Impak paling besar Revolusi Industri Pertama ialah dia bantu hapuskan sistem perhambaan, jadi kiranya benda ni bagus lah. Yang tak bagusnya, perhambaan jenis baru pulak muncul.

Masa zaman Revolusi Industri Pertama, semua orang dari latarbelakang kelas rendah perlu bekerja di kilang selama 12 jam selama 6 hari seminggu. KWSP, union apa semua tu takde pun. Nak claim elaun apa pun takde. Gaji lelaki dan perempuan pun lain lain. Ni lah realiti zaman IR 1 dulu. Tapi yang lagi teruk ialah, budak budak pun kena jadi hamba kapitalis ni jugak. Kerja 12 jam 6 hari seminggu dekat tempat yang bahaya dan teruk, dan gaji dibayar 80% lagi rendah berbanding pekerja lelaki.

Contoh gambar budak dalam terowong kecil ni. Budak budak berumur 5 tahun akan masuk ke dalam terowong kecil ni untuk tarik batu arang dari satu tempat ke tempat lain. Kapitalis ni suka ambik budak budak kerja sebab budak budak ni tak melawan bila kena buli dengan kapitalis suruh buat kerja lebih. Jadi tak pelik kalau budak budak ni kena bayar gaji lewat ke, tak kena bayar langusng ke dan sebagainya. Tapi ada je kapitalis yang baik macam Samuel Greg dan Robert Owen. Diorang bina penempatan pekerja diorang, anak anak pekerja kena masuk sekolah percuma diorang dan sebagainya. Robert Owen ni dikenali sebagai pengasas gerakan sosialisme sekarang.

Cuma lepas lepas tu orang mula protes. Jurnalis akhbar, ahli parlimen, dan juga penulis buku terkenal macam Charles Dickens mula bising pasal perhambaan kanak kanak. Sepatutnya budak budak ni pergi la belajar ke apa ke, jangan heret diorang masuk alam dewasa. Jadi parlimen pun mula masukkan usul hak pekerja. Misalnya, kanak kanak tak boleh kerja dan wajib belajar dekat sekolah, pekerja dah tak boleh kerja lebih 12 jam dan sebagainya. Barulah lepas lepas tu union apa bagai semua tu wujud.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply