10 Muharam ialah hari Asyura dan disambut setiap tahun Islam. Pada bulan Muharam inilah, umat Islam akan membuat bubur Asyura secara bergotong-royong di sekolah, kampung atau sesama ahli keluarga.
Asal usul Bubur Asyura dikatakan ada kaitan dengan kisah bahtera Nabi Nuh AS yang berlabuh di atas Bukit Judi pada Hari Asyura’.
Maka berkata Nabi Nuh AS kepada kaumnya:
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih.”
Korang tau tak setiap negeri ada Bubur Asyura yang berbeza?
Setiap negeri ada kelainan ramuan dan cara masakannya. Seperti di negeri Pahang, Johor dan Kedah, bubur Asyura yang dimasak agak cair dan mempunyai kuah seakan bubur biasa atau bubur lambuk.
Di negeri-negeri Melayu Utara seperti Kedah dan Pulau Pinang, Buboq Syura mereka mempunyai teskturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur.
Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek membuatkan Buboq Syura sangat manis rasanya. Lebih-lebih lagi bila dimasak dengan masa yang agak lama.
Namun, di Terengganu dan Kelantan pula, bubur Asyura yang dimasak pekat macam dodol tapi sangat lembut sebab guna banyak ramuan daging dan rempah ratus.
Lebih tepatnya disebut Suro di Kelantan dan Sure di Terengganu, teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan.
Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.
Setakat ini, ramai yang kata bubur Asyura Kelantan paling power, sangat sedap dan boleh bertahan berbulan-bulan jika berada dalam peti sejuk beku.
Oleh: Azizul Farhan
___
Makanan tradisional kita menjadi cerminan betapa uniknya budaya kita. Selam lebih dalam mengenai falsafah Ketupat dan Pulut Kuning yang hanya boleh didapati di dalam KITAB TAMADUN MELAYU!
Kenali identiti jati diri bangsa kita!
https://bit.ly/40FLVup
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih