Dalam filem Titanic, ada satu babak di mana para pemuzik bermain muzik di dek kelas pertama ketika Titanic sedang tenggelam. Menurut rekod rasmi, memang benar para pemuzik ini bermain muzik sehinggalah kapal tenggelam sepenuhnya.
Kumpulan muzik ini mempunyai 8 orang ahli dan diketuai oleh Wallace Hartley, pemain biola. Mereka dikehendaki menghafal 352 buah lagu untuk dimainkan dan mereka medendangkan muzik ketika waktu makan, upacara keagamaan dan acara-acara lain.
The Musicians on the Titanic – Illustrated London News 27 April 1912, page 636 – Mary Evans Picture Library/Everett Collection (ME10024419)
Sebaik sahaja Titanic berlanggar dengan aisberg pada malam 14 April itu, para pemuzik ini diarah untuk bermain muzik di dek untuk menenangkan para penumpang untuk menyelamatkan diri. Terdapat beberapa versi lagu terakhir dimainkan, iaitu versi pertama lagu Nearer My God To Thee dan versi kedua lagu Autumn.
Kesemua mereka terus bermain muzik sehinggalah mereka menghembuskan di malam yang dingin itu dan dari lapan, hanya tiga sahaja mayat dijumpai, iaitu mayat Wallace Hartley, pemain biola 2 Jack “Jock” Hume dan pemain bassis John Clarke.
Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Pada tahun 2013, biola milik Wallace Hartley telah berjaya dikenalpasti dan telah dilelong bernilai 1.7 juta US Dollar. Biola itu kini dipamerkan di Muzium Titanic, Tenneesse dan menjadi salah satu tarikan pengunjung di sana.
p/s: Orang-orang kaya dulu nak mati pun ada iring muzik sampai ada satu dialog dalam filem Titanic “Music to drown by. Now I know I’m in first class.”.
…
Waktu kejadian Titanic, penumpang yang kekal di atas kapal memilih bermacam-macam cara untuk menghadapi kematian mereka dan kisah-kisah ini terdapat di dalam TITANIC DI HUJUNG JARI yang mana anda boleh dapati di pautan https://bit.ly/3WxGKKY




No comments yet