari segi pemakaman interment di atas tanah pada zaman moden.

APA ITU MAKAM?

Istilah “mausoleum” atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai “makam”, adalah sejenis struktur binaan luar yang bebas dan dibina di atas tanah, ia direka sebagai kompleks yang melindungi ruang perkuburan atau ruang bawah tanah untuk menyimpan atau tempat bersemadi seseorang yang telah m4ti, ia agak berbeza dengan kaedah pengebumian. Tapak perkuburan yang tertutup sebegini boleh ditemui di dalam mana-mana kebudayaan di seluruh dunia dan mungkin berbeza mengikut reka bentuk tradisi.

Tugu atau cenotaph untuk memperingati anggota tentera Bersekutu dari Pulau Pinang yang terk0rban dalam Per4ng Dunia Pertama

Manakala taman peringatan tanpa ruang pengkebumian dikenali sebagai tugu (cenotaph). Makam boleh dianggap sebagai sejenis perkuburan, atau kubur yang berada didalam makam. Makam bangsawan dan para santo Kristian kadang kala turut ditempatkan gereja kecil (“chapel”). Kompleks pemakaman secara kebiasaannya akan dibina menggunakan bahan-bahan yang kuat dan mudah didapati seperti konkrit, granit, marmar, jubin, atau kayu.

BUDAYA PEMAKAMAN EROPAH

Ketika zaman kegemilangan Empayar Rom di Eropah, konsep makam yang biasa dibina adalah berdasarkan konsep “necropoles”, ia merupakan terma yang agak berbeza dengan pemakaman tipikal di mana ia adakalanya ditempatkan di sepanjang tepi jalanan dan agak jauh dari kota dan penempatan manusia.

Contohnya, laluan Appia Antica didapat menyimpan banyak sisa-sisa runtuhan binaan makam awam dan ia terletak sejauh beberapa batu di luar ibu kota Rom. Walau bagaimanapun, apabila agama Kristian mula tersebar secara meluas, kaedah pemakaman sebegini tidak lagi diamalkan.

Makam konsep necropoles di laluan Appia Antica

Pemakaman struktur bebas yang diamalkan secara meluas sehingga sekitar abad ke-10 juga mula hilang popularitinya kerana para agamawan Kristian ketika itu tidak menyokong amalan menguburkan jenazah si m4ti dalam bentuk struktur yang rumit seperti itu.

Walaupun begitu, masyarakat Eropah terus membina makam kecil dengan kemudahan akses untuk melawat bahagian dalaman. Sesetengah makam diletakkan ‘kandang’ dalam pelbagai reka bentuk yang dianggap sebagai mewakili tempat persemadian atau “rumah kecil” untuk si m4ti.

Di Eropah, terdapat dua jenis gaya makam boleh dipilih semasa membuat perancangan pengebumian untuk diri sendiri. Makam-makam awam dibina dengan rekabentuk yang boleh mengenang atau memperingati sesetengah tokoh berjasa dalam masyarakat, makam ini biasanya disediakan sebuah kandang tertutup yang selamat dan akan kekal bersih dan kering selama bertahun-tahun akan datang.

Makam keluarga Stanford di California

Makam peribadi pula lebih sesuai untuk ahli keluarga yang memilih untuk dikebumikan di tanah yang sama secara bersama-sama. Struktur yang berbeza ini dibina berdasarkan permintaan ahli keluarga dan direka untuk merangkumi beberapa ahli keluarga tunggal.

Sesetengah orang mungkin lebih mempertimbangkan memilih makam peribadi atas dasar privasi, tahap keselamatan maksimum dan adakalanya kerana jenazah mungkin disemadikan bersama-sama dengan harta yang berharga.

Terdapat banyak monumen makam bersejarah yang masih berdiri hingga kini. Beberapa tapak perkuburan tertua di dunia telah dipercayai dibina lebih dari 6000 tahun yang lalu, ini termasuk perkuburan lorong Barnenez dan Tumulus of Bougon di Perancis.

Tumulus de Bougon

Tumulus adalah konsep gundukan pemakaman kuno atau timbunan tanah yang dibuat dari tanah dan batu yang ditimbunkan di atas kubur. Kubur lorong dan tumulus seperti ini juga dikenal sebagai gundukan pemakaman dan “kurgan”.

MAKAM KUNO YANG MISTERI

Semenjak era sebelum masehi, terdapat banyak kisah pemakaman secara sembunyi tertulis di dalam lipatan sejarah. Ia biasanya berlaku kepada seorang pemerintah atau raja yang zalim dan memiliki terlalu ramai musuh yang membencinya.

Jika lokasi persemadian mereka didedahkan kepada umum dikhuatiri suatu hari nanti makam mereka akan dijarah dan dimusnahkan samada oleh musuh-musuh mereka sendiri atau anak cucu mereka yang mewarisi dendam kesumat.

Kompleks pemakaman Cao Cao

Pada tahun 2010, ahli arkeologi di China telah menemui kompleks makam dan jenazah Cao Cao, panglima per4ng merangkap diktator terkenal China yang bangkit dengan kekuasaan besar pada tahun-tahun terakhir Dinasti Han Timur 1.800 tahun yang lalu.

Cao Cao semasa hayatnya lagi telah sedia membuat rancangan sulit untuk persemadiannya sebelum kem4tiannya demi merahsiakan tempat bersemadinya jenazah beliau. Berdasarkan sejarah, semasa kem4tiannya diumumkan, 72 buah keranda dibawa ke 72 tempat pengebumian yang berbeza-beza jarak jauhnya pada hari pengebumiannya bagi mengelirukan orang ramai.

Namun makam yang ditemui pada tahun 2010 itu dipercayai adalah makam yang sebenar hasil daripada kajian susulan dan penemuan sekeping tablet peringatan yang tertulis perkataan mengikut karakter Cina kuno “Raja Dari Wei” yang jelas merujuk kepada Cao Cao.

Pada abad ketiga SM, dinasti Hecatomnid memerintah wilayah Carian di Anatolia barat atau Turki moden. Mausolus, seorang putera sulung pemerintah dinasti Hecatomnus telah mengambil bahagian dalam pemberontakan, pengepungan, dan per4ng sosial di kawasan yang meliputi sekitar Aegean dan Mediterania yang kemudiannya menjadi penguasa wilayah Carian.

Gambaran sebenar Mausoleum at Halicarnassus

Namun secara tidak rasminya, Mausolus turut menjadi satrap atau gabenor wilayah itu untuk Empayar Achmaenid yang mana akhirnya dia berjaya membina hirearki kerajaan sendiri setelah mewarisi kuasa dari bapanya yang merupakan pengasas kepada Dinasti Hecatomnids.

Mausolus mengangkat budaya Hellenic dan terkenal melalui sebuah monumen kuil yang dibina dan dinamakan sempena namanya sendiri oleh janda dan adik perempuannya, Artemisia II dari Caria. Ia juga dikenali sebagai Makam di Halicarnassus (Mausoleum at Halicarnassus).

Makam di Halicarnassus ini mungkin bukan struktur makam atas tanah yang pertama mengandungi ruang kubur atau tempat persemadian, tetapi ia adalah makam pertama yang menggunakan istilah “mausoleum” dan dianggap sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia kuno. Hari ini, istilah ‘mausoleum’ ini digunakan sebagai istilah antarabangsa untuk merujuk kepada kompleks pemakaman di atas tanah.

PEMAKAMAN DALAM BUDAYA ISLAM

Mashhad, atau mashāhid, biasanya merujuk kepada struktur binaan yang menyimpan makam untuk tokoh-tokoh terkenal atau ulamak, istilah ini berkaitan dengan perkataan shāhid. Sebuah mashhad lazimnya dilitupi dengan struktur kubah di atas tapak pengebumian samada di dalam atau di luar bangunan. Sesetengahnya turut mempunyai minaret (menara).

Makam Sultan Empayar Seljuk, Sultan Sanjar di Merv.

Maqām, atau maqāmāt, merujuk kepada tempat untuk seseorang tinggal atau menetap, istilah ini sering digunakan merujuk kepada tempat tinggal Ahlul Bayt. Menurut Ibn Taymiyya, maqāmāt adalah tempat di mana seseorang yang dihorm4ti itu tinggal, m4ti atau diziarah selepas m4ti, manakala mashāhidd adalah binaan di atas maqāmāt atau barang peninggalan orang tersebut.

Makam pengasas Uthmaniyyah, Osman Gazi dan anaknya Orhan Gazi

Pemakaman atau perkuburan tokoh-tokoh Turki Uthmaniyyah pula kebiasaannya meletakkan serban milik si m4ti atau sekurang-kurangnya replika yang menyerupainya di atas makam dan diletakkan di posisi kepala sebagai mashāhidd. Adakalanya istilah mazar digunakan untuk kompleks pemakaman Islam yang besar.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.